Bismillah..
Nak tau jus apa.. haha.. pilihan anda menamakannya.... sendiri mau ingat da..
Sedikit info.. Jus yang berkesan dan sihat sebaiknya diminum terus sebaik sahaja disediakan kerana walaupun menyimpan jus dalam bekas kedap udara atau dibiarkan seketika akan mengurangi kandungan enzim dan nutrisinya. Sebab tu ada juga orang komen tak berhasil pun.. hehehe salah sendiri..
Enzim dan nutrisi dalam jus sayuran dan buah-buahan sangat mudah rosak jika terdedah di udara (teroksidasi). Menyimpan 10-20 minit setelah dibuat jus itu sudah kehilangan 40-60% kandungan enzim dan nutrisinya belum lagi mengambilkira faktor cara penyediaan penyimpanan dan suhu persekitaran..Macam Malaysia ni panas. kalau buat di rumah kat dapur plak tak de aircond adoii. baik makan buah/sayur tu fresh kot... unless kat Cameron highland ke Bukit Tinggi ke Gunung Kinabalu ke? erkk tak pernah sampai pun..
Untuk mendapatkan manfaat terbaik nutrisi buah disarankan meminum jus tersebut saat perut kosong, misalnya pada pagi hari ketika bangun tidur atau sebagai minuman malam sebelum tidur..hmmm..Bibikkk ode satu sebelum tido ehh... alamak lupa plak.. mana saya ada bibikk..
Sejurus minum jus buah sebaiknya tidak segera mengambil sebarang makanan atau setidaknya tunggu sampai 15-30 minit kerana kandungan gula pada buah tersebut akan bertindakbalas dengan makanan yang diambil yang memberi kesan kepada kualiti nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita.
Tidak sama bagi jus sayuran ianya boleh diminum sejurus sebelum makan atau bersamaan dengan dengan waktu makan atau dijadikan sebagai pengganti air kosong, atau menjelang tidur dan bukannya di awal pagi hari tanpa disertai makan sebab meminum jus sayur pada waktu ini akan menurunkan paras gula dalam darah itu yang menjadikan tubuh lemah dan berpinar.
Sebaiknya juga jus ini diminum seteguk seteguk dan bukannya menunggak habis terus gitu.. kut kelahap sangat.. dibiarkan seketika dalam mulut sebelum menelannya kerana jus yang tercampur dengan air liur kita yang mengandung enzime ptialin akan membantu fungsi pencernaan sehingga nutrisi diserap dengan sempurna dan juga untuk menghindari dari kembung.
Lobak merah + Halia + Epal = merangsang dan membersihkan sistem badan
Epal + Timun + Saderi = menghalang barah, menurunkan kadar kolesterol, meredakan sakit perut dan pening kepala
Tomato + Lobak merah + Epal = menyerlahkan warna kulit dan menyahkan nafas berbau
Peria + Epal + Susu segar = mengelakkan nafas berbau dan menurunkan panas dalam badan
Oren + Halia + Timun = memperbaiki tekstur kulit, kelembapan dan menurunkan suhu badan
Nenas + Epal + Tembikai = mengeluarkan lebihan garam mineral, 'menyihatkan' pundi kencing dan buah pinggang
Epal + Timun + Kiwi =menyerlahkan warna kulit
Pir + Pisang = mengawal paras gula dalam badan
Lobak merah + Epal + Pir + Mangga = menghilangkan panas badan, meneutralkan toksid, menurunkan tekanan darah dan anti pengoksidaan
Tembikai susu + Anggur + Tembikai + Susu Segar = Diperkaya Vitamin C dan B2 yang meningkatkan aktiviti pertumbuhan sel dan imun badan
Betik + Nenas + Susu = diperkaya Vitamin C E Zat besi dan memperbaiki warna kulit serta meningkatkan metabolisma
Pisang + Nenas + Susu segar = diperkaya vitamin dan nutrisi serta menghalang sembelit
Epal + Timun + Tembikai = menyuci sistem penghadaman
Epal + Saderi + Jambu batu + Timun = perampingan badan
Oren + Nenas + Betik + Halia = penyedap perut
Oren + Lobak merah + Saderi + Ubi bit = tonik hati
Oren + Epal + Lobak merah = meningkatkan tahap imun badan
Oren + Epal + Ubi bit + Lobak merah = kesihatan jantung
Betik + Oren + Mangga + Jambu batu + Nenas = meningkatkan sistem imun
Epal + Oren + Mangga + Jambu batu + Nenas = anti penuaan
Strawberi + Oren + Epal @ Laici + Tembikai/ Pir = pemeliharaam kulit
Haa ada banyak lagi.. susah2 sangat g beli je kat kedat2 juice yang ada di merata shopping mall seperti gambar di bawah
Kenapa ada pepata omputeh kata " an apple a day keeps the doctor away"..
Memakan sebiji epal setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam badan boleh menurunkan berat badan(jika kena gaya kot), membantu masalah pernafasan, meningkatkan tahan imum badan, melawan barah, mengurangkan risiko diabetis dan bagus untuk otak/minda.. wallahualam.. Apapun jangan lupa cuba..
wallahualam..
No comments:
Post a Comment