Assalam alaik..
Bismillah..
Adakah kita masih mempunyai ibu dan bapa? .. sama ada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia,, berterusan menabur bakti pada keduanya sangat disuruh oleh Nabi Muhammad saw..tapi bagaimana nak berbakti pada mereka andai telah meninggal dunia?..
Dari Abi Usaid Malik bin Rabi'ah berkata bahawa, " Ketika kami sedang duduk-duduk bersama Baginda rasulullah saw tiba-tiba datang seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata, 'Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat kulakukan kepada kedua ibu bapaku yang telah meninggal dunia?' Rasulullah saw menjawab, 'Ada, kamu berdoalah untuk keduanya dan memohon diampunkan dosa2 mereka dan menunaikan wasiat dan janji2 mereka, menyatukan dan meneruskan hubungan silaturahim dengan saudara dan ahli keluarganya dan hormati serta muliakan kawan-kawan mereka.'" (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)
No comments:
Post a Comment