Pages

Kelopak mawar

Thursday, June 20, 2013

Subhanallah.. Allah Maha Mendengar Walaupun Sekadar Keluhan HambaNya

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya ( surah AlBaqarah petikan ayat 216)

Assalam alaik..
Bismillah...

Sungguh indah perencanaanNya atas setiap hambaNya.. saat berdoa di pagi hari diperlihatkanNya.. tidak disangka pula rupanya ada temujanji tertunda mengaji kalamNya yang sepatutnya kelas diadakan semalam.. apabila giliran bacaan sampai di satu ayat ustazah mengkhabarkan.. ini ayat motivasi n blablabla..duduk pula bersebelahan beliau.. terkelu.. kata2 ustazah menyentap diri seolah2 beliau tahu apa yang bersarang dihati.. atau mungkinkah petunjuk dariNya yang diturunkan pada insan mulia ini..

Kekadang diri tertanya2 mengapa doa yang dipohon masih belum dimakbulkan dan hajat masih tidak dipenuhi sedangkan berbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan dalam kesabaran dan juga keranaNya.. diri ini memohon doa seperti yang dihajati sesangat yang dirasakan yang terbaik untuk diri dan juga keranaNya..?
Jawapannya .. itulah petikan ayat 216 surah alBaqarah...
"..Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Yakinlah diri insaflah dan redha bahawa PenciptaMu lebih memahami daripada sekalian makhluk yang ada dimukabumi.. bukankah Dia Maha Bijaksana dan Maha Pengasih.. Moga diri ini menyelami hakikat kehidupan di dunia seperti mereka ini..Yang penting kehidupanku sentiasa dalam berkah rahmat dan peliharaanNya.. in syaa Allah

1) Seorang hamba Allah merenung jauh ke tengah lautan. Muhasabah diri memikirkan semua idaman telah dikecapi. Seorang profesional berjaya memiliki rumah agam dan beberapa kenderaan mewah dan aliran tunai yang mantap namun hidupnya masih terasa begitu kosong sehinggalah terlihat olehnya sebuah tafsir ayat al-Quran yang dibaca dan menyentuh hatinya:
"Apakah manusia mengira mereka diciptakan hanya sebagai permainan(tanpa ada maksud) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Allah, Maha suci Allah Tuhan yang benar, tiada Tuhan selain Dia pemilik Arasy yang Maha Tinggi...." (Surah AlMukminun ayat 115)

Maka maksud ayat ini, Allah swt mencipta manusia semata-mata untuk beribadah dan melaksana perintahNya (amanah). Namun ada di kalangan manusia menyangka bahawa mereka tidak dikembalikan kepada PenciptaNya atau dengan kata lain tiada Akhirat (tempat tinggal hakiki mereka dikembalikan).  FirmanNya lagi yang bermaksud, "Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja/percuma (tanpa ada tanggungjawab)?" (Surah AlQiyamah ayat 36). Maka Allah swt berfirman bermaksud, “Maka Maha Tinggi Allah, raja yang Sebenarnya. tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) 'Arsy yang mulia” (Surah AlMukminun ayat 116)
"Dan sesungguhnya tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu"(Surah AzZariyaat ayat 56)
Kini hamba Allah ini memahami hakikat kehidupannya di dunia.

2) Seorang hamba Allah mengemudi botnya di lautan untuk menangkap ikan. Semasa menurunkan pukatnya bibirnya dibasahi Asma Allah swt. Namun dijalanya hanya terlekat seekor ikan kecil, tetapi terlepas pula. Rakan yang menemani menangkap ikan menggunakan joran sahaja tetapi mendapat tangkapan jorannya disantap ikan bertubi2 dan besar2 pula walaupun bermanterakan ungkapan syirik kepada Allah swt.   Malaikat bertanya tentang hal tersebut kepada Allah swt. Lalu dibukakan tirai masa depan dan diperlihatkan kepada malaikat tentang anugerah yang diberikan kepada kedua-dua hamba tersebut. Ternyata yang menyebut nama Allah swt mendapat ganjaran yang amat besar di akhirat dan yang menyebut nama Taghut mendapat siksaan dan penghinaan di akhirat. Hakikat kehidupan, seorang  mukmin walau miskin di dunia ganjaran yang besar menantinya di alam yang kekal.

3) Seorang mukmin ini apabila dikurniakan Allah swt kebaikan, mulutnya terkumat kamit memuji  Allah swt merafakkan rasa syukurnya. Begitu juga tatkala ditimpakan musibah, pujian kepada Allah swt tidak lekang dari bibirnya dan bersabar menghadapinya.

4) Hamba Allah yang tercari2 ketenangan dalam kehidupannya di dunia menemui ketenangan sebenar tatkala selalu mengingati PenciptaNya sehingga berlinangan air mata mengenang kekhilafan diri dan dosa lalu. Amat jelas pada dirinya bahawa sejauh mana membawa diri di muka bumi ini keriangan yang dikecapi hanyalah sementara tiada kesenangan kekal dalam kehidupan di dunia melainkan dipenuhi dugaan dan pancaroba yang menyesakkan jiwa. Seorang mukmin berjaya dalam kehidupannya kerana mengharungi ujian dan dugaan di sepanjang kehidupannya di atas landasan keredhaan Allah swt.

5) Sebagai manusia biasa yang merupakan hambaNya tatkala berputus asa menghadapi cabaran hidup hingga mengharapkan mati adalah jalan terbaik kerana gagal menghadapi kehidupan dunia penuh dengan ujian dan dugaan. Diperingatkan firmanNya bermaksud, "Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakan yang baik amalannya" (Surah Al Mulk ayat 2).
 
Alam yang telah kita lalui, sedang dilalui dan akan lalui :
    Alam Ruh => Alam Rahim => Alam Dunia => Alam Barzakh => Kiamat => Mahsyar
     => Syurga/Neraka               ^ Kita disini
Justeru sabarlah diri, perjuangan kehidupan ini hampir selesai. Taman syurga dan kehidupan penuh nikmat menanti di sana. In syaa Allah  

6) AlQuran merupakan kalam Allah swt Maha Sempurna apa sahaja persoalannya al-Quran menjawab,
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah pasti mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3)

Maka terjawablah persoalan 'Mengapa diri diuji?'.. untuk membezakan hambaNya yang taat padaNya atau ingkar dan syirik padaNya.. tetapi mengapa yea saat diri diuji terasa sangat sukar untuk menempuhi ujian dan dugaan ini walaupun nampak nyata jalan keluar mengatasinya...Ingatlah wasiat Allah swt bermaksud,
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Surah Al-Baqarah petikan awal ayat 286)

Oh begitu.. walaupun diri ini sedar dan akur dengan firmanNya di atas perasaan kecewa, 'sakit jiwa', lemah semangat, putus asa dan buruk sangka tetap menerpa.. Allah swt memujuk dalam firmanNya bermaksud,
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman." (Surah Al-Imran ayat 139)
 
Subhanallah.. sungguh besar hadiahMu.. namun bagaimana boleh diri ini berjaya menghadapinya  tetap di landasanMu yang benar? Allah swt Maha Mengetahui dan berkuasa atas segala kejadian maka Allah swt berfirman menjelaskan,
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran ayat 200)
Dan firmanNya lagi yang bermaksud,
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan bersabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)
 
Kalau yea pun diri masih tak tahan sangat menghadapi dugaan dan rintanganNya.. ingatlah peringatan keras Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud,
"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf
petikan ayat 87)
 
Ketahuilah diri.. Allah swt Maha Pengasih dan Pemurah.. firmanNya bukan dibuat2 tetapi suatu perakuan atau perjanjian yang pasti ditepatiNya dan antaranya....  
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..." (Surah At-Taubah petikan awal ayat 111)
Maka jangan membenarkan perasaan putus asa, kecewa, sedih dsbgnya yang menimpamu di dunia ini dan mengulangi kalimah motivasi yang dikurniakan Allah swt seperti firmanNya,
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah petikan ayat 129)
   
Kini, fahamilah diri ini sesuatu yang menurutku baik untukku, belum tentu baik untukku menurut Allah swt begitu juga sesuatu yang menurutku buruk bagiku, belum tentu buruk untukku menurut Allah swt”.
 
“Wahai Allah, hambaMu memohon kepadaMu kecintaan kepadaMu, Kecintaan kepada orang yang mencintaiMu, serta aku memohon dipermudahkan segala  amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu.”

Justeru, telah kuputuskan Cukuplah diri ini mencintai dia dalam diam dari kejauhan secara kesederhanaan dan keikhlasan. Jiwa dan perasaan ini amat 'fragile' namun kesetiaannya teguh. Ku menyerahkan saat dihalalkan hubungan itu pada Yang Memberi dan MemilikiNya.. biarkan Dia mengatur semuanya seperti ketentuanNya hanya Dia Maha Mengetahui tika dan masa penganugerahan keindahan  hubungan di waktu yang sangat sesuai buat kita (jika ditakdirkan)..kerana tiada yang tahu rencanaNya untuk kita.. mungkin juga kesudahannya perasaan ini akan pudar dan hapus di telan masa..mungkin ada hikmah lebih baik di sebalik segalanya....
 
Kerana aku mencintaimu izinkanku 'menjaga'mu namun amat sukarnya diriku tatkala terlalu dekat denganmu hingga seringkali menyakiti hatimu walaupun bukan itu niatku
Kerana cinta ini, 
Maka biarlah…kubersikap dingin padamu, seolah acuh tak acuh memperhatikanmu,
Tidak mengapa kebencianmu menyapaku,
Semua itu kerana aku mencintaimu,
Demi keselamatanmu,
Demi kemuliaanmu di mata RabMu
Demi ruang yang diperlukan untuk menambah keimananmu padaNya...
Bertuahnya dirimu memiliki hati kekasih yang membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan serta pengorbanan demi pengorbanan tenaga dan harta dilakukan keranamu..
 
Namun bukan dariku… Diri ini mencintaimu.. secara spontan wajah kutundukkan daripadamu bukan kerana berpaling tetapi demi menjaga pandangan kita dari panahan iblis..
Ku mencintaimu dengan menjauhkan diri darimu bukan kerana ku membencimu…tetapi demi menjaga kita dari khalwat yang menjebak..
Ku mencintaimu demi menjaga diri mu dan diriku…keimananmu dan keimananku padaNya…kehormatanmu dan kehormatanku…kejernihan hatimu dan hatiku….
Tidak mengapa saat ini kita berjauhan, andai ada jodoh kelak Allah swt akan menyatukan kita dalam ikatan suciNya..Kerana itu jauh lebih bererti.. kekal abadi..Seperti inilah ku mencintaimu….. Dengan menjaga kesucian diri,  jiwa dan hati kita….
~ Ya Rabb… PadaMu ku curahkan rinduku dan cintaku padanya…..Aamiinn~~

Untuk itu, sehingga tibanya saat itu di dunia ini andai ditakdirkan..Tahukah hubungan ini melumpuhkan hatiku? Izinkan waktu berbicara tentang takdir antara kita. Mungkin nanti saat itu kita sedang menimang cucu masing2 ditakdirkan bertemu semula dan mungkinkah kita akan saling tersenyum bersama mengingati kisah lama kita?. Atau mungkin saat kita ditakdirkan untuk menempuh jalan menuju keindahan iman dan ketaqwaan padaNya, kita akan tersenyum bersama akhirnya setelah menahan perit rindu yang begitu menyeksakan ini.
 
Wallahualam..
 

No comments:

Post a Comment