Pages

Kelopak mawar

Tuesday, June 25, 2013

5* wudu'

Assalam alaik..
Bismillah..
sekadar berkongsi pengetahuan..
Sebelum mendirikan solat perlu berwudu' kan?.. saya nak memperbaiki dan istiqamah melaksanakan 5star wudu'.. iaitu berdoalah padaNya di dalam hati pada peringkat wudu' berikut..



1. Ketika berkumur berdoalah " Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku ini serta jauhkanlah makanan berbentuk syubhah dari memasukinya"

2. Ketika membasuh muka berdoalah " Ya Allah, kurniakan mukaku seri bercahaya di akhirat kelak dan janganlah dihitam legamkan muka ini"

3. Ketika membasuh tangan kanan berdoalah "Ya Allah teguhkan tangan ini melakukan amal kebaikan dan berikanlah hisabku di tangan kananku ini"

4. Ketika membasuh tangan kiri berdoalah " Ya Allah bersihkan serta jauhkan tangan ini daripada melakukan perkara tidak disukaiMu dan bukan diberikan hisabku di tangan kiri ini."

5. Ketika membasuh kepala berdoalah "Ya Allah lindungilah lindungilah diriku dari panas teriknya matahari di Padang Masyhar nanti dengan ArasyMu"

6. Ketika membasuh telinga berdoalah " Ya Allah ampunilah dosa pendengaran atau diperdengarkan pada telingaku ini"

7. Ketika membasuh kaki kanan berdoalah " Ya Allah ringankan kakiku membuat kerja amal dan kebajikan serta melangkah ke taman syurgaMu dan juga memudahkan ku meniti titian siratul mustaqim memasuki syurgaMU"

8. Ketika membasuh kaki kiri berdoalah " Ya Allah jauhkanlah serta beratkanlah langkah kakiku ke majlis atau aktiviti maksiat dan teguhkanlah kakiku meniti atas titian siratMu sehingga sampai ke pintu Syurga."

No comments:

Post a Comment