25. Allah swt menjanjikan orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah swt...
26. Allah swt menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti akan mendapat pertolongan Allah swt seperti dalam kalamullah menerusi surah ArRum bahagian terakhir ayat 47 bermaksud, "Dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) Kami untuk menolong orang yang beriman".
27. Allah swt menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertaqwa, Allah swt pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali2 Allah selagi memenuhi syarat seperti kalamullah dalam surah AlBaqarah permulaan ayat 257 bermaksud, "Allah Penolong(wali)/(Pelindung) bagi orang yang beriman.."
28. Allah swt menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan yang lurus sebagaimana kalamullah dalam surah AL Hajj penghujung ayat 54 yang bermaksud, "Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
29. Allah swt menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan segala perintahNya sebagaimana firmanNya dalam surah Al A'raf ayat 96 bermaksud, "Sekiranya penduduk kota beriman dan bertaqwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkah dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat2 Kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka."..
30.. Alamak.. cam ne x cukup se lagi nih.. hehehe.. tugasan buat kalian... cari jangan tak cari.. wajib tuntut ilmu sampai habis...kikiki..
No comments:
Post a Comment