Pages

Kelopak mawar

Friday, June 14, 2013

Hatiku Hanya Satu...

Assalam alaik..
Bismillah...



Berikut adalah petikan kata-kata mutiara 'Ali bin Abi Tholib kw tentang 'Hati'

Yang paling menakjubkan pada diri manusia adalah hatinya, padahal ia merupakan sumber hikmah tetapi jua lawannya. Jika timbul rasa harapan di hati, ketamakan akan menundukkannya. Jika ketamakan berkobar-kobar, ia dibinasakan oleh kebakhilan. Jika hati dikuasai oleh perasaan putus asa, penyesalan akan membunuhnya. Jika ditimpa kemarahan, meruaplah amarahnya. Jika dilayarkan kepuasan, ia lupa menjaganya. Jika dilanda ketakutan, ia sibuk berhati-hati. Jika sedang ditatang kemewahan dan kelapangan (kaya), bangkitlah kesombongannya. Jika menguasai harta, kekayaan mengaburi sewenang-wenangnya. Bila ditimpa kefakiran, ia lemas dalam kesusahan. Bila laparnya mengukuh, kelemahan menjadikannya tidak mampu berdiri teguh. Dan saat terlampau kenyang, perut menggegarkan kenyamanannya. Sesungguhnya setiap kekurangan akan membahayakan dan setiap hal yang melampaui batas akan merosak dan membinasakan.

Ada empat hal yang mematikan hati iaitu dosa yang bertompok-tompok, (mendengarkan) makian orang bersifat pandir, bersikap kasar dengan kaum perempuan dan duduk bersama orang mati. Bila ditanya, "Siapakah orang mati itu, wahai Amirul Mu'minin?" Jawabnya, "Iaitu setiap hamba yang hidup dalam serba kemewahan."
 
Ketahuilah! Sesungguhnya di antara bencana ada kefakiran, yang lebih berat daripada kefakiran adalah penyakit badan,dan yang lebih berat daripada penyakit badan adalah penyakit hati.

Ketahuilah! Sesungguhnya di antara kenikmatan adalah banyak harta, yang lebih utama daripada banyak harta adalah kesihatan badan dan yang lebih utama daripada kesihatan badan adalah ketaqwaan hati.
 
Tanyalah hati tentang segala perkara kerana sesungguhnya ia adalah saksi yang tidak akan menerima rasuah.
 
Sebaik-baik hati adalah yang paling ingat.
 
Nyalakanlah hatimu dengan adab, sebagaimana nyalanya api dengan kayu bakar.
 
Harta simpanan yang paling bermanfaat adalah cinta hati.
 
Sesungguhnya hati memiliki keinginan, kepedulian dan keengganan. Maka, datangilah ia dari arah kesenangan dan kepeduliannya. Sebab, jika hati itu dipaksakan, ia akan buta.
 
Sesungguhnya hati mengalami kejemuan sebagaimana jemunya badan. Maka, berikanlah padanya kata-kata hikmah.
 
Jika  ragu dalam hal menyintai seseorang, maka tanyalah hatimu tentangnya.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati seperti yang pernah dinyatakan oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah sembuhkan kelukaan dan kedukaan hatiku dan jadikannya bersih sesuci hati bayi sihat yang baru dilahirkan"

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw paling minima 100x sebelum tidur – Ini merupakan pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat membersihkan hati dan menenangkan minda.

4. Membaca AlQuran – Selain dapat mententeramkan hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah Surah Al Ikhlas sebanyak 3x.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah bersihkan otak aku, bersihkan hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

No comments:

Post a Comment