Ibarat sebuah negara, Akal adalah Raja sedangkan tabiat adalah rakyatnya. Jika Akal lemah untuk mengatur tabiat itu akan huru hara negara dan Raja itu.
Akal lebih diutamakan daripada hawa nafsu kerana Akal menjadikanmu sebagai pemilik zaman, sedangkan hawa nafsu memperbudakmu untuk zaman.
Keperluan tubuh adalah makanan yang kita makan/kunyah atau telan, sedangkan keperluan akal adalah hikmah. Maka, jika pincang atau hilang salah satu dari kedua keperluan ini binasalah diri.
Duduklah bersama orang bijak, baik mereka itu musuh atau kawan. Sebab pada pertemuan itu Akal bertemu dengan Akal.
Tidak ada harta yang lebih berharga daripada Akal.
Pertalian yang paling berharga adalah Akal yang berpasangan dengan kemujuran.
Adab adalah gambaran dari Akal.
Jika Akal dibiarkan menjadi kendali, tidak tertawan oleh hawa nafsu, atau melampaui batas agama, atau fanatik terhadap warisan nenek moyang, nescaya hal itu akan mengantarkan pelakunya pada keselamatan.
Jika engkau hendak menutup sebuah kitab, maka hendaklah engkau teliti kembali kitab itu. Kerana sesungguhnya yang kau tutup adalah Akalmu.
Jika Allah hendak menghilangkan nikmat dari seorang hambaNya, maka yang pertama kali diubah dari hambaNya itu adalah Akalnya.
Akal adalah Naluri, sedangkan yang mengasuhnya adalah berbagai pengalaman.
Akal adalah buah pikiran dan pengetahuan yang sebelumnya tidak diketahui.
Ruh adalah kehidupan badan, sedangkan Akal adalah kehidupan Ruh.
Akal adalah rakaman terhadap berbagai pengalaman.
Rasulmu adalah juru terjemah akalmu.
Rasulmu adalah juru terjemah akalmu.
Fahamilah perkhabaran jika kalian mendengarnya dengan Akal yang penuh dengan pemahaman, bukan Akal yang sekadar meriwayatkan. Sesungguhnya periwayat ilmu banyak jumlahnya, sedangkan yang memahaminya sedikit.
Orang yang berakal bersaing dengan orang soleh agar dapat menyusul mereka, dan dia ingin sekali dapat bersatu dengan mereka kerana kecintaannya terhadap mereka, meskipun amalnya tidak mampu menyamai mereka.
Orang berakal, jika berbicara dengan suatu kalimat, maka ikut bersamanya hikmah dan nasihat.
Orang yang paling bijak akalnya dan yang paling sempurna keutamaannya adalah yang mengisi hari-harinya dengan ketenteraman, bergaul dengan saudara-saudaranya dengan perdamaian, dan menerima kekurangan zaman.
Tidaklah patut bagi orang yang berakal kecuali berada dalam salah satu dari dua keadaan ini, iaitu berada dalam cita-cita yang paling tinggi untuk mencari dunia, atau berada dalam cita-cita yang paling tinggi untuk meninggalkannya.
Tidaklah layak bagi seorang yang berakal untuk menuntut ketaatan orang lain (terhadapnya), sedangkan ketaatannya terhadap dirinya sendiri ditolak.
Orang yang berakal adalah orang yang mencurigai pendapatnya sendiri dan tidak mempercayai apa yang dipandang baik oleh dirinya.
Orang yang berakal adalah yang menjadikan pengalaman-pengalaman (hidup) sebagai nasihat baginya.
Sesungguhnya perkataan orang berakal, jika benar, maka ia adalah ubat, namun jika salah ia adalah penyakit.
Permusuhan orang pintar adalah permusuhan yang paling berat dan paling berbahaya kerana ia hanya terjadi setelah didahului dengan hujah dan peringatan, dan setelah tidak mungkin lagi ada perdamaian di antara keduanya.
Sesungguhnya sesuatu yang tidak disukai (musibah) memiliki batas yang pasti akan berakhir. Oleh kerana itu, seorang yang berakal hendaknya bersikap tenang sampai musibah itu hilang (berlalu dengan sendirinya). Sebab, menghindar darinya sebelum habis waktunya hanya akan menambah kesusahannya.
Orang yang paling disukai oleh orang berakal adalah musuhnya yang juga berakal. Sebab, jika musuhnya itu berakal, maka dia akan merasa aman dari kejahatannya.
Celaan orang yang berakal lebih berat daripada hukuman seorang penguasa.
Permulaan pendapat orang berakal adalah akhir pendapat orang bodoh.
Bagi orang yang berakal, hidup dalam kesusahan bersama orang berakal lebih disenangi daripada hidup dalam kelapangan bersama orang bodoh."
Fikir2kanlah.. jadilah orang yang berakal.. tetapi kriteria berakal yang mana satu?..
Fikir2kanlah.. jadilah orang yang berakal.. tetapi kriteria berakal yang mana satu?..
No comments:
Post a Comment