Benar saya tipu awak bila saya beritahu saya benci awak
tapi sebenarnya saya masih sangat menyayangi awak
Benar saya tipu awak bila saya nyatakan saya bukan seorang pencemburu
tapi sebenarnya saya inginkan kebahagiaan kita bersama seperti orang lain
Benar saya tipu awak bila saya cakap saya tak ambil kisah pun awak sakit
Namun, saya sangat risau dan padaNya kudoakan kesihatan dan kesembuhan awak
Benar saya tipu awak bila saya cakap saya tak sedih
sebenarnya mata ini menangis tiap kali teringatkan awak tapi padaNya saya
serahkan segalaNya
Benar saya tipu awak bila saya kata saya lega melepaskan awak
Melepaskan awak satu pengorbanan keranaNya walau ternyata saya amat
menderita..
"Ya Allah kuatkan diriku ketika susah dan sedih,
Berikan ku petunjuk membezakan kebaikan dan keburukan
ketikaku memerlukan jalan kebahagiaan kurniaanMu,
Jadikanlah aku manusia yang semakin tabah mengharungi hidup yang mendatang s
Shinggalah saat sakaratul maut menarik nafas terakhirku..Aamiin"
No comments:
Post a Comment