Ya Rahman
Kupohon perlindungan dan pemeliharaanMu daripada maksiat dan fitnah zina agar diriku dan dirinya sentiasa tetap berada di landasanMu yang benar..
Apasal maksiat tak elok? Kerana maksiat.....
1. Menghalang kita mendapat ilmu pengetahuan bahkan taufik bin hidayah pun tak hingin mendekati
2. Menghalang rezeki ibarat JPJ buat road block tak tentu pasal..
3. Menjauhkan diri kita dari Allah swt yang Maha Penyayang
4. Menjarakkan diri kita dari orang yang baik alim dan ulamak
5. Menyulitkan urusan kita sama berfokus atau secara harian paling teruk musibah berarus (tanpa tali)
6. Melemahkan hati dan badan malahan membuka seluas2nya ruangan penyakit menular.
7. Menghalang kita taat kepada Allah swt.
8. Memendekkan usia dan menghapus keberkatan..
9. Mencambahkan maksiat lain.
10. Mematikan bisikan hati nurani bukannya si Nooraini tu..
11. Meng'abu'kan keinginan hati untuk bertaubat sebaliknya syaitan sangat gembira ia menjadi serba tau buat..
12. Menghilangkan perasaan malu( sama macam binatangkan.. sebab tak pernah pakai spender) ketika bermaksiat.
13. Menzahirkan air muka kehinaan dan kehinaan itu pula diwarisi oleh suku sakatnya.
14. Merosakkan akal fikiran kita.. boleh jadi sewel nih..
15. Menutup hati manusia
16. Melenyapkan rasa cinta terhadap Allah swt dan Rasulullah saw
17. Menghalang syafaat Rasulullah saw dan malaikat.
18. Melenyapkan rasa malu
19 Meremehkan kita untuk akur perintah Allah swt dan meninggalkan larangannya.
20. Memalingkan perhatian Allah swt daripada diri kita... nauzubillah..
21. Melenyapkan nikmat dan mendatangkan azab..
22. Memalingkan diri kita dari sikap istiqomah..
No comments:
Post a Comment