Bismillah..
Siapakah ahli Neraka?
Daripada Usamah bin Zaid ra menyatakan sabda Nabi Muhammad saw bermaksud, "Aku berdiri di muka pintu syurga lalu (kelihatan) kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya adalah orang yang miskin, sedangkan orang kaya ditahan kerana perhitungan kekayaannya, manakala ahli neraka pula disuruh bawa ke dalam neraka. Ketika aku berdiri di pintu neraka pula (kelihatan) kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah orang perempuan." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim)
Huraian: Islam melarang umatnya daripada menghina orang miskin kerana kemungkinan mereka mendapat tempat yang mulia disisi Allah. Orang miskin sekalipun kehidupan mereka daif tetapi sekiranya mereka bersabar dengan kesusahan dan dugaan yang mereka hadapi serta membuat amalan baik nescaya mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.
Orang perempuan hendaklah sentiasa mengawasi diri mereka berbanding lelaki kerana mereka mudah terdedah melakukan perkara maksiat mengakibatkan mereka mudah masuk neraka.Wanita yang menjadi ahli neraka ialah yang derhaka kepada Allah swt, tidak menunaikan hak Allah swt dan hak manusia seperti nusyuz dan ingkar suami.
Rasulullah dapat mengetahui perkara ghaib seperti keadaan syurga dan neraka melalui keizinan dan kehendak Allah swt.
Maksud petikan 'orang yang berharta akan tertahan dari memasuki syurga' ini sebenarnya hanya bertindak sebagai peringatan kepada umat agar berhati-hati akan sumber memperoleh harta mereka dan bagaimana mereka membelanjakannya.[220] Jika diperoleh secara halal dan dikeluarkan zakat atasnya, maka pemilik harta tersebut tidak akan ditahan memasuki syurga. Malah jika pemilik tersebut banyak bersedekah dan membuat kebajikan dengan hartanya, dia akan masuk syurga dengan pantas tanpa halangan. In syaa Allah. Perlu diingatkan bahawa Allah swt akan menghisab hambaNya di Hari Akhirat bukan berdasarkan satu dua perbuatan tetapi berlandaskan kepada seluruh perbuatan, tindakan dan tujuan.
Mencari harta bukanlah sesuatu yang dilarang malah lebih dari itu, Allah swt juga telah berfirman maksudnya,
"Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya." [Surah AlJumaah ayat 9-10]
Dari Abdullah bin Umar ra katanya, "Rasulullah saw telah bersabda. 'Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka. Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya, 'Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?' Rasulullah saw bersabda, 'Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.' Wanita itu bertanya lagi, 'Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?' Rasulullah saw bersabda, 'Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan solay pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.'

Huraian:
Wanita dari asal kejadiannya (fitrahnya) memang telah diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan itu tentu ada maksud dan tujuannya yang tertentu. Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah kerana pada saat seseorang perempuan itu haid atau nifas di mana mereka tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah swt, kecuali sebaliknya iaitu jika mereka melibatkan diri dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan segala sesuatu yang melalaikan bahkan menjauhkan diri daripada Allah swt. Manakala perempuan dikatakan kurang (lemah) akalnya kerana fikiran mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir lebih panjang dan bersifat emosional. Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki. Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Hanya sesungguhnya yang membezakan antara makhluk Allah swt adalah darjat atau tahap ketaqwaan mereka.
Wahai para muslimah janganlah bersedih atau khuatir,, jika jita sentiasa berusaha memperbiki kelemahan diri insyaa Allah akan dibantu dan dipermudahkan...wallahualam...
Wahai para muslimah janganlah bersedih atau khuatir,, jika jita sentiasa berusaha memperbiki kelemahan diri insyaa Allah akan dibantu dan dipermudahkan...wallahualam...
No comments:
Post a Comment