Pages

Kelopak mawar

Saturday, September 14, 2013

Yaasin bukan sekadar nama..

Bismillah...

Assalam...

Indahnya hariku.. petang semalam tetiba sayu sangat.. usai solat dan ngaji terus tidur sampai ke pagi dibangunkan oleh suara azan subuh yang merdu.. Alhamdulillah.. pagi ni serasa akan 'A New Me'..

Apapun saya nak kongsikan satu ilmu yang diperoleh melalui fb juga.. dikatakan ...
 
Dan amalan lainnya
Jika kita membaca surah YAASIN sepenuhnya tidak kira pada hari Jumaat petang Khamis atau pada bila2 masa kerana Allah swt dan saat kita tiba pada ayat ke 58 surah tersebut seperti di atas diulang sebutannya sebanyak 7 kali dengan 7 niat baik setiap bacaannya. Jika dilihat akan makna ayat tersebut pasti kita akan terharu kerana Allah swt memberi salamNya kepada hambaNya..Besar dan agungnya kasih Allah swt kepada hambaNya.. dan peluang inilah yang terbaik untuk kita memohonkan doa padaNya seikhlas dan rayuan penuh tawaduk sebagai hambaNya.. In syaa Allah dengan keizinanNya niat atau hajat baik kita itu akan dikabulkan pada saat dan ketika yang terbaik untuk kita hambaNya.
Cadangan niat sebegini atau jika ada hajat lain seumpamanya bolehla buat ayat sendiri asal sesuai dengan diri yang penting ikhlas dan mengharap padaNya Allah Yang Maha Esa Maha Mengetahui:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan segala dosa-dosaku ahli keluarga saudara-maraku sahabat handaiku ketua2 dan guru2ku para muslimin dan muslimat mukminit dan mukminat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia tidak kira di mana sahaja kami berada di mukabumiMu ..

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri/isteri2/suami dan anak-anak yang saling kasih mengasihi keranaMu, taat beriman beramal soleh semata2 keranaMu dan mencintai Islam sebenar2nya

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, limpahkan kepada kami rezeki yang halal dan berkah, pekerjaan dan amalan yang baik berkeuntungan dan berjaya di dunia dan di akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat2 hamba2Mu yang saling menyebarkan ilmuMu keranaMU termasuk pemilik dan penghantar maklumat yang ku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan diriku dan kami dari sifat hasad dengki khianat riya' kikir fakir bakhil dan sifat munafiq lain yang dimurkaiMu

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan diriku dan seluruh umat Nabi Muhammad saw yang beriman kepadaMu kekuatan kesihatan dan kesejahteraan zahir batin utnuk terus beribadat dan beramal ikhlas keranaMu.

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah diriku dan kami hambaMu.....

Aamiin Ya Allah.
 
Sekadar perkongsian.. mana2 kekurangan saya mohon maaf atas kelemahan diri yang baik itu milik dan keizinanNya jua..
 
wallahualam

No comments:

Post a Comment