Pages

Kelopak mawar

Thursday, June 13, 2013

Terbanglah Rindu Menjemput Kebahagiaan

Assalam alaik..
Bismillah..

Usai solat dhuha pagi ni perasaan sangat rindu menerpa diri.. lalu kupohon padaNya doa ini..

'Ya Allah aku merinduinya keranaMu..
Jauhkanlah kami dari perkara yang membuatkan kami lupa kepadaMu...
Kini ku tahu 'jarak penghalang' bukan untuk menghukumku sebaliknya
 'jarak' ini memelihara diriku dan dirinya..' aamiinn..

Ku yakini..
Sentiasa ada harapan selagi berdoa padaNya
Laluan serta peluang terbuka luas hanya jika kita berusaha berterusan
Bertahanlah dan bersabarlah wahai jiwa yang merana
Tabahkan hati ini..
Pasti di saat yang bertepatan masanya 'kebahagiaan' hakiki itu akan menjadi milikku jua..

Kerana ku percaya.. apa jua 'kesakitan' itu penghapus dosa..

Sebagaimana sabda Rasulullah saw, " Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu sebagaimana pepohonan menggugurkan dedaunannya." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim..

Redha ketentuanMu..

Andai dengan izinMu;
Rezekiku melimpah setelah dibahagi
Ilmuku bertambah bila dikongsi
Kasihku bercambah kukuh dengan keikhlasan menyayangi

Justeru

Nyah kau 'kedekut bakhil' dari rezeki Ilahi
Berkecailah 'ketamakan' ditewaskan oleh ilmu yang dikuasai
Takkan lagi kutangisi andai sesuci kasih seikhlas budi ini tidak dihargai

Jika segalanya hanya kerana Allah swt
Biar apa pun keadaannya
Pasti kan kunikmati kebahagiaan itu dengan izinNya..

Sahal bin Sa'ad ra berkata, " Malaikat Jibril as datang kepada Nabi saw lalu berkata, 'Wahai Muhammad, hiduplah sebebas-bebasnya, akhirnya akan mati jua.. berbuatlah apa jua semahumu , pasti akan mendapat balasan.. cintailah orang yang engkau mahu, pasti berpisah jua.. kemuliaan orang mukmin diraih dengan melakukan solat malam, kemuliaan diri diperoleh dengan tidak meminta tolong dari orang lain..'.



No comments:

Post a Comment