Pages

Kelopak mawar

Thursday, June 20, 2013

Air Mata Kasih

Assalam alaik..

Bismillah..


Biarlah... Gugurlah air mata andai aliran itu menyesali segala dosa dan ia lebih baik

daripada tertawa sentiasa dan lupa akibat terlena.

takkan ku empang linangan air mata ini tatkala sujud taubat mengadapNya dikhuatiri kelak


tidak bersempatan akibat sudah terlewat diterjah sakarat.

Ku biarkan air mata membasahi pipi dek rasa syukur atas kurniaanNya daripada terus

terluka disebabkan keangkuhan dan kekufuran manusia.

Senang hatiku andai air mata ini mengalir atas hadiah dariMu berupa petunjuk hidayah dan


petunjuk daripada menangisi penyesalan dek 

tergoda pujuk rayu setan yang terkutuk.

Sungguh mengalir air mata ini saat memikir dan membayangkan nyalaan api neraka 


daripada terus menjadi hamba Allah swt yang durhaka dan dimurkai
 

Mengalir air mata ini kerana rindukan syurga daripada terpesona dengan


indahnya dunia hingga diri tiada berharga.

Semoga Kita semua dalam naungan kasih sayang Allah‘ Azza wa Jalla dan sentiasa di

tuntun ke jalanNya yang lurus.

Aamiin...


 
penghargaan zeera-wadiilmu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment