Hehehe.. kita dapat baju baru keta baru rumah baru bini baru heboh senegara mempamerkan kegembiraan kan.. so jangan berimpianla menarik hijab antara kita denganNya...
2- Andai anda seorang pemimpin yang adil dan saksama (untuk diri sendiri pun kira pemimpin gak kan..) sebuah kerajaan dan digulingkan.. pasti sedih kan? memberontak.. mengajak pengikut membantah demo sana sini.. ehh macam sapa ekk macam familiar je...Seorang yang berjaya mentadbir sebuah negara tidak akan merasa sedih atau dukacita apabila kerajaannya hancur atau dirinya digulingkan tetapi dia akan merasa sangat kecewa dan sedih apabila tidak berjaya melihat wajah Allah swt.. itulah mereka yang tiada hijab antara diri dan PenciptaNya..
3- Berapa kali anda dipuji sejak pagi hari ni?.. Menegur baju baru stylo rambut terkini huh wangian parfume dari Paris... kembang kempisnya lobang idung jangan cakapla.. kot baju tu jarang2 tenunannya memang boleh koyakla disebabkan penerimaan pujian yang mengembangkan hati jiwa raga dan badan.. Namun mereka yang tiada hijab anata diri dengan TuhanNya, tidak langsung merasa megah dengan pujian sesamanya tanpa mengira bangsa agama dan negara (mod patriotik daa) kerana bagi mereka lebih membanggakan apabila dapat melihat wajah Allah swt
Begitu tinggi penghargaan Allah swt kepada mereka yang dapat memelihara hatinya serta menetapkan keimanan dan ketaqwaan padaNya.. Tiga perkara je kan.. Com kita usahakan nak?...
No comments:
Post a Comment