Pages

Kelopak mawar

Thursday, September 12, 2013

Riak... Astaghfirullahal 'Azim Wa Atubu Ilaik...



Assalam alaik..
Bismillah..

Terjumpa plak topik riak ni.. memang hajat nak citer topik ni.. terpapar sendiri dalam carian google topik lain sebenarnya..

Adakah riak sebahagian daripada akhlak?.. Kenapa Allah swt tak suka hambaNya riak?..
4 abjad je tapi susah nak mengelakkan diri daripada riak.. betul tak?.. Ia boleh terjadi tanpa kita sedari (apa yang kita lakukan) dan ia boleh terjadi akibat persepsi orang lain atas tindakan kita walaupun sememangnya kita tak bermaksud pun begitu...

Katakan kita dijemput menghadiri suatu majlis dan kita sangat berkenan dengan sepasang pakaian yang ada dijual atau boleh disewa... tapi disebabkan tak mampu atau merasakan ianya suatu pembaziran maka kita pun berkata.. pakaian itu tidak muslimah.. Tanpa kita sedari Allah swt yang Maha Kaya mengizinkan kita memakainya...ie ada seorang rakan menawarkan kita pakaian tersebut yang dimilikinya untuk dipinjamkan.. Mesti hati berbunga2 wangi kesukaan.. hajat di hati tercapai pucuk dicita ulam mendatang..lantas sebagai seorang muslim kita mengucapkan alhamdulillah atas peluang atau keinginan yang dimakbulkan...

Tiba hari majlis kita pun dengan rasa ______ memakainya... maka semakin _______ bila ditambah pula dengan pujian dari rakan2 dan boss yang hadir. Usai menghadiri majlis dan balik ke rumah datang pula tetamu dan tetamu lain. Kita masih memakainya dengan alasan tak berkesempatan nak menukar baju. Ada pula sesi bergambar lagi sebagai kenangan..

Bila semua tetamu dah pulang baru terasa diri sangat penat.. dan masa untuk mandi dan berehat.. Ohhmasih memakai baju kesukaan.. tunggulah sebentar.. bila dah rasa puas baru ditanggalkan.. dan digantung..

Seharian sehingga keesokan harinya sibuk diri ini membelek2 gambar2 yang diambil di majlis dan tetamu di rumah kerana memakai pakaian kesukaan.. ohh masa untuk ke tempat kerja... pakaian itu terbiar di gantungan.. sehari dua seminggu.. sehinggalah menerima panggilan segan silu dari pemilik pakaian tersebut.. pemilik malu utnuk memulakan perbualan kerana nak meminta balik pakaiannya yang dipinjamkan..

Alamak.. baju tersebut tak sempatlah nak dicuci... dengan penh sopan si pemilik kata tak mengapa saya memerlukannya segera biarlah saya yang membasuhnya... maka bila tiba saat penyerahan..hanya ucapan terima kasih tidak terhingga diberikan dalam tawa keriangan kerana hajat tercapai..

Dari mula kisah ini sehingga perenggan di atas... dah banyak tindak tanduk kita berunsur ''riak' bukan?.. Ada berapa cuba kira?.. sebab itu kita perlu sentiasa beristighfar.. dan pegangan saya elakkan habit bukan habitat eh.. elakkan daripada amalan suka meminjam.. memberi lebih baik dari meminta... kalau tak ada biar.. tak perlu beralasan..Dalam kes tersebut Allah swt uji 1 kali sahaja iaitu membuka laluan kepada kita memakai pakaian tetapi riak yang kita buat berganda2 banyaknya.. nauzubillah.. wallahualam..

Buat peringatan diri juga agar lebih berhati2 dalam perlakuan dan perkataan.. Semoga Allah swt sudi memelihara diri agar jauh daripada riak atau subhat kepada riak itu sendiri..
  

No comments:

Post a Comment