Wahai anakku,
Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka bersendirian merajuk dan menjauhkan diri dari orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis dengan masalah yang kamu hadapi.
Wahai anakku,
Sewaktu kamu merasa besarnya bebanan dan masalah yang kamu hadapi terasa beratnya jiwa menanggung bebanan tersebut kamu akan bersa tertekan yang amat sangat. Di kala itu wahai anakku kamu telah meletakkan kesalahan pada dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi menghadapinya. kamu perlukan kekuatan menghadapi tekanan hidup ini.
Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan hubungan dengan Allah yang mampu mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi menjadikan kamu murung bersedih dan bersendirian?
Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana manusia tetapi berapa kali kamu menangis kerana kamu melanggar perintah Allah swt? Berapa banyak airmatamu tumpah kerana dosa-dosamu? Kamu rasa lemah menghadapi karenah manusia tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan membina kekuatan amalanmu.
Wahai anakku,
Usah biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu sebagaimana kamu tidak membiarkannya dikuasai oleh syaitan. Syaitan sangat inginkan kamu murung dengan masalah kecil kerana lemahnya jiwa kamu sedangkan dihadapan kamu menanti hari yang sangat besar. Kamu nanti tiada masa memikirkan masalah remeh temeh ini kerana dasyhatnya saat akhirat yang akan kamu tempuhi.
Wahai anakku,
Rasulullah saw bersabda maksudnya, 'Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah janganlah kamu berkata "Kalaulah aku lakukan begini dan begitu" tetapi katakanlah "telah ditakdirkan Allah", apa yang dikehendakiNya akan terjadi. Kerana perkataan kalau akan membuka ruang syaitan ke dalam hatimu.'
Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujianAllah di dunia ini kerana dengan ujian itu kamu menjadi semakin matang menghadapi cabaran. Bersabarlah dengan apa yang menimpa kamu kerana dengan mehnah itu Allah akan mengangkat darjat kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu. Wahai anakku, tangisilah dosa-dosa kamu di dunia ini kerana itu lebih mudah bagi kamu dari menangisi azab Tuhanmu di akhirat.
Senyumlah pada keredhaan Tuhanmu.
Petikn dr FB tapi x tercapture ownernya.. sorry..tetapi suka dengan ayat motivasi ini.. moga membantu sekadar berkongsi..
No comments:
Post a Comment