Bismillah..
Anda kenal benar diri anda? Alhamdulillah.. bagi yang belum bila lagi.. masih belum terlewat.. rugi tau tak kenal diri sendiri.. mengapa?..
Ajaran Ahwal (suatu perolehan dengan kurnia) dan maqamat (suatu perolehan dengan usaha) yang semuanya itu ditujukan untuk memperbaiki akhlak. Tujuan memperbaiki akhlak pula adalah untuk membersihkan qalbu iaitu mengosongkan diri dari sifat tercela (Takhalli) dan kemudian mengisinya dengan sifat terpuji (Tahalli- bezanya ada tiada 'k'..) untuk merasai kehadiran dan keagungan Allah swt (Tajalli-- k jadi j dekat2 perkataan ni sebut betul2).
Maka laluan untuk mengenal Allah swt tidak dapat ditempuh dengan sekaligus tetapi bersesuaian dengan peribadi setiap hambaNya masing masing. Jalan yang harus dilalui adalah secara bertingkat tingkat (flyover). Pada aras laluan untuk memasuki Ilmu Hakikat dan Ilmu Ma’rifat adalah laluan menuju jalan pengetahuan yang destinasinya mengenal sesuatu itu dengan cara bersungguh sungguh seperti siapakah manusia itu? siapakah yang menjadikannya? dan siapakah yang menciptakan makhluk tumbuhan dan kejadian lain itu?. Ilmu Tasawuf pula meringkaskan jalan pengetahuan ini berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud ”Barang siapa yang mengenal dirinya, nescaya ia akan mengenal Tuhannya.”
Langkah pertama untuk mengenal diri sendiri ialah dengan mengetahui bahawa diri itu terbentuk dari anggota lahir (yang disebut badan atau jasad) dan batin (yang disebut qalbu atau jiwa) dan ada yang membezakan roh sebagai satu entiti berlainan dengan qalbu. Yang dimaksudkan dengan Qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging yang berada di sebelah kiri badan di bawah dada (yang dikatakan jantung). Tetapi ia adalah roh suci dan berpengaruh di dalam tubuh dan ia mengatur kesuburan kesihatan kesegaran jasmani dan segenap anggota badan. Inilah hakikatnya Insan Allah swt (yang dinamakan diri tersebut. Roh yang bertanggung jawab atas diri dan ia yang dipuji jika diri melakukan kebaikan atau diseksa oleh Allah swt jika melakukan keingkaran dan kemaksiatan padaNya.
Untuk meneliti dan mengenal diri sendiri itu, maka jasad digambarkan sebagai suatu kerajaan manakala roh sebagai Rajanya yang berkuasa dan mengatur jasmani. Jasmani adalah sebagai suatu Kerajaan dalam bentuk Alamuasyahadah atau Alam Nyata. Seluruh badan jasmani akan hancur binasa setelah mati, tetapi hakikat Roh dan jiwa tidak akan mati, ia tetap tinggal dalam Ilmu Allah swt. Rohani / Jiwa adalah sebagai Raja dalam bentuk Alam Ghaib maksudnya bahawa Roh / Jiwa itu adalah ghaib, keadaannya tidak terpisah-pisah, tidak terbatas oleh waktu dan ruang, tidak tentu tempatnya dalam sesuatu bahagian tubuh. Oleh itu setiap manusia adalah merupakan pemerintah di atas kerajaan kecil di dalam dirinya sendiri seperti istilah yang menyebutkan bahawa ”Manusia itu adalah mikromos” atau dunia kecil dalam dirinya sendiri.
Sebahagian orang berpendapat bahawa Qalbu atau Roh itu dapat digapai dengan cara memejamkan kedua matanya serta melupakan segala yang ada di sekitarnya, kecuali peribadinya. Dengan cara begitu dikatakan juga akan dapat melihat kilauan dari alam abadi kepada peribadinya (dalam mengenal dirinya). Tetapi segala pertanyaan yang mendalam tentang hakikat Roh yang sesungguhnya adalah tidak diizinkan oleh Allah swt Yang Maha Esa. Di dalam kitab AlQuran Allah swt berfirman yang maksudnya, ”Mereka itu bertanya kepada Engkau Muhammad, tentang Roh, katakanlah bahawa Roh itu urusan Tuhanku, tidak kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit saja” .(Surah Isra Ayat 85) .
Apabila seseorang bertafakur atas dirinya sendiri, maka ia akan dapat mengetahui bahawa dirinya itu pada masa dahulunya, ”tidaknya pernah ada”. Firman Allah swt bermaksud, ”Tidaklah manusia itu ingat bahawa kami menjadikannya dahulunya sedang ia belum ada suatu apapun”. (tidak dinyatakan petikan surah dan ayat berapa)..Kemudian manusia itu akan mengetahui bahawa ia sebenarnya dijadikan dari setitis air (mani) yang tidak mempunyai akal sedikitpun, tidak mempunyai pendengaran, penglihatan, kaki, tangan, kepala dan sebagainya. Dari sinilah manusia akan mengetahui dengan terang dan nyata, bahawa tingkat kesempurnaan yang ia dapat capai bukanlah ia yang membuatnya, kerana sehelai rambut pun manusia itu tidak akan sanggup membuatnya.
Jika kita memikirkan hal tersebut di atas kita akan dapat menemukan diri kita ini di dalam kejadian yang sangat kecil bila dibandingkan dengan Kekuasaan dan Kasih-SayangNya Tuhan yang menjadikannya. Dan apabila kita itu berfikir lebih jauh maka ternyata di dalam kehidupan kita memerlukan berbagai macam keperluan seperti makanan, pakaian, rumah dan sebagainya, yang kesemuanya itu telah tersedia lengkap di muka bumi ini. Di sini kita akan menyedari akan sifat Rahman dan Rahimnya Allah swt yang begitu besar dan luasnya. Demikianlah alam dunia yang diciptakan Allah swt penuh dengan keajaiban walaupun bersifat sementara. Bayangkan sangat keajaibannya alam Kekal kita iaitu sama ada di neraka atau Syurga.. Tubuh badan kita yang sangat kompleks sempurna saling berkaitan adalah bukti Kekuasaan dan KebijaksanaanNya ciptaanNya sebagai tanda Kasih SayangNya maka oleh kerana itu kita akan mengetahui bahawa Allah swt itu ”ADA”. Andai kita benar-benar meneliti dan mengenali diri sendiri akan menjadi kunci bagi kita mengenali Allah swt.
Bahagian yang penting dalam mengenal Allah swt datangnya dari perbuatan kita sejauh mana kita mempelajari dan meneliti serta memikirkan siapa diri kita ini yang memberikan kepada kita kekuatan, kepandaian dan mencintai ciptaanNya. Sifat manusia, bukan hanya menjadi gambaran dari sifat sifat Allah swt tetapi juga ragam jiwa manusia yang membawa keinsafan kepada pengertian adanya Allah swt. Pendek kata Allah swt dan roh adalah ghaib, kita tidak dimaklumkan tentang bilangannya, rupa bentuknya, warnanya atau saiz ukurannya.
Manusia sukar menggambarkan hal tersebut tetapi kesukaran itu sememangnya dirasakan oleh fikiran kita setiap masa seperti perasaan marah, sakit, gembira dan cinta. Hal ini merupakan faham fikiran dan tidak dapat diketahui oleh otak kerana disebabkan oleh bentuk dan ukurannya. Samalah seperti telinga tidak dapat mengenal warna, mata tidak dapat mengenal suara. Diri kita sendiri hanya dapat sampai pada batas yang dapat dicapai oleh akal fikiran dan selebihnya akal fikiran kita tidak berupaya memikirkannya sebegitu jauh ke sesuatu yang ghaib seperti Tuhan dan Roh. Apapun kita dapat melihat bahawa Allah swt itulah yang mengatur alam semesta dan Dia tidak mengenal ruang dan waktu, tidak mengenal bentuk dan ukuran, yang memerintah segenap perkara demikian keadaannya. Sebagaimana yang telah dihuraikan, ”ROH” pula tidak mempunyai tempat tertentu dalam sesuatu bahagian badan, tidak terpisah pisah, tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi ia memerintah “JASAD”. Demikianlah Allah swt tidak mengenal ruang dan masa,tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi Dia memerintah Alam Semesta. Itulah Tuhan Yang Esa, Maha Kuasa, Maha Besar dan Maha Agung.

Penghargaan Worksite Pelita Hati menterjemahan dari kitab ”KimyauSaadah” oleh Al Ghazali.
No comments:
Post a Comment