Pages

Kelopak mawar

Saturday, June 22, 2013

Maafkan...

Assalam alaik
Bismillah...

Sesungguhnya di dalam hati ini terdapat tebukan dan koyakan yang tidak boleh dijahit atau ditampal melainkan mendapat kesembuhan Allah swt Maha Penyembuh..

....Di hati ini ada puing puing kesunyian yang tidak dapat dipecahkam melainkan bersendirian bersama tasbih dan zikrullah..

....Di hati ini ada kesedihan yang sukar sekali diredakan apatah lagi dihapuskan kecuali memperbanyakkan tahajud padaNya..

....Di hati ini ada kegelisahan yang berombak terumbang ambing melainkan berwuduk lalu membaca kalamullah..

...Di hati ini terasa bahang percikan api (marah) yang ku padamkan dengan kesabaran dan  redha dengan ketentuanNya...

....Di hati ini banyak kekusutan dan sukar mengurainya. hanya kepada Allah swt ju bertawakkal atas segala takdirNya.

....Di hati ini berlaku keganasan dijinakkan dengan doa penuh khusyuk kepada Allah swt


....Di hati ini banyak penyesalan yang tidak dapat diucapkan tetapi taubatan serta redha  akan qadha dan qadarNya serta keazaman diri ikhlas melaksana suruhan dan meninggalkan laranganNya yang diulami kesabaran sehingga menemuiNya

....Di hati ini banyak sekali hajat diri yang tidak termakbul... I wont give up praying because kecintaan kepadaNya dan diri mengerti andai makbulnya hajat itu saat ku di dalam syurga adalah jauh lebih baik,,.

 Ramah bibir berzikir itulah keikhlasan sebenar kepadaNya.

Diri ini sentiasa memaafkan, walaupun hati tidak mampu bertahan..

.....walaupun hati terpaksa menanggung keperitan dan kesiksaan..

....walaupun hati berkata tidak..

..........walaupun hati ini selalu ditipu dan disakiti..

......walaupun hati ini dipaksa..

KERANA


 dengan KEMAAFAN sahaja diri ini mengecapi kesejahteraan, kebahagiaan, keindahan &

ketenangan dalam kehidupan bertuhankan Allah swt..In syaa Allah

No comments:

Post a Comment