Bismillah...
Dari pagi terlalu asyikmenyudahkan kerja minggu hadapan.. Alhamdulillah selesai jua.. walaupun panggilan tanpa suara asyik mengganggu kelancaran kerja... lantaklah.. suatu hari dia pasti kan jemu juga..
Ok.. back to tajuk.. petikan daripada buku bertajuk 'Bila Allah Menduga Kita'..
'Tidaklah seorang Muslim menderita kerana kesedihan kedudukan kesusahan kepayahan penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuhnya kecuali dengan itu Allah mengampuni dosa-dosanya,'
(Hadis Riwayat Bukhari)
'Tiadalah suatu musibah yang menimpa seorang Muslim melainkan dengannya Allah menghapuskan kesalahan2nya hingga duri yang mengenainya.'
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah)
'Tiadalah seorang Muslim menderita kelelahan sakit kegawatan kesedihan seksaan gelkisah hingga duri yang mengenainya melainkan Allah menghapus dengannya dosa2nya.'
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said dan Abu Hurairah)
'Seorang Mukmin tidak terkena duri dan yang lebih besar dari duri kecuali dengannya allah mengangkatnya satu darjat dan menghapus darinya satu kesalahan.'
(Hadis Riwayat Muslim dari Aisyah)
Wahh.. ada banyak lagi hadis2 Rasulullah dan belum dimuatkan lagi FirmanNya sendiri tentang janji Allah mengurniakan ganjaranNya agar hambaNya tabah sabar dan bersyukur menghadapi dugaan dan musibah dariNya... Senyumlah kalian yang dibri ujian demi ujian dariNya..
wallahualam.. sekadar perkongsian
No comments:
Post a Comment