Assalam alaik..
Bismillah..
Lama mendiamkan diri dari meng'entri'kan blog ini.. bermuhasabah.. melihat dunia luar.. realiti dan fantasi amat berbeza sekali..banyak yang akan di muatkan dalam blog ini secara sedikit demi sedikit .. ibarat titis air..
Sebelum ni memang dah ada dimuatkan pesanan dan wasiat serta sewaktu dengannya la daripada Imam Shafie ni... mungkin daripada 30 pesanan beliau ini ada tambahan daripada entri pesanan beliau sebelumnya..
1. Tuntutlah ilmu sebanyak yang boleh dan berterusan kerana ia menjaga dan membuat kita cemerlang di dunia dan di akhirat jua.. ( baca blog pun ilmu juga.. baca suratkhabar Kosmo sebahagian ilmu juga ke? kot ye pun nak menambah ilmu janganlah sampai di bawa ke bilik termenung tu)
2. Banyakkan dan selalu basahi mulut seksi meksi tu dengan menyebut Allah dan asmaNya daripada menyebut ayat2 cintan cintun, menyeru2 nama makhluk2 yang dirindui atau dibenci atau berkata2 yang tak do paedah.. lobih baik diam.. Lobeh an akhirat dari duniyo....
3. Pilih makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.. Bab halal jaman ni susah sikit.. Kekadang 'ter'fitnah, selalu di'dengki'.. susah2 makan yang fresh aje seperti sayur2 buah2an padi (ie beras) gandum (tepung) tebu (gula) dan sebagainya yang ditanam sendiri.. Air pun tapisan sendiri.. hah.. agak2nya nak buat sume sendiri dapat tak kita bekerja... sementara nak dapat makan hak ciptaan hasil air tangan sendiri ni sempat kurus pipih dulu.. habislah slimming massage and spa centre restoran gerai sume tak laku.. sume pekerja balik kampung buat sendiri.. ngehh.. ada rajin ke?
4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar2 erti sabar jika sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula.. (ayat apa ni.. cu baca ulang2 perlahan2 dengan kadar kelajuan 1mm sesaat.. mesti faham) Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah swt. Oleh itu bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian adalah setinggi2 erti syukur...(waaa.. mendalam dan banyak maksud tersirat pesanan beliau nih.. apa pun saya setuju sangat bab ni)
5. Apabila kaum kerabat atau jiran sakit ringankanlah langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah swt.. betul nak buat tapi selalu tersangkut.. bila status diri itu wanita 'single'.. adakah lebih baik baginya keluar walaupun niat yang baik tetapi menyebabkan fitnah dilemparkan atasnya.. hmm media perhubungan kan dah canggih.. rasanya tak semestinya 'melawat' dengan kehadiran fizikal .. dalam keadaan begini gunalah media yang boleh memelihara diri dan persekitaran daripada 'fitnah' ini..
6. Marah adalah salah satu daripada panah2 syaitan yang mempunyai racun berbisa.. Hindarilah ia (daripada kena panahan itu) supaya syaitan dan bala tenteranya tewas lebih2 lagi sebelum busar panah dilepaskan.. Cam ne?.. Banyak caranya.. kekal berwuduk, istiqamah sebutan Allah dan asmaNya dibibir, auzubillah.. ayat Kursi dan sebagainya.
7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah saw juga tergolong sebagai anak yatim dan Baginda saw akan bersama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak yatim di akhirat.
8.. Kita minum dulu.. sambung siri 2 daa.. jemari penat sudah menaip ni..
No comments:
Post a Comment