Pages

Kelopak mawar

Sunday, June 23, 2013

Dahulukanlah Dia...


Jika rindu padaku,
Dahuluilah kerinduanmu pada DIA,
Jika cinta padaku,
Cintailah DIA melebihi cintamu padaku,
kerana DIAlah segala-galanya buat kita berdua,


 cinta sesama manusia hanyalah sementara,
sedangkan cinta pada Ilahi berkekalan selamanya,
tetapi,


cinta manusia itu jambatan menuju syurga...
kerana lelaki dan perempuan yang saling ikhlas mencintai kerana Allah swt
akan dinaungi di akhirat kelak...in syaa Allah


Sempurnakanlah cinta kita pada Allah swt sebelum mencintai makhluk ciptaanNya
 
Tatkala mendahulukanNya...Bertuah sungguhlah andai mampu menangis. Usah ditahan irama tangisan itu.
Luahkannya dengan rasa takut dan berharap padaNya.
Benar, tangisan itu tiak mampu mengembalikan masa lalu kita.
Namun tangisan itu takkan membibitkan kabus masa depan kita.
 Kerana ia sebahagian daripada masa sekarang untuk
melonjakkan amal dan perubahan kita untuk hari esok yang ceria.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah swt ketika gembira atau derita
ialah ubat mujarab menikmati ketenangan hidup.

 Akurlah pesanan Rasulullah saw dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
“Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis
kerana takut kepada Allah...” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasa’i)



No comments:

Post a Comment