Assalam alaik..
Bismillah..
Just nak kongsi penemuan tentang bacaan ayat suci alQuran...
Bagi mereka yang rajin membaca kalamullah ini mesti ada terjumpa Hamzah Wasal (sepatutnya ada tanda kepala huruf Sod atas huruf Alif tanpa tanda baris seperti ini ﭐ di permulaan ayat, maka bacaannya adalah:
1. Apabila huruf Alif bertemu huruf Lam, Alif itu dibaca dengan baris atas (fathah) seperti
kalimah الْحَمْدُ pada surah AlFatihah. Contoh: pada ayat kedua dan ketiga surah Al-Fatihah
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(Ini adalah contoh Alif Lam Qamariah: Lam sakin dibunyikan لْ, yakni sukun pada huruf Lam menyebabkan huruf Lam itu bunyi mati)
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
(Ini contoh Alif Lam Syamsiah: Huruf Lam tidak berbunyi, dari huruf Alif terus masuk ke dalam huruf Ra ر )
2. Bagi kes huruf Alif TIDAK bertemu huruf Lam dan huruf ketiga itu berbaris depan (dhammah), maka Alif itu akan dibaca dengan baris depan (dhammah) juga. Jika huruf ketiga itu berbaris atas (fathah) atau bawah (kasrah), maka akan dibaca dengan baris bawah (kasrah). Andai kita mengetahui bahasa Arab prinsip ini terpakai jika perkataan pertama itu merupakan kalimah yang bukan kata nama iaitu seperti kata perintah atau kata kerja.
Contoh permulaan ayat ke6 Surah Al-Fatihah, lihat huruf ketiga iaitu huruf Dal د berbaris bawah,
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً (Al-A'raf, 55)
lihat huruf ketiga, huruf 'Ain berbaris depan/dhammah
3. Bagi kes khas jika Alif (Hamzah Wasal) bertemu Hamzah, maka bacaannya dipanjangkan seperti mad badal.
sebagai contoh petikan ayat 4 surah Al Ahqaf yang mana jika kalimah (ائْتُونِي) adalah permulaan bacaan yang mana huruf kedua ialah Hamzah, dan huruf ketiga ialah Ta yang berbaris depan (dhammah).
Mungkin kita sangka ia akan berbunyi 'uktuuni'.... tapi bacaan yang betul ialah 'iituuni' (huruf rumi yang saya gariskan di sini bermaksud mad yang panjangnya 2 harkat) dan dalam huruf Arab ائْتُونِي dibacakan seperti ini: إِيتُواني apabila memulakan bacaan dari kalimah tersebut.
Semoga membantu... yang baik dari Allah swt yang buruk adalah kelemahan dan kekurangan diri saya..
Wallahualam..
Alhamdulillah, sudah jawapan kepada persoalan. Terima kasih.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih.
ReplyDeleteSangat2 mbantu..alhamdulilah terima kasih banyak2..
ReplyDeleteJazakAllah
ReplyDeleteAlhamduillah, terima kasih.
ReplyDeleteAlhamduillah, terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih. Banyak kali saya terjumpa dalam Quran tapi sekarang baru faham.
ReplyDeleteterima kasih..ramai yg tersilap baca ayat ni dengan baris depan..Alhamdulillah & terima kasih kerana bg penjelasan kenapa ayat ni dibaca baris bawah
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudah berkongsi ilmu. Alhamdulillah mudah di fahami. Cuma yang no 3 saya mahu tahu lebih lanjut. Jadi jika bertemu dengan hamzah walaupun huruf ketiga baris depan kita harus baca baris bawah bukan baris depan dan dipanjangkan 2 harkat? Atau iya untuk bergantung pada makna ayat?
ReplyDeletePersoalan saya selama ni dah terjawab. Terima kasih
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih atas perkongsian tuan.. moga jadi harta yg akn di tinggalkn kelak.. aminnn
ReplyDeleteMohon share ya.. Semoge Allah membalas jasa tuan /puan/cik di atas perkongsian ini
ReplyDeletemohon share ya... semoga Allah membalas jasa anda
ReplyDelete