Jika kamu seorang miskin yang tidak mempunyai harta untuk diwariskan pada isteri dan anak-anak, maka ajarlah mereka surah AlWaqiah kerana ia lebih baik daripada seorang yang kaya dan hidup mewah yang mewariskannya kepada isteri dan anak-anaknya...
Sabda Rasulullah saw bermaksud,
"Ajarkanlah Surah AlWaqiah kepada isteri-isterimu kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan" (Hadis Riwayat Ibnu Ady)
Arwah ayah pernah menyarankan kami adik beradik agar rajin membaca surah ini.. Selaku anak yang akur kami membacanya juga walaupun tidaklah setiap hari.. rupanya begini kelebihannya..
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah swt menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
.
2. Daripada Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,“Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (Hadis Riwayat Al- Baihaqi)
3. Rasulullah saw bersabda maksudnya,“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
.
Menurut fatwa sebahagian Ulama,“Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah swt akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.” In syaa Allah....
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment