Pages

Kelopak mawar

Thursday, April 25, 2013

Doa Sesudah Tawaf Wida'..

Berikut saya lampirkan contoh Doa tawaf wida' (setelah ditapis) masa ziarah umrah tahun ini. Sekadar berkongsi.. saya ingat lagi pertama kali mengunjungi dan melihat Kaabah... mulut tergamam.. lidah kelu.. doa apa yang nak kupohon Ya Allah begitu banyak doa mencurah2 dalam hati ni tapi seolah2 tersekat dikerongkong..(persediaan dibuat sebelum pergi tapi..) dalam panik tu nasib baik saya ada buat salinan doa tawaf wida'.. doa itulah yang dibaca yang mana bersesuaian.. daripada tak terkeluar langsung.. kredit kepada Profesor Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim (semoga Allah swt memberikan kebaikan dan kesejahteraan atas usaha meramaikan orang islam beriman dan kembali padaNya).. asalnya saya membeli buku beliau Travelog Haji dan dari situ saya mendapat kesediaan mengunjungiNya.. doa ini juga asalnya daripada doa yang dipetik daripada salah satu buku/blog saya tak pasti tapi saya dah pinda untuk kesesuaian diri. saya bahasakan dalam doa ini untuk diri tetapi adalah lebih baik sebenarnya kita doakan utk sekalian hambaNya sekali.. sapa tak nak pahala lebih?..


Ya Allah segala puji2an untukMu
Ya Allah Ya Ghaffar Ya Wahhab Ya Razzaq Ya Quddus
Di hadapan pintu Kaabah ini dengan rasa rendah diri aku merakamkan kesyukuran tidak terhingga kepadaMu kerana Engkau telah memudahkan segala urusanku sepanjang kehidupan hari2ku di Baitullahilharam ini menunaikan ibadah solat dan umrah. Yang telah Engkau bawa dalam hal yang Engkau sendiri mudahkan sehingga engkau jalankanku dinegeriMu ini..

Ya Allah aku bersyukur kepadaMu kerana Engkau telah memelihara kesihatanku dan ahli rombongan kami selama beberapa hari kami di sini. Aku bersyukur kepadaMu kerana aku tidak diuji dan diduga dengan sesuatu yang tidak mampu aku tanggungi sepanjang hari2ku di Tanah Suci ini. Engkau telah menyampaikanku dengan nikmatMu dalam menolongku menunaikan ibadah umrah kali ini.

Ya Allah sebentar lagi akanku meninggalkan tempat yang penuh kedamaian dan ketenangan ini pulang ke negaraku bagi meneruskan melaksanakan tanggungjawabku sebagai hambaMu, suami/isteri, anak, ayah/ibu, rakan dan pekerja.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Allah Humma Tuhan yang memberi perlindungan, lindungilah diri ini. Engkaulah penjagaku dalam perjalanan memelihara kesejahteraan ahli keluargaku dan sahabat handaiku, keselamatan harta bendaku, kelancaran pekerjaanku semasa ketiadaanku.

Ya Rabb Aku memohon kepadaMu agar ziarah kali ini bukanlah terakhir buatku andai ajalku masih jauh. Jemputlah lagi diri ini. Bahkan ku memohon padaMu agar dimurahkan rezekiku supaya dapat lagi diri ini kembali ke rumahMu Baitullahilharam berulangkali bersama anak2ku ahli keluargaku saudara maraku sahabat handaiku menyertai mukminin dan mukminat muslimin dan muslimat dari serata dunia mengabdikan diri menyaksikan pengakuan syahadah, bertaubat kepadaMu, permohonan keampunanMu,  ibadat yang bersungguh2 khusyuk dan tawadduk keranaMu, lafaz kesyukuran atas setiap rahmat nikmat dan rezeki kurniaanMu dan kata puji2an hanya milikMu di depan Kaabah yang mulia ini.

Allah Yang Maha Mendengar perkenankanlah doa2 yang kupohon dan sampaikan di rumahMu ini. Allah Yang Maha Perkasa tutuplah segala kelemahan dan keaibanku. Ya Rahim kasihilah diri ini.. Sesungguhnya Allah menepati janjiNya dan sentiasa menolong hambaNya.

Ya Allah ku memohon kepadaMu, ampunkanlah dosa2ku sekiranya aku ada melakukan syirik kepadaMu sama ada dalam sedar atau alpa. Jika ia berlaku, ia bukan atas kemahuanku tetapi kejahilanku yang menyebabkan ia terjadi. Ya Allah Pencipta cakerawala, ampunkanlah dosa2 syirik yang kulakukan. Ya Allah Pemilik kebaikan abadi, baikilah setiap urusanku dan jauhkanlah diri ini daripada kehampaan kesusahan dan kehinaan di dunia dan azab seksa di akhirat.

Allahu Rabbi peliharalah diri ini dari segenap penjuru di kiri di kanan di hadapan di belakang di atas dan dibawah dan janganlah pula Engkau menjauhkan diriku dari rahmatMu. Ya Rahman, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada segala kedukaan kelemahan kemalasan pengecut kikir kedekut penghutang hasat dengki dan kekerasan musuh. Allah Yang Maha Berkuasa menghancurkan musuh2 kami dan musuh2 Islam, hancurkanlah niat hasad dengki dan iri hati mereka dengan kelembutanMu dan menjadikan mereka kembali kepada IslamMu yang benar. Bahkan kurniakan nikmat penglihatan kepadaku agar dapat ku lihat mereka yang menganiayaku dan cubaan menjatuhkanku ke dalam perangkap fitnah.

Ya Allah sangat2 kuharapkan rahmatMu dan kasih sayangMu dan aku sangat takut akan azab dan seksaanMu, maka Allahu Rabbi ampunilah diriku, kasihani dan sayangiku, lindungi dan tutupi keaibanku, tingkatkan darjatku di syurgaMu, bersihkan hatiku, sucikan jiwaku, tenangkan fikiranku dan lapangkan pemikiranku.

Ya Rahman Ya Rahim ampunkan dosa2 kedua ibubapaku. kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku ketika aku masih kecil. Ya Razzak permudahkanlah dan berkatilah urusan serta kehidupan anak2ku agar mereka membesar menjadi muslimin yang beriman seikhlasnya kepadaMu dan berjaya serta berwang di dunia yang banyak menyedekahkan harta wang ringgit, rajin zikir dan beramal ibadat semasa hayat mereka di dunia.

Ya Allah ku memohon padaMu masukkanlah kami (diriku,*****, anak2, ibubapa, adik beradik ipar duai anak2 buah saudara mara sahabat handai guru2 ketua2 muslimin musimat mukminin mukminat yang ,asih hidup dan juga yang telah meninggal dunia) ke dalam syurgaMu tanpa hisab. Jauhilah kami daripada dimasukkan ke dalam nerakaMu.

Ya Allah, aku memohon padaMu agar tetapkan diriku dalam menjaga urusan agama Islamku dan tetapkan keimananku kepadaMu Ya Quddus. Ya Rahim matikanlah diriku dalam keadaan husnul khatimah. Jauhkanlah matiku dalam keadaan suil khatimah iaitu azab sakaratul maut. Ya Allah akhirkanlah kalam dari mulutku dengan lafaz kalimah Laa ilahaillallah..

Ya Aziz Ya Ghafar aku memohon kepadaMu agar menjadikan kuburku sebagai salah satu taman2 syurgaMu. Jangan dibiarkan kuburku menjadi salah satu lubang lubang nerakaMu. Ya Allah jauhkan diriku daripada azab siksa kubur.

Ya Zaljalaliwalikram berilah diriku peluang untuk minum air daripada telaga AlKauthar. Mudah2an dengan air tersebut diri ini tidak akan haus buat selamanya. Ya Allah jauhkan diriku daripada azab siksa di Padang Masyhar dan berilah kitab catatan amalku ditangan kananku dan janganlah Engkau berikan kitabku di tangan kiriku.

Subhanallah, permudahkanlah diri ini melintasi titian siratul mustaqim. Permudahkanlah perjalananku mengharungi dugaan dan pandangan di titian sirat ini agar sampai ke syurgaMu. Aku sangat rindu untuk bertemu dan mencium anakku yang telah lama menanti di syurgaMu. Jauhkanlah diri ini daripada terjatuh ke dalam lubang nerakaMu..Nauzubillah..

Ya Wahhab Ya Razzaq aku memohon kepadaMu agar dimurahkan rezekiku daripada rezeki yang halal banyak dan diberkati padanya seperti yang ku jagka dan tidak ku jangka sehinggakan tiada sesuatu pun dari kalangan hambaMu kuperlukan darinya selain daripadaMu. Ya Allah jika rezekiku masih di langit, turunkanlah untukku, jika rezekiku di dalam atau di permukaan bumi, keluarkanlah kepadaku, tatkala rezekiku jauh, Engkau dekatkanlah padaku, Jika rezekiku sukar, permudahkanlah ia untukku, Jika rezekiku sedikit, perluaskan dan perbanyakkanlah untukku dalam keberkatanMu semoga diri ini sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur kepadaMu. YA Allah sebaliknya jauhkanlah diri ini daripada rezeki yang haram dan bersifat syubhah.

Ya Allah aku memohon padaMu untukku berkongsi pengalaman yang ku lalui sepanjang menunaikan ibadah umrah dan ziarah di Mekah dan Madinah ini bersama *** nak, ibubapa adik beradik saudara mara dan sahabat handaiku. Ya Rahman, ceritaku kepada mereka semata-mata keranaMu. Aku mahu mereka merasai kehebatanMu, kekuasaanMu, keindahanMu dan keberkahanMu yang kurasakan sepertimana juga kelembutanMu dan kasih sayangMu bertapa dekatnya Engkau pada hambaMu ini. Berilah petunjuk dan hidayahMu kepadaku dan khususnya mereka yang belum pernah menjejakkan kaki di Tanah Suci ini. Semoga diriku dan jiwaku dilembutkan dan terbuka untuk menunaikan haji pula dengan segera.. Semoga ceritaku memberi pengajara keinsafan kesedaran keazaman dan pemangkin kepada mereka untuk sama2 mendekatkan diri kepadaMu sentiasa. Semoga kami menjadi hambaMu yang soleh. Ya Allah limpahkanlah rahmatMu kepadaku sebagaimana yang telah Engkau limpahkan kepada hambaMu yang soleh dan taat.

Ya Allah jauhkan diriku daripada sifat dan perasaan riak dan bangga diri semasa bercerita nanti. Sekiranya terdetik jua perasaan itu di hatiku, ampunanMu kupohon. Aku hanyalah hambaMu yang hina tetapi diri ini tiada daya upaya dan kekuatan menanggung azab siksaMu melainkan Engkau mengizinkan dan mengampuni dosa2ku.

Ya Rabbi aku memohon padaMu agar diberi kekuatan dan keazaman untuk istiqamah melaksanakan amal ibadahku apabila tiba di Malaysia kelak. Semoga diri ini dapat istiqamah solat berjemaah, kekal puasa pada Isnin dan Khamis, mendirikan solat2 sunat seperti Dhuha, Tahajjud, taubat dan witir, membaca ayat2Mu daripada kitab AlQuran dan tafsirannya dengan sempurna setiap hari, diringankan tangan dan anggota badan untuk bersedekah setiap hari dan menjadi pendidik dan pembimbing di jalan yang benar untuk menegakkan dan memperjuangkan agamaMu.

Ya Allah sungguh banyak lagi doa yang ingin kupohon dariMu. Namun aku juga memohon doa2 sepertimana doa2 yang dipanjatkan oleh Nabi kami yang ummi iaitu Nabi Muhammad saw dan doa yang ditolak oleh baginda Rasulullah saw juga ku menolaknya.

Berikanlah yang terbaik untuk ku dan ** anak ibuayah keluarga saudara mara dan sahabat handai kami serta mukminin dan mukminat sekalian dalam kehidupan kami di dunia dan akhirat.

Salawat dan salam sejahtera kepada hambaMu, pengutusMu, kekasihMu dan Nabi kami Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan sahabat baginda sekalia,

Segala pujia2an hanya milikMu Ya Rahman..

Aaamiin..

Zina Itu Hina



Diceritakan oleh karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya tatkala Allah swt menciptakan akal, maka

Allah swt berfirman yang bermaksud, "Wahai akal mengadaplah engkau."
Maka akal pun mengadap Allah swt, kemudian Allah swt berfirman lagi yang bermaksud, "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah swt berfirman lagi yang bermaksud, "Wahai akal! Siapakah aku?".
Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu yang daif dan lemah."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud, "Wahai akal tidak Ku ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah swt menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud, "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".
Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah swt berfirman lagi yang bermaksud. "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Nafsu menjawab, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah swt menyiksanya dalam neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya kembali. Kemudian Allah swt berfirman lagi yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah swt menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah swt berfirman yang bermaksud. "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hambaMu dan Engkau adalah Tuhanku."
                       
Astaghfirullah..nafsu itu sangat jahat. Sebab itu kita disuruh mengawal nafsu dan bukannya membiarkan nafsu mengawal kita sebab kalau kita gagal mengawalnya samalah seperti kita menjeratkan diri ke kancah maksiat dan zina yang akhirnya memusnahkan diri kita sendiri.

Abu Bakar r.a. pernah berkata, "Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di kananmu, nafsu di kirimu, dunia di belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah swt di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu melakukan maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhanmu mengajak ke syurga serta menawarkan keampunanNya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunanNya..."

Manusia yang terpedaya dengan ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Manusia yang lemah pada rayuan jiwa, maka hilang nilai maruah dan nyawanya. Manusia yang tewas pada pujukan nafsunya, maka hilang akal dari dirinya. Mereka yang dikaburi kesenangan dunia, hilang akhirat dari dirinya. Dan manusia yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya,  syurga menjauhkan dari dirinya. Tetapi barang siapa mematuhi dan taat pada Allah swt, maka lenyaplah dari dirinya semua kejahatan dan ia memperoleh semua kebaikan."

Dugaan sebagai manusia itu sangat hebat, ujian menerpa dari depan belakang kiri dan kanan yang sentiasa mengajak kita untuk berpaling dariNya...Jika gagal dan pasrah maka terjerumuslah diri dalam kancah kehinaan akibat kesesatan, maksiat, zina, kejahatan dan sebagainya.  Namun bagi mereka yang tetap berpegang teguh dan yakin bahawa Allah swt sentiasa berada di atas segalanya (Maha Berkuasa).. Tuhan sentiasa memerhatikan dan bagi mereka yang bertaubat sesungguhnya Dia Maha Pengampun... in syaa Allah syurga jaminannya..

Jom .. kita selami suatu kisah seorang wanita yang telah melakukan zina dan bertaubat dan bagaimana Rasulullah saw mengendalikannya..

Basyir bin Muhajir menuturkan bahwa pada suatu saat, ketika dia dan sahabat lain sedang duduk di samping Nabi Muhammad saw di dalam masjid, tiba-tiba seorang wanita dari kabilah Ghamid datang menemui baginda Rasulullah saw dalam keadaan ketakutan.  Wanita itu berkata, “Ya Rasulullah, aku telah berzina. Jatuhilah aku hukuman, agar aku dapat mensucikan diriku yang kotor ini!” Mendengar pengakuan wanita itu membuatkan baginda Rasulullah saw dan para sahabat sangat terkejut.

“Pulanglah ke rumahmu!” perintah baginda Rasulullah saw. Wanita tersebut akur dan pulang ke rumahnya. Pada keesokamnya, ketika baginda dan para sahabat berkumpul, wanita itu datang lagi menemui Rasulullah saw mengulangi permintaannya. Baginda masih menyuruhnya pulang. Dengan rasa kecewa, wanita itu akur dan pulang ke rumahnya.

Pada hari ketiga, wanita itu datang lagi. “Ya Nabi Allah, demi Allah, aku telah berzina dan kini sedang mengandung anak haram,” pengakuannya.

"Pulanglah dan datang ke mari setelah bayimu lahir!” jawab baginda.

Beberapa bulan kemudian lahirlah bayi yang dikandungnya. Dihari pertama nifasnya, dia datang kembali membawa anaknya dan berkata kepada Rasulullah saw, "Wahai Rasulullah, Bayiku telah lahir. Sucikanlah aku dari dosa zina".
Rasulullah saw melihat kepada anak wanita tersebut, lalu bersabda, "Pulanglah, susuilah  bayimu, jika engkau telah menyuapnya, kembalilah kepadaku."

Wanita itu pun pergi. Bulan berganti bulan tiga tahun lebih berlalu dan selesailah tugas wanita itu menyusui bayinya. Wanita ini tetap tidak berubah pendirian. Dia kemudian datang kembali menghadap Rasulullah saw untuk bertaubat  sambil menggendong bayinya. Seraya menunjuk anaknya yang sedang mengenggam sepotong roti, wanita itu berkata, “Lihatlah, kini anakku tidak menyusu lagi! Ia sudah  makan roti. Maka sucikanlah aku!” Pada saat itu Rasulullah saw menyerahkan anak tersebut kepada seorang muslim untuk dipelihara. Rasulullah saw bersabda kepada semua yang hadir bahawa orang yang menjaga anak ini, adalah temanku di syurga.

Kemudian Rasulullah saw menyuruh beberapa orang menggali lubang. Tubuh wanita itu dipendam, kecuali leher dan kepalanya. Setelah itu Nabi menyuruh orang-orang muslim menghukumnya (rejam), kerana ia telah berbuat zina (zina yang dilakukan oleh orang yang beristri atau bersuami). Wanita itu direjam sampai mati bagi mentucikan diri setelah bertaubat dari zinanya.

Selesai pelaksanaan rejam, baginda Rasulullah saw melakukan solat jenazah di hadapan jasad wanita itu dan turut menguburkannya.
Melihat hal tersebut, sahabat baginda, Umar Bin Khatab merasa hairan lalu bertanya, "Engkau mensolatinya wahai Nabi Allah, sungguh dia telah berzina?".

Rasulullah saw bersabda, "Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, yang seandainya taubatnya itu dibagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah?" (HR. Ahmad)

Zaman ini ramai tanpa segan silu sama ada tertutup atau di tempat terbuka melakukan zina. ada zina mata zina telinga zina anggota dan sebagainya.. Adakah cukup sekadar menginsafi perbuatan tersebut dengan istighafar atau solat taubat? Beranikah kita melakukan zina?... Semoga kita sentiasa di dalam peliharaanNya..
                       

Tuesday, April 23, 2013

Koleksi Doa lagi....


Ini ada lagi satu doa yang diselitkan bersama pembukuan Doa Arafah (entri saya hari ini).. tidak dinyatakan sumbernya.. tiada dalam bahasa arabnya.. hanya dalam bahasa Melayu.. sekadar berkongsi..

"Allah Humma Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang mentadbirkan sekalian alam, yang mengaturkan segala urusan, yang menentukan pertemuan dan perhimpunan, dan engkaulah Tuhan yang memuliakan bani insan, dan mendengar segala permintaan dan permohonan.

Allah Humma Ya Allah, dengan kalimah Subhanallah, kami akui kesucian dan kesempurnaanMu Tuhan, segala zat dan sifat yang tidak ada bandingan. Dengan kalimah Alhamdulillah, kami mengucapkan kesyukuran di atas segala nikmat yang Engkau telah kurniakan. Dengan kalimah Nauzubillah, kami berlindung daripada hasutan syaitan dan kejahatan manusia. Dengan kalimah Astaghfirullah, kami memohon keampunan di atas segala dosa dan kesalahan di samping berazam untuk melakukan perintah dan suruhan serta meninggalkan segala larangan.

Allah Humma Ya Allah, pada hari yang bersejarah penuh dengan keberkatan, Engkau menyaksikan hamba2Mu berkumpul menadah tangan, mengharapkan keredhaanMu, semoga mendapat rahmat dan keberkatan dengan mengurniakan segala kemudahan, semoga tercapai hasrat dan tujuan untuk mendapat haji mabrur, hidup dalam kebahagiaan, aman dan damai di dunia dan akhirat, berkekalan aman semasa di Baitullahilharam.

Allah Humma Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepada kami sekalian sifat2 terpuji dan daya usaha yang tinggi seperti sifat sabar, tekun dan kebersihan hati sehingga Engkau jadikan keluarga kami keluarga yang memberikan ketenangan hingga melahirkan zuriat yang soleh, berilmu, beriman dan beramal di jalan Rabb kami untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Allah Humma Ya Allah, Ya Rabbana Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kekuatan iman, keselamatan dan kesihatan khususnya kepada kami yang berwukuf di Padang Arafah untuk meningkatkan usaha ke arah kejayaan akhirat dengan berpandukan AlQuran yang berterusan daripadaMu Ya Allah sebaik2 jalan dan keredhaan.

 Allah Humma Ya Allah, Ya Mu'al Lifal Qulub, Ya Allah, Engkaulah yang menjadikan hati kami bernaung di bawah lambang persaudaraan, berkasih sayang, bermuafakah untuk kebaikan, hindarkanlah hati kami sifat yang keji seperti hasad dan dengki di antara kami. Sebaliknya tanamkanlah di sanubari kami sifat terpuji seperti sifat sabar, tekun melaksanakan amanah dan tanggungjawab, perintah dan suruhan dengan penuh keikhlasan kepadaMu.

Allah Humma Ya Allah, tenteramkanlah hati kami ketika beribadah khusyuk dan tawadduk sehingga Engkau kurniakan kepada kami kelazatan beribadah.

Ya Allah, panjangkanlah umur kami dalam iman dan keberkatan, murahkan rezeki kami, terangkanlah hati kami, teguhkanlah keimanan kami kepadaMu, terimalah amal perbuatan kami, dekatkanlah kami kepada jalan kebaikan, jauhkan kami dari sifat2 dan perkara buruk, kabulkan hajat kami untuk mendapat redhaMu dengan mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam atas junjungan kami Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan sahabat baginda sekaliannya."

Aaamiiiin Ya Rabbal A'lamin.

Hah.. tu dia.. sekian dahulu entri saya utk hari ini.. ado koje lain lagi yang perlu dibereskan.. Mudah2an kita sama2 mendapat keberkatan daripada doa2 ini...Rasa2nya minggu ni adalah minggu entri doa je..

Wassalam..


Doa Nabi Khidir as

                 

Doanya yang bermaksud,
" Ya Allah, Wahai Tuhan yang tidak menjadi keberatan bagiNya segala urusan (hamba2Nya), dan tidak (menjadi keberatan) untuk mendengar (rayuan hamba2Nya), dan tidak menjadi kesamaran bagiNya oleh bermacam2 suara, Wahai Tuhan yang tidak menjadi bersalahan bagiNya oleh bermacam2 permohonan, tidak menjadi pertelingkahan bagiNya oleh ucapan2 yang berbagai bahasa, Wahai Tuhan yang tidak digelisahkan oleh desakan2 permohonan orang yang mendesak, dan tidak menjemukan bagiNya permohonan2 orang yang berdoa (selalu), kurniakanlah kepada kami kesejukan ampunanMu dan kemanisan (kelazatan) bermunajat kepadaMu Wahai Yang Maha Pengasih"

Haa.. tulah dia.. ada dalam bahasa Arab nih.. pendek je.. terjemahannya dalam tulisan jawi.. kok masih handal juga saya membaca tulisan jawi ni.. hehehe.. dah lama tak test baca jawi ni...apapun semoga doa ini boleh memberi manfaat kepada kita... in syaa Allah..

Doa Arafah

Bismillah...

 
 
Alhamdulillah.. pagi ini cuaca cerah dan perjalananku dipermudahkan..petang semalam hujan lebat memandu kereta pulang sejauh 53km juga kena berhati2... Alhamdulillah masih diberi nafas segar pagi ini..

Saya nak kongsikan satu doa dinamakan Doa Arafah yang menjadi amalan Imam AlGhazali rahimahullah..(salam sejahtera dan rahmat Allah ke atasmu)
saya peroleh masa hadir kursus umrah yang pertama...ia disusun oleh Ustaz Haji Shihabudin (semoga Allah mengurniakan pahala kepadanya atas usaha menterjemahkan doa ini untuk panduan kita)... dahulu saya kena beli doa ni tapi sekarang saya nak kongsikan bersama pembaca blog saya.. tapi doa ini diterjemahkan dalam bahasa melayu.. Doa ini tak panjang dalam 3 mukasurat dalam bahasa Arab kemudian diterjemahkan dan ditulis dalam tulisan jawi... begini bunyi doanya..

" Tiada Tuhan (yang disembah sebenar2nya) melainkan Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan (kekuasaan) dan bagiNya segala pujian, Dia menghidupkan dan Dia mematikan, Dialah yang sentiasa hidup dan tidak mati di dalam kekuasaanNya. Segala kebajikan dan Dialah (Allah) Maha berkuasa di dalam segala perkara.

Ya Allah, kurniakanlah cahaya pada hatiku, pendengaranku dan lidahku. Ya Allah, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Ya Allah (Tuhan) yang memiliki segala pujian, bagiMu segala pujian, seperti yang Engkau katakan dan lebih baik daripada yang Engkau katakan. BagiMu, solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, dan kepadaMu jua aku akan kembali, dan kepadaMu (kuserahkan pemberian) pahala kepadaku.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu, daripada was was (syak) dalam hatiku dan daripada penangguhan suatu pekerjaan dan daripada azab seksa kubur. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada sejahat2 benda (sihir) yang masuk pada malam hari dan daripada kejahatan benda yang dihembus dengannya oleh angin (sihir atau guna2) dan daripada ditimpa bala bencana yang datang pada bila2 masa.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada berubah2nya keadaan (sihat kepada sakit) dan daripada ditimpa secara tiba2 balasanMu dan daripada didatangi secara tiba2 kemurkaanMu.

Ya Allah, kurniakan kepadaku petunjuk yang benar, dan ampunilah dosa2ku di hari akhirat (hari kemudian) dan di hari permulaan (di dunia). Wahai Tuhan sebaik2 tempatku bernaung, dan sebaik2 tempatku berlindung dan semulia2 Pengurnia yang memakbulkan apa2 yang diminta, kurniakanlah kepadaku pada hari ini sebaik2 kurniaan yang pernah Engkau kurniakan kepada orang lain dari makhlukMu dan orang2 yang menyempurnakan Haji di rumahMu.

Ya Allah Yang Amat Pengasih dan Penyayang, Ya Allah (Tuhan) yang meninggikan kedudukan (darjat) dan menurunkan berkat (kepada hamba2Nya). Wahai Tuhan Pencipta segala bumi (tujuh lapisan) dan tujuh tingkat langit, gegak gempita seruan segala suara dengan berbagai bahasa, memohon (berdoa) segala hajat dan hajatku kepadaMu supaya janganlah Engkau melupakanku di hari turunnya bencana apabila aku dilupakan oleh ahli (penghuni) dunia.

Ya Allah, bahawasanya Engkau Maha Mendengar kata-kataku dan Engkau melihat tempat kediamanku dan Engkau mengetahui segala rahsiaku yang zahir dan batin dan tiada yang tersembunyi sesuatupun mengenaiku. Aku yang sangat berhajat, yang fakir, yang memohon pertolongan, yang mengharapkan keamanan, yang sangat takut, yang memohon dikasihani, yang mengaku (pernah) melakukan dosa2. Aku memohon kepadaMu sebagai seorang yang miskin dan aku merendahkan diri kepadaMu sebagai orang yang berdosa dan aku seorang yang hina. Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan dan aku memohon doa kapadaMu sebagai seorang yang sangat takut azab seksa neraka. Permohonan seorang yang menundukkan tengkuknya kepadaMu (khusyuk dan tawadduk) dan dengan cucuran airmata keinsafan kerana mengharapkan kurniaanMu dan menghinakan diriku dihadapanMu dan seikhlasnya merendahkan diriku.

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku dengan kerana doaku menyebabkan kecelakaan. Dan jadikanlah permohonanku itu dikabulkan dengan belas kasihMu. Wahai Tuhan sebaik2 tempat orang bernaung dan semulia2 yang mengurniakan (kepada yang memohon). Wahai Tuhanku, kalau ada orang yang memuji dirinya dihadapanMu maka sesungguhnya aku mencerca diriku sendiri.

Wahai Tuhanku, telah membisu lidahku (mulutku) dari menyebut perkara maksiat (tidak akan melakukannya) maka tiada jalan bagiku (bagi mendampingi Tuhanku) amalku dan tiada penyelamat yang kuharapkan kecuali dengan harapan (belas kasihMu). Tuhanku, sesungguhnya aku mengetahui bahawasanya segala dosaku tidak sedikit pun memberi kesan atas keagunganMu dan tiada jalan meminta uzur (berdalih) ke hadratMu tetapi Engkau (Ya Tuhanku) Yang Maha Mulia (dengan kemurahanMu mengampunkan dosa hambaNya).

Tuhanku, jika tiada kebolehan bagiku untuk mencapai kurniaan rahmatMu, maka sesungguhnya semoga rahmat kurniaanMu boleh sampai kepadaku dan rahmatMu (sentiasa) meliputi segala sesuatu (semoga aku memeperoleh) sebahagian daripadanya. Maka kurniakanlah rahmat bagiku. Tuhanku, dosa2ku walau sebesar manapun tetapi ia kecil disisiMu untuk mendapat keampunanMu. Maka ampunilah aku wahai Tuhan Yang Amat Pemurah.

Wahai Tuhanku, Engkau tetap Engkau dan aku tetap aku. Aku sering kembali melakukan dosa2 (sedang Engkau) selalu mengampunkan dosa2. Tuhanku, Jika Engkau tidak belas kasihan melainkan kepada hamba2Mu yang taat, maka kepada siapakah akan bertumpu (akan berlindung) mereka yang berdosa? Tuhanku, aku telah tersesat jauh tidak taat kepadaMu dengan sengaja dan aku telah terdorong melakukan maksiat (larangan2Mu) dengan sengaja. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya (alasan2)(untuk Engkau menyeksa) diriku tetapi Engkau sedia memgampungiku, maka dengan adanya kepastian alasan2 Engkau (boleh menyeksaku)  dan tiadanya alasan (dalih) bagiku untuk melepaskan diri daripada azab seksaMu dan kerana hinaku terhadapMu. Maha Kaya (Tuhanku) kalaulah tiada keampunanMu kepadaku wahai Tuhan (kepadaMu) sebaik2 tempat mereka yang mengharapkan permohonan dan sebaik tempat orang yang bergantung harapan.

Dengan nama baik agama Islam dan dengan kesetiaan Nabi Muhammad saw, ampunilah (Ya Allah) segala dosa2ku dan tukarkanlah keadaanku (kepada lebih baik) daripada keadaanku ini.

Wahai Tuhan, yang menyampaikan segala hajat (hamba2Nya), kurniakanlah apa yang kupohon, sampaikanlah segala harapan dan yang kucita2kan. Tuhanku, aku berdoa (bermohon) dengan doa yang Engkau ajarkan kepadaku. Maka janganlah Engkau hampakan harapanku yang telah Engkau ajarkan itu.

Tuhanku, segala yang Engkau lakukan pada hari ini (Hari Arafah) kepada hambaMu yang mengaku dihadapanMu dengan dosa2 (yang dilakukannya). Merendah diri dengan kehinaannya, menyesali segala perbuatan kejahatan. Khusyuk kepadaMu dengan amalan (ibadah) mereka. Bertaubat (tidak akan mengulangi) kejahatan. Mereka memohon ampun kepadaMu daripada penganiayaan yang pernah dilakukan. Merendah diri dihadapanMu memohon ampun daripada setiap kesalahan. Memohon dariMu supaya dimakbulkan segala yang dihajatinya. Berharap kepadaMu dari tempat wukufnya ini dalam keadaan banyak dosa yang dilakukan.

Wahai Tuhan, tempat bernaung semua yang hidup dan Tuhan yang menolong orang2 yang beriman. Sesiapa yang berbuat kebajikan maka dengan rahmatnya ia memperoleh kejayaan. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka dengan kesalahannya itu ia dibinasakan.

Ya Allah, kepadaMu kami keluar (menuju Baitullah) dan dihalaman rumahMu kami berhimpun dan kepadaMu kami berharap, dan apa yang ada padaMu kami memohon, dan kepada ihsanMu kami mengharapkan, limpahan dan rahmatMu kami mengharapkan, dan dari seksaMu kami takuti, dan kepadaMu dengan beratnya dosa2 kami melarikan diri, dan ke rumahMu (Baitullahilharam) kami menyempurnakan haji.

Wahai Tuhan Yang Memiliki (Yang Menguasai) segala hajat permohonan hambaNya dan Mengetahui segala yang terkandung di hati hambaNya. Wahai Tuhan yang tiada bersamaNya Tuhan (lain) yang disembah. Wahai Tuhan yang tiada baginya wazir (menteri) yang menolongnya dan tiada pengiring yang boleh dikaburi (dirasuah).

Wahai Tuhan yang tiada memberi kesan kepadaNya dengan banyaknya permohonan (dari hambaNya) melainkan dikurniakan dengan limpahan kurniaanNya dan tidak memberi kesan dengan banyaknya hajat2 hambaNya yang telah dikurniakan melainkan dengan kemudahan dan balasan ihsanNya (kepada hamabaNya).

Ya Allah, sesungguhnya engkau telah menjadikan (menyediakan) bagi setiap tetamu jamuan, dan kamilah tetamuMu (Ya Allah) maka kurniakanlah kami jamuan daripadaMu iaitu tempat yang layak disyurgaMu. Ya Allah sesungguhnya bagi setiap rombongan disediakan hadiah, bagi setiap pelawat disediakan kemuliaan dan setiap permohonan disediakan kurniaan dan setiap yang berharap disediakan pahala dan setiap yang memohon belas kasihanMu disediakan balasan baik dan setiap yang memohon rahmatMu disediakan limpahan rahmat dan setiap yang gemar mendampingiMu Engkau kurniakan pengampunan dan sesungguhnya kami (beramai2) telah sampai ke rumahMu Baitullahilharam dan kami telah wukuf di tempat ini (Padang Arafah) yang mulia ini. Dan kami telah menyaksikan di sini tempat2 yang bersejarah dan mulia dengan harapan balasan baik dariMu maka janganlah dihampakan harapan kami.

Wahai Tuhan kami, bertalu2 Engkau kurniakan nikmat2Mu hingga puashati (sekalian hambaMu) menerima nikmatMu yang bertalu2 dan Engkau memperlihatkan contoh tauladan hingga boleh berkata2 segala (benda) yang bisu dengan alasan2 dariMu. Dan Engkau nyatakan limpah kurniaMu (kepada mereka) hingga wali2Mu mengaku kecuaian mereka terhadap hak2Mu. dan Engkau memperlihatkan tanda2 kebesaranMu hingga semua penghuni langit dan bumi mengakui tanda2 kebesaranMu. Dan Engkau telah  menguasai dengan kuasa kudratMu hingga tunduk semua makhluk dengan kebesaranMu dan takluk semua makhluk oleh kebesaranMu. Apabila ada hambaMu berbuat angkara (berbuat jahat) Engkau berikannya keampunan dan Engkau memberi peluang dan apabila ada hambaMu yang berbuat baik Engkau terima dan Engkau kabulkan.

Dan apabila ada hambaMu yang menderhaka Engkau lindungi mereka dan apabila mereka melakukan dosa Engkau ampunkan dan maafkan. Dan apabila kami berdoa(memohon) segera Engkau kabulkan. Apabila kami menyeru Engkau sedia mendengar. apabila kami menghadapMu Engkau mendekati. Apabila kami berpaling dariMu Engkau menyeru.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam kitabMu yang suci yang Engkau turunkan kepada Nabi Muhammad saw penyudah segala nabi. Katakanlah (Ya Muhammad) kepada orang kafir jika mereka berhenti daripada kufur,  akan diampunkan  bagi mereka apa yang telah berlalu. Maka akan relalah Engkau akan ikrar mereka dengan kalimah tauhid (dengan ikhlasnya). Setelah mereka mengingkarinya, dan bahawasanya kami menyaksikan Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah dengan ikhlas hati, maka ampunilah kami dengan pengakuan ini atas segala dosa2 terdahulu dan janganlah Engkau jadikan nasib kami kurang daripada nasib mereka yang masuk Islam.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau sukakan orang yang mendampingiMu dengan memerdekakan hamba yang dimilikinya (oleh kami). dan kami adalah hamba2Mu dan Engkau adalah lebih utama melimpahkan kurnia maka merdekakanlah kami (dari neraka) dan bahawasanya Engkau telah memerintahkan kami supaya bersedekah kepada fakir dan kami adalah golongan fakir yang berhajat kepadaMu. Dan Engkaulah yang lebih berhak berbelas ihsan. Maka bersedekahlah kepada kami dan Engkau berwasiat untuk memberi maaf kepada sesiapa yang menganiaya kami dan kamilah yang telah menganiayai diri kami. Dan Engkau lebih berhak dengan kemuliaan dan kemurahanMu maka ampunilah kami.

Tuhan kami, ampunilah kami dan kurniakanlah kami rahmatMu Engkaulah Penolong kami. Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat. dan peliharalah kami dari seksa api neraka. Limpahkanlah (Ya Allah) rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya serta sahabat baginda sekaliannya. Dan segala pujian bagi Allah swt yang mentadbir dan memiliki sekalian alam."

Aaamiiinnn..

Aduih.. jenuh tangan ni menaip.. doa ini untuk saya juga.. mana tahu dengan berkat setiap bait tulisan ini Allah swt menjemput saya menunaikan Haji pula.. keinginan telah ada.. persiapan dibuat sedikit2..cuma beberapa masalah kecil sahaja tetapi jika adanya jemputan Ilahi untuk saya.. in syaa Allah segalanya akan dipermudahkan.. tiket  free tu.. harap pembaca dapat manfaat daripada paparan ini.. segala kesilapan adalah kekhilafan saya.. Ya Allah ampuni kesalahan hambaMu ini..

Monday, April 22, 2013

10 Surah...

Assalam alaikk




Alhamdulillah.. banyak juga entri saya hari ni.. sebelum melabuhkan blog ini untuk hari ini saya nak kongsikan suatu ilmu yang pernah peroleh tapi tak rekod pula dari mana sumbernya..

Setiap hari kita umat Islam digalakkan membaca ayat suci AlQuran.. walaupun sepotong ayat.. Banyak yang boleh kita pelajari darinya.. Ilmu Allah swt sangat luas.. apa yang kita tahu hingga hari ini hanyalah sebesar zarah.. mudah2an bila kerap membaca.. Allah swt mengurniakan rahmat dan fahaman ilmuNya...

Tahukah ada 10 surah daripada sejumlah 114 surah dalam AlQuran jika dibaca boleh membantu kita menghadapi 10 ujian besar Allah swt... antaranya..

Surah Al Fatihah memadamkan kemurkaan Allah swt
Surah Yassin menghilangkan dahaga atau kehausan pada hari Kiamat
Surah Ad Dukhan membantu  menghadapi ujian Allah swt pada hari Kiamat
Surah Al Waqiah melindungi diri daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
Surah Al Mulk menringankan azab kubur
Surah Al Kauthar merelaikan segala perbalahan
Surah Al Kafirun menghalang diri daripada kekafiran ketika saat sakaratulmaut
Surah Al Ikhlas melindungi diri daripada golongan munafiq
Surah Al Falaq menghapuskan perasaan hasad dengki
Surah An Nas melindungi diri daripada penyakit waswas..

Hmm Jom kita amalkan setiap hari.. surah2 yang dinyatakan ni bukannya surah yang panjang pun kan.. tapi Allah swt nak bagi kita ganjaran yang jauh lebih banyak dan besar berbanding masa yang kita ambil membacanya setiap hari.. insyaa Allah

wallahualam..

Rinduku RinduMu Jua


Benarkah?

Allahu Rabbi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai Dzat yang hidup dan berdiri sendiri
Wahai Dzat yang menciptakan langit dan bumi
Wahai Dzat yang Mulia dan Pemurah
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah swt. 
Ku memohon kepadaMu agar dihidupkan hatiku dengan cahaya hidayahMu
agar aku benar2 merasai nikmat mencintaiMu Wahai Dzat yang paling Pengasih. 

Aamiinn.

Hadiah buatmu.... Ya Rasulullah saw

      

Salam sejahtera ke atasmu wahai junjungan yang mulia rasul yang agung penyantun lagi penyayang.

Semoga Allah swt merahmati dan memberkatimu.

Sesungguhnya selamat sejahteralah wahai Nabi Allah, selamat sejahteralah wahai insan pilihan Allah swt, selamat sejahtera wahai Habibullah, aku bersaksi tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang maha esa dan sesungguhnya engkau adalah hambaNya dan pesuruhNya..

Aku bersaksi engkau sudah menyampaikan risalah menyempurnakan tanggungjawab dan sudah memberi nasihat kepada umat dan engkau sudah berjihad kerana meninggikan agama Allah maka selawat dan salam atasmu berkekalan hingga ke hari kiamat..

Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanlah kepada baginda saw kemuliaan dan pangkat darjat yang tinggi serta anugerahkan kepadanya tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan sesungguhnya Engkau tidak sesekali memungkiri janji..

Aaamiinn.

Berdoalah.. Allah Maha Mendengar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Maha suci Allah yang ArasyNya terletak dilangit
Maha suci Allah yang mengangkat tujuh petala langit dan menetapkan tujuh petala bumi dengan kudratNya
Maha suci Allah yang banyak memperlihatkan kekuasaan ciptaan dan anugerahNya di muka bumi untuk hambaNya memiliki tempat tinggal yang tetap dan memperoleh rezeki yang halal bagi sesiapa yang mensyukuriNya
Maha suci Allah yang memperlihatkan rahmatNya di dalam syurga Firdausi sebagai ganjaran bagi mereka yang sabar dan tetap keimanannya pada Allah swt walaupun sarat diuji dan diduga
Maha suci Allah yang memperlihatkan kekuasaan pengadilanNya di neraka Jahannam bagi mereka yang mengingkariNya
Maha suci Allah yang menceriakan segala lautan mewarnai muka bumi dan menyinari angkasa ini
Maha suci Allah yang tidak ada tempat untuk bergantung dan tidak ada tempat untuk meminta pertolongan melainkan kepadaNya semata2

Alahuakbar3x,
Cukuplah Allah swt bagiku... Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar2nya melainkan Allah swt Yang Maha Berkuasa tiada sekutu baginya... Dialah Tuhan yang Berkuasa atas setiap sesuatu... Tuhan yang memerintah sekalian alam... BagiNya segala pujian Dan Dialah pemilik 'Arasy yang Agung..Hanya padaNya kami bertawakkal

Cucuran rahmat dan limpahan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad saw yang ummi ahli keluarganya dan para sahabat yang dikasihi baginda Rasulullah saw.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Kelu lidah atas perbuatan kejahatan maksiat dan zina yang telah kulakukan
tidak ada jalan bagiku selain bertaubat dan kembali kepadaMu

Dengan rasa rendah diri dan hinanya hambaMu ini, aku memohon keampunanMu ya Allah.
dengan linangan airmata keinsafan ini aku menyerahkan segalah urusanku dan diriku kepadaMu Ya Rahman.. Aku sangat2 berdosa kepadamu Ya Allah...Ya Allah aku telah mensia2kan masa mudaku tidak taat kepadaMu aku sengaja melakukan dosa
hidupku dibuai kelalaian leka dan alpa dikaburi kemewahan yang bersifat sementara dan jauh tersesat dari jalanMu

Ya Aziz Ya Ghaffar
Sekiranya Engkau menyayangi orang yang taat dan soleh ke manakah lagi aku yang berdosa ini hendak mengadu! Ya Allah jangan biarkan hambaMu yang sedang kegelapan ini teraba-raba demi mencari cahaya hidayahMu 

Maha suci Allah Sangat besar hujahMu kepadaku tidak berupaya aku menolaknya kecuali Engkau mengampunkan aku dan memberiku rahmatMu.. Aku sedar kini Aku insaf Aku datang kepadaMu bersama pengakuanku atas segala kejahatan maksiat dan zina yang telah kuperbuat.. Aku datang kepadaMu mengakui segala dosaku..dan aku ingin bertaubat kepadaMu..Bantulah diri yang dhaif ini.. Hanya padaMu tempatku memohon..

Benar firmanMu.. sesiapa berbuat kebajikan, mereka mendapat kemenangan dari rahmatMu sebaliknya sesiapa yang melakukan kejahatan, kebinasaanlah yang diperoleh.. 

Aku sangat mengharap padaMu Ya Allah.. keampunanMu kasih sayangMu dan aku memohon syafaatMu..mudah2an aku memperoleh rahmatMu.. rahmatMu yang sangat luas Ya Allah..

Terimalah aku dengan limpahan kemaafanMu, jua ampunkan segala dosa2 kedua bapa kami, dosa suami/isteri kami, anak2 kami, adik beradik kami, saudara mara kami sahabat handai kami guru2 kami ketua2 kami para muallaf muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia, gugurkan dosa2 kami, bersihkan hati2 kami, sihatkan tubuh dan jasmani badan kami, perelokkan pendengaran dan penglihatan kami, terangkan dan lapangkan kubur kami, beratkan timbangan amal pahala kami lapangkan dan mudahkan perjalanan meniti titian siratulMustaqim kami serta masukkan dan tempatkan kami di darjat yang tinggi di dalam syurga Jannatun Naim..

Ya Allah Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa tutuplah segala kelemahan dan keaiban kami daripada segala yang memalukan kami, terimalah rayuan hambaMu yang sangat berhajat kepadaMu yang ketakutan mengenangkan azabMu terhadap diri yang penuh dosa akibat kelalaian alpa dan terpengaruh dengan hasutan syaitan dan hawa nafsu. Ya Rahman, kasihanilah kami

 
Ya Allah Tuhan yang menurunkan keberkatan yang menciptakan langit dan bumi dan isinya, bergema disisiMu suara yang meminta dengan berbagai bahasa, memohon hajatnya dan aku juga memohon kepadaMu dengan penuh harapan jangan lupakan aku Ya Allah

Ya Allah sesungguhnya Tanah Haram dan seluruh tempat di muka bumi ini tidaklah dimiliki oleh sesiapa pun melainkan Allah swt. Engkaulah Pencipta Engkaulah Pemilik Cakerawala dan Engkaulah Penguasa Hari Kebinasaan dan Pembalasan..

Ya Rahman, bukakanlah hati kami lembutkanlah jiwa ini dan murahkanlah rezeki kami agar kami berpeluang berterusan mengunjungi rumahMu untuk bertaubat melafazkan kesyukuran dan kepujian kepadaMu dan beramal ibadat serta menziarahi makam Rasulullah saw sama ada melalui ibadah ziarah umrah dan haji dalam keadaan sihat baik dan umur yang panjang dan diberkati menyahut seruan dan panggilanMu. In syaa Allah kami akan selalu ke rumahMu.. Ya ZalJalaliwalikram, jemputlah kami

Ya Allah, Tuhan yang memberi segala perlindungan, Aku berlindung kepadaMu daripada kegelisahan, dukacita kelemahan kemalasan sifat kikir pengecut keberhutangan dan penindasan manusia. Engkaulah teman Mulia sepanjang perjalanan kehidupanku di dunia ini dan Engkaulah penjaga keselamatan diriku ahli keluarga ku harta bendaku saudara maraku dan sahabat handaiku. Tuhanku, jauhkan kami daripada pekerjaan dan orang yang menjauhkan kami daripadaMu.

Ya Aziz, Kami memohon kepada Mu kurniakanlah segala kebaikan dan ketaqwaan kepada kami sepanjang perjalanan kehidupan ini, keimanan yang sempurna, keyakinan yang sebenar2nya, hati yang khusyuk tawaduk kepadaMu, Bibir basah melisani nama2Mu dan pujian bagiMu, dikurniakan ilmu yang bermanfaat, keluasan rezekiMu, amalan yang Engkau redhai dan ubat penawar bagi segala penyakit.

Ya Ghaffar, Kami memohon agar didekatkan dan dipermudahkan perjalanan dan urusan kami ini dan kurniakanlah kepada kami kesihatan tubuh badan kekuatan menunaikan dan memperbanyakkan ibadat  dan memelihara harta benda kami. Peliharalah kami dari depan belakang kanan kiri atas dan bawah kami daripada ancaman ap ajua musuh yang cuba menyesatkan kami. Sampaikanlah maksud kami ini yang Engkau sahaja Maha Mengetahui

Ya Rahim Engkaulah bersifat sejahtera, kurniakanlah kami kesejahteraan dan masukkanlah kami sekalian dalam peliharaanMu di dunia dan di akhirat serta keselamatan dan dijauhkan kami daripada Azab seksa api neraka.

Maha Suci dan Maha Tinggi Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan,

Janganlah Engkau mengurangi nikmatMu daripada kami bahkan jadikanlah kami orang yang selalu bersyukur atas nikmat rahmat dan rezeki yang Engkau kurniakan

Ya Allah Tuhan yang Maha Mendengar, sesungguhnya Engkau mendengar rintihan dan doa2kami, melihatkan keadaankami, Engkau Maha Mengetahui rahsia alam..

Ya Hannan Ya Mannan Aku tahu ajal maut berada ditanganMu sekiranya sampai ajal kami kami abadikan kepadaMu penyaksian dua kalimat syahadah dan perjanjian kami dari saat kami dilahirkan kini sehingga hari kiamat iaitu kami bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu baginya dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw hambaNya dan pesuruhNya. Maha suci Allah yang mempunyai keagungan dan kekuasaan daripada apa yang mereka sifatkan.

Allahuakbar3x, Ya Allah sempurnakanlah ajal kami dengan limpah kurniaMu mudahkanlah kami menghadapi saat sakaratulmaut dan mudahkanlah segala laluan yang boleh membawaku mendapat keredaanMu dan sentiasa dekat padaMu Perelokkanlah segala amalanku dalam apa jua keadaan Wahai Tuhan yang  menolong orang yang kesesatan dan kebingungan Tuhan yang melepaskan orang yang binasa, yang mendengar segala bisikan hati dan tumpuan segala rintihan.

Ya Rabb Peliharalah kami dan para muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat daripada keburukan aib dan fitnah dunia dan kerosakannya. Ya Rahim, jadikanlah taubat kami taubat yang bersungguh2 sebelum mati, mendapat keampunan dan rahmat sesudah mati, kemaafan ketika dihitungkan amalan, kejayaan yang memperoleh syurga dan keselamatan daripada azab api neraka, dengan belas kasihanMu Ya Rahman Yang Maha Mulia yang Maha Pengampun.

Segala pujian tertentu Hanya padaMu Allah swt Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam Salam sejahtera kepada sekalian rasul dan elawat dan salam buat junjungan kami Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan para sahabatnya sekalian.

Aaamiiinn

Wasiat Abu Bakar As Siddiq

Assalam alaik

Izinkan saya memetik ucapan Khalifah Abu Bakar As Siddiq ra ketika beliau hampir meninggal dunia..
Beliau berkata," Barangsiapa mengatakan kalimat ini kemudian meninggal dunia maka rohnya akan berada di Al-Ufuqul Mubin.. iaitu dasar 'Arasy. di dalamnya terdapat taman syurga sungai dan pepohonan. Di dalamnya juga diselubungi seratus rahmat setiap hari barang siapa yang mengucapkan kalimah ini makan Allah swt akan menjadikan rohnya berada di tempat ini... Kalimah tersebut ditafsirkan berbunyi,

 " Ya Allah sesungguhnya Engkau telah memulai proses penciptaan tanpa perlu bantuan kepada semua ciptaanMu. Engkau telah menjadikan mereka kepada dua golongan. Golongan pertama untuk menempati syurga Al-Na'im dan golongan kedua untuk menempati neraka Al-Sa'ir. jadikanlah aku  ahli keluargaku keturunanku para muslimin dan muslimat termasuk orang yang menempati syurga Al-Na'im dan janganlah kami ditempatkan ke dalam neraka Al-Sa'ir.

Ya Allah sesungguhnya Engkau telah menciptakan makhluk menjadi dua golongan dan telah membezakan mereka dari permulaan. Engkau menjadikan antara mereka ada yang celaka dan ada yang selamat. janganlah Engkau jadikan kami dalam golongan yang celaka sebab melakukan maksiat terhadapMu.

Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang akan dilakukan oleh setiap jiwa sebelum Engkau menciptakannya. Maka jiwa-jiwa itu tidak akan dapat melarikan diri sehingga Engkau mengkehendaki sesuatu. jadikanlah kehendakMu supaya kami sentiasa ingin mendekatkan diri kepadaMu.

Ya Allah sesungguhnya Engkau telah mentakdirkan gerakan untuk beribadah. Maka tiada satupun yang dapat bergerak melainkan dengan keizinanMu. Jadikanlah gerakan kami untuk bertaqwa kepadaMu.

Ya Allah sesungguhnya Engkau telah menciptakan kebaikan dan keburukan. Engkau juga telah menciptakan setiap orang akan melakukan kedua-duanya. Jadikanlah kami termasuk ke dalam golongan orang yang sentiasa membuat kebaikan.

Ya Allah sesungguhnya Engkau telah menciptakan syurga dan neraka dan telah mentakdirkan penghuni kedua-duanya.. Jadikanlah kami termasuk penghuni syurga.

Ya Allah sesungguhnya Engkau telah menghendaki suatu kaum tersesat sehingga Engkau membuat dada mereka menjadi sempit. Lapangkanlah dada kami dengan iman dan hiasilah hati kami dengan ketaqwaan kepadaMu.

Ya Allah sesungguhnya Engkau telah mengatur segala sesuatu. Jadikanlah tempat kembali kami kepadaMu. Bangkitkanlah kamisetelah mati dengan kehidupan yang baik. Dekatkanlah kami kepadaMu sedekat2nya. 

Ya Allah, ramai orang yang menjadikan pegangannya baik pagi atau petang selain dariMu, maka pegangan kami dan harapan kami hanyalah kepadaMu. tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganMu YA Allah.."

Beliau berkata lagi." semua ini terdapat dalam kitab Allah azza wa jalla.."

Aaamin...
petikan buku Keinsafan Di penghujung Usia


Salam sejahtera ke atasmu wahai khalifah Rasulullah yang pertama
Salam sejahtera wahai sahabat Rasulullah yang bersama-sama di dalam Gua Thur
Salam sejahtera ke atasmu yang setia menyimpan rahsia
Terimalah ganjaran daripada Allah swt sebagai ketua yang memimpin umatNya..

Friday, April 19, 2013

Happy birthday my friend

Assalam alaikk


Today is one of my friends birthday..
Not yet old but not too young..

Wish you have a lovely day filled with plenty of smiles and laughter,
Many many happy returns of the day to my sweetheart friend!
 
Just be the way you are. Let nothing change you except for the better.
May you get the best in life. Years will age you, but never let the child inside you wither away.
Explore your talent and aim high. Dream big, beyond the limits and touch the sky.
I am sure you will coz I know you best.
Have a rocking Birthday.
Love you always.

Wednesday, April 17, 2013

Oops stop! Bekalanku... Bekalan dia

Tatkala seorang hamba Allah meninggal dunia, maka terputusla hubungannya dengan dunia dan berbekalkan amal kebaikan/kejahatan mengiringinya di alam barzakh sehinggalah dibangkitkan di Padang Masyhar..

Maka sebelum sekujur tubuh kita dipakaikan kafan putih dan diiring ke tanah perkuburan pastikan kita membawa bekalan secukupnya.. bekalan apa?..

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,"Amal kebaikan boleh sampai kepada seorang mukmin setelah matinya adalah ilmu yang diajarkan dan disebarkan, anak soleh yang ditinggalkan, musyaf yang diwariskan, masjid yang dibangunkan, rumah untuk Ibnu Sabil yang dibina, sungai yang dibajak sedekah hartanya yang dikeluarkan ketika sihat dan hidup, ia akan sampai kepadanya setelah mati."

Maka dari sabda Rasulullah saw di atas disimpulkan bahawa amalan seseorang yang diberikan ganjaran berterusan kepadanya setelah ia meninggal dunia ada 4;
Ilmu
Sedekah
Anak soleh dan
Perbuatan baik yang dicontohi

Orang yang menyediakan bekalan secukupnya di atas maka dia akan redha dan bersedia saat sakaratul maut mencabut rohnya dengan tenang..

Firman Allah swt bermaksud," Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas dan diredhaiNya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu"
[Surah AlFajr ayat 27-30]

Ini adalah peringatan Allah swt bahawa sekuat mana pun manusia tetap akan mati dan kembali kepada Penciptanya. Maka diperingatkan agar manusia sentiasa beriman yang sebenar2nya kepada Allah swt dan kita terpilih untuk hidup didunia untuk menyediakan bekalan secukupnya ke akhirat. Dan jika kita meninggal dunia sebagai orang yang beriman dan beramal soleh maka Allah swt menjemput kita ke dalam syurgaNya.

Allah swt berfirman yang bermaksud,"Harta dan anak-anak adalah perhiasan dunia tetapi amalan yang kekal dan soleh lebih baik pahalanya disisi Rabbmu serta lebih baik untuk menjadi harapan"
[Surah AlKahfi ayat 46]

Maksudnya walaupun kita memiliki banyak harta dan ramai anak atau ahli keluarga tetapi tidak membuahkan amal dan bersifat soleh, tidak ada gunanya juga. Sebaliknya Allah swt menyatakan biarlah tidak berharta atau sedikit bilangan anak tetapi dalam kehidupannya dan anak2nya sangat taat pada perintah Allah swt rajin beribadah bersedekah bertasbih berzikir dan sentiasa mengingati Allah swt, amalan2 tersebut kekal in syaa Allah dan harta yang diinfakkan ke jalan Allah swt juga akan kekal pahalanya walaupun anak2 dan diri kita akan hancur (kematian) dan harta tersebut musnah/rosak.

Selain daripada kurniaan ganjaran daripada amalan kita semasa hidup adakah kita masih berpeluang memperoleh ganjaran lain?

Ada.. subhanallah.. sungguh Mulia Rabbku.. Allah swt Yang Maha Pemurah juga memberikan ganjaran bukan sahaja kepada orang yang berniat/menghadiahkan/melakukan suatu amalan untuk mereka yang telah meninggal dunia, ganjaran tersebut in syaa Allah sampai juga kepada orang yang telah meninggal dunia yang dimaksudkan tersebut. Antaranya,
Doa dan istigafar
Haji dan Umrah(Sendiri/Badal/Upah)
Sedekah
Membaca Al-Quran

Betul ke? In syaa Allah...

Berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud,"Dan orang yang datang sesudah mereka(Muhajirin dan Ansar) mereka berdoa, 'Ya Rabb kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang yang beriman wahai Rabb kami, sesungguhnya Engkau Maha Lembut dan Maha Penyayang.'(Surah AlHasyr ayat 10)

Rasulullah saw juga pernah bersabda yang bermaksud,"Hati AlQuran adalah Yasin. Tidak ada orang yang membacanya dengan mengharapkan (redha) Allah dan negeri akhirat kecuali Allah pasti mengampuninya. Bacalah oleh kamu untuk orang yang mati"(HR Ahmad dan Abu Daud)

Apa lagi!... konsep 2 dalam 1.. Terlanjur kita masih diberi kesempatan bernafas di dunia ini memperbanyakkan bekalan di alam barzakh dan di akhirat.. sambil kita berdoa, bersedekah, bertasbih , mengerjakan umrah, menyampaikan ilmu, membaca alQuran dan melakukan ibadah baik.. x susahkan kalau kita turut sedekahkan ganjarannya kepada kesayangan kita atau Muslimin Muslimat Mukminin Mukminat yang telah kembali kepadaNya terlebih dahulu daripada kita... wallahualam...