Assalam alaik..
Bismillah...
Anda penggemar teh? Teh O Teh susu Teh pang Teh Tarik.. berbagai lagi..
Di sini ana nak perkenalkan satu lagi minuman teh. tapi belum ada nama.. mungkin anda boleh cadangkan..
Untuk makluman anda teh ini ini benar-benar menyegarkan jiwa, membuang kolesterol dalam hati, menyemangatkan dan imenyemarakkan ibadah dan membuat hati husnudzon(berbaik sangka) dan merindukan rahmat Allah swt. Teh apa tu?
Itulah yang disajikan dalam menu Kafe Sufi. Semua pelanggan Kafe ini biasanya memesan teh ini, no other teh.. baik diminum sesudah menikmati makanan atau dinikmati sendirian. Daunnya segar kerana yang digunakan adalah yang baru dipetik dari Kebun Ma’rifat, teh ini disajikan dengan tatacara yang unik tiada kesamaan langsung dengan mana2 restoran atau gerai yang ada di dunia. Para pelayannya(pekerja) dan penyedut teh ini diwajibkan berwudhu terlebih dahulu dan setiap hirupan didahulukan bacaan Bismillah, sambil berterusan berzikir dalam hatinya.
Sekali kita menghirup teh ini, pasti menginginkannya lagi lantas kita terus menambahnya dan terus bertambah. Yang peliknya walaupun semakin ramai peminat teh ini, kebun teh juga semakin subur dan makmur.
Mari kita amati sejenak bagaimana tukang bancuh air sedang menyiapkan teh ini dalam teko kecil diperbuat daripada tanah liat
Daun-daun teh segar dari Kebun Ma’rifat, ternyata berbagai rupa bentuknya warnanya aromanya Ada daun teh yang mengembang dengan nama daun taubat, daun khauf dan raja’ (takut dan harap) dan daun tafakur. Ada dicampur daun teh dipetik dari pokok yang lain dengan tangan yang disertai hasrat tawakkal, ikhlas dan redha. Ada juga dimasukkan daun teh yang dinamakan daun zuhud, qona’aah (mencukupi) dan syukur.
Daun-daun ini dicampur digaul dan dimasak di atas tungku istiqomah dan dibakar oleh api cobaan. Ketika mulai mendidih airnya membunyikan gemuruh zikrullah. Setelah itu dituangkan dalam cangkir cinta (mahabbah) dan diminum melalui bibir kerinduan Ilahi, disertai rasa syukur tiada tara.
Semakin diteguk semakin dahaga tidak mengenyangkan tidak menyenakkan semakin tiada tara dalam fana’nya hamba kerana Baqo’Nya ada dihadapannya.
Seteguk teh Kafe Sufi ini sukar digambarkan bagaimana rasanya.... Hanya mereka yang pernah meneguknya tahu 'keenakan' teh ini.. Anda nak cuba?.. ada berani?.. Kalau cuti2 atau kelapangan rancanglah percutian keluarga ke Kebun Ma’rifat ini.. mungkin bila dah tiba ke destinasi dah tak mahu ke mana2 lagi,,
penghargaan sufinews.com
No comments:
Post a Comment