Pages

Kelopak mawar

Monday, September 23, 2013

Pesanan Imam Shafie.. Siri 3

16.  Sebesar2 keaiban (keburukan) adalah apabila kita mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kita sendiri..

17. Hati adalah raja dalam diri (s apa permaisuri nye?... ehh mesti ada sebab hati tu bercabang2..).. Oleh itu lurus dan betulkan hati supayar empayar kerajaan diri kita sendiri tegak teguh di atas AlHaq yang tidak disertai oleh iringan pasukan kebatilan...hehehe.. kerajaan diri sendiri yea..

18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari mencecet ketakutan sehingga menggoncangkan empayar istana kerajaan iblis... so sebut betul2 harakatnya.. jangan main touch n go je...

19. Ketahuilah sebesar2 kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahan orang itu. In Syaa Allah Dia akan meninggikan darjat kita di sisi manusia..sedangkan Allah swt Maha Pengampun sapalah kita setakat hambaNya.. so tak elok ego sangat. maafkanlah kesalahan orang atau juga kesalahan diri sendiri..

20. Takafurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa siang dan malamnya sebagaimana Khalifah Umar bin AlKhattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari... Diri tak pernah buatla.. nak kena mulakan malam ni.. erkkk sebelum baca ayat2 suci dan doa tidur kot... adoii.. yang itu pun selalu terbabas..

21. Tuntutlah ilmu.. ni pesanan beliau no 1 ni.. tambahannya..Ia juga amalan para nabi rasul dan orang soleh.. (biasala.. dah banyak2 pesanan mesti ada yang dua tiga kali muncul kan..)

22. Jika kita mah meninggalkan dunia dengan selamat (sebut je meninggal dunia).. kita perlu amalkan perkara berikut iaitu kurang tidur (kadangkala... so kena ups ke tahap selalu.. tiap malam belum mampu), kurang makan (alhamdulillah walau pun niat besar untuk kuruskan ehhh silap nak kurangkan pembinaan lemak2 tak diperlukan dalam badan),  kurang bercakap (alhamdulillah.. duk diam di bilik daripada merewang tempat kawan2 sepejabat lain.. hahaha.. tapi banyak pokpek ala2 menaip dalam blog pun kira banyak cakap juga kan... astaghfirullah...) dan berpada2 dengan rezeki yang ada  (yang ni masalah besar.. nafsu berbelanja ni susah sangat nak kawal.. tak pe fightingg)..

23. Kita adalah manusia hambaNya yang dijadikan daripada tanah dan kita juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah... mendalam maksud nih.. so jalan2 atas tanah tu dok pandang depan kiri kanan sesekala toleh belakang tu  ingat2lah tanah yang dipijak.. jangan sesuka hati menghentak2kan kaki.. hehehe.. peringatan buat diri bila mode marah..

24. Sesiapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya dia memperoleh banyak kebaikan.. yupp betulll.. tapi janganlah sampai tanggungjawab di rumah bukan sahaja tertangguh2 tapi dah tahap terbengkalai sampai ibarat lalang setinggi atap..so berpada2 dan seimbang..

25.. alaaa. Siri 4 plak eh..

No comments:

Post a Comment