Pages

Kelopak mawar

Monday, September 23, 2013

Pesanan Imam Shafie.. Siri 2

.. Sambungan dari Siri 1..

8. Sentiasa berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa tanpa keluh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka kepada Allah swt pasangan dan adik beradik kita.. In Syaa Allah ia menambahkan keberkatan pada umur, rezeki  dan memperoleh keampunan dariNya atas dosa2 kita.. Susah sangat kalau tak puashati atau marah tu.. diam diri je.. g ambil wuduk.. 'sejukla' diri tu... bertuah sangat anak yang mempunyai ibubapa yang berpendidikan agama dan mendidik anak2 mereka dengan didikan agama serta berakhlak mulia.. Ramai ke ibu bapa sebegini?.. hmm.. cermin diri sendiri.. adakah saya ibu dan bapa mengasuh anak dalam didikan Islam yang sebenarnya?.. diri sendiri masih lagi terumbang ambing mencari petunjuk dan jalan kebenaranNya.. bagaimana si ketam boleh mengajar anaknya berjalan erkk merangkak kot.. dengan lurus... muhasabah diri...

9. Memperbanyak dan mempertingkat 'amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis..Tu la.. nak membina tembok pendinding dan perisai yang kukuh tu pun menjadi masalah... tk perlu fikir amal soleh.. yang wajib pun masih belum kukuh.. solat fardhu.. khusyuk ke?.. kebersihan hati.. suci 100% ke?.. Keimanan..100% tiada ketakutan selain Allah swt ke?. hati nafsu dan fikiran 100% akhirat ke?.. apa pun jangan izinkan ruang2 atau bebuli putus asa hadir.. teruskan In Syaa Allah berkat kesabaran dan niat yang ikhlas keranaNya benteng dan perisai tu akan terbina kukuh jua...

10. Taqwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak sebenar seorang Muslim (haha pakaian bukannya dari barisan jenama paparan di Milan manakala hiasan tidakla emas permata suasa Pandora dan sebagainya.. banyak yang perlu ku buang ehh.. sedekahkan) ia ibarat sepohon zaitun minyaknya membawa berkat  ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.. (hmm simbolik ni kena pikir lebih..)

11. Iman (bukan imam k) mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya (bukan meroboh menghancuskan menjadi abu la).. Jadi bagi menguatkan benteng iman ini kita perlu membajai (benteng ni macam tumbuhan daa) dengan 5 bahan iaitu yakin ikhlas amalan sunat istiqamah bertatasusila atau berdisiplin melaksanakan ibadah..(aaa .. sapa tau kedai runcit atau pasaraya mana yang ada jual bahan2 nih)..

12. Ingat dan zikir kepada Allah swt sebanyak2nya kerana ia adalah ubat penyakit jasmani dan hati yang memang disahkan oleh semua doktor2 perubatan terhandal dunia tiada satu pun dijual di hospital klinik atau farmasi mereka.. Mengingati dan zikrullah ini mencetuskan ketenangan hidup dan qana'ah (rasa cukup/puas hati atau redha dengan segala nikmat kurniaan Allah swt)... this is sooo true... cubalah..

13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam.. ehemm.. khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah swt.. Semoga kita hambaNya adalah orang 'pilihanNya'.. aaamiinn.

14. Kubur (alam barzakh) adalah perhentian sementara bagi membolehkan kita sampai ke satu lagi perhentian yang disesakkan dengan soal siasat. Oleh itu persiapkan lah diri dengan jawapan yang benar dan adil menerusi amal yang benar dan ketaan kepada Al Haq tanpa prasangka atau tanpa belah bahagi.. (tergamam kejap.. suka dengan pesanan ini..persiapan tu mestilah masa di dunia kan di alam barzakh tu bukan persiapan tapi 'kerehatan' bagi yang dah beramal di dunia.. yang buat jahat ibarat 'buruh paksa jaman komunis atau jaman pemerintahan Japan' kot)..

15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah swt sekurang2nya dengan ungkapan
   Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan bertalu2 hebat menyerang kita kerana kita juga menyedari bahawa Allah swt sedang menguji keteguhan kesabaran kita atau sedang menguji tahap ketulenan air.. ooops.. tahap ketulenan jihad kita .. Ketahuilah peperangan dengan syaitan itu lebih dasyat daripada peperangan sabil... bagus pesanan ni..memotivasikan diri juga agar jangan mudah putus asa..

16.. haaa.. berehat jap k.. perut dah lapar.. cobaan betullah.. fighting time... 

No comments:

Post a Comment