Perkongsian dari sebuah entri di FB katanya dari Ustaz Zahazan yang dikatakan mendalam maksudnya.. Perkongsian ..... Jom kita fikir2kan...
1. Solat bukanlah 'tayar ganti' (ada ke orang sanggup berfikiran cegitu) yang anda tarik keluar ketika dilanda masala. Ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan yang benar...
2. Kenapa cermin depan kereta begitu besar tetapi cermin pandang belakang sangat kecil? Kerana masa lalu kita tak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka pandanglah masa hadapan dan majulah..
3. Persahabatan ibarat sebuah buku yang memerlukan seketika saja untuk dibakar (jadi abu) tetapi bertahun2 untuk ditulis dan diterbitkan.
4. Semua perkara dalam kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara. Jika perjalanannya baik nikmatilah sepuasnya kerana ia takkan kekal lama. Andai perjalanannya teruk usah bersedih ia juga takkan kekal lama..
5. Kawan2 lama ibarat emas manakala kawan2 baru ibarat berlian...Jika kita peroleh sebutir berlian jang dilupakan emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian kita memerlukan tapak emas..
6. Selalunya saat kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya ingatlah ia hanyalah liku2 perjalanan kehidupan bukannya penamat atau kesudahan..
7. Tatkala Allah swt menyelesaikan masalah kita, kita percaya memiliki kemampuan. namun andai Allah swt tidak menyelesaikannya YAKINlah Dia percaya kemampuan kita hambaNya..
8. Seorang kelainan upaya (buta) bertanya kepada seorang lelaki bijaksana, "Bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan?: Dijawab, "Ya, kehilangan visi anda"..huh..
9. Ketika kita mendoakan orang lain Allah swt mendengar kepada kita dan merahmati mereka yang kita doakan.. Jadi tatkala kita selamat dan bahagia ingatlah bahawa ada orang telah mendoakan untuk kita..
10. Kebimbangan tidak menghilangkan masalah hari esok tetapi lebih teruk kerana ia telah menghilangkan kedamaian hari ini..
Sekadar perkongsian.. ada perubahan beberapa perkataan.. apa pun kredit kepada Ustaz Zahazan yang menukirkan beberapa senario untuk kita fikir2kan.. wallahualam..
No comments:
Post a Comment