Pages

Kelopak mawar

Saturday, September 14, 2013

Oh My Jelawat.. oiit Jerawatla..

Assalam alaik..

Bismillah..

Entri dari FB juga saya kongsikan bersama..

Beruntungnya mereka yang tidak pernah muncul jerawat di mukanya... Bersyukurlah.. Bagi kekita yang sesuka hati je jerawat tu muncul timbul tenggelam membekas dan sebagainya... boleh baca ni sebagai  sesuatu yang perlu difikirkan lebih jauh..

Kenapa Jerawat ada di muka dan anggota badan..selalunya selain muka adalah depan dan belakang badan berhampiran bahu..
  Oh dear.. jerawat ke chicken pox ni..

Andai jerawat itu menerjah di...

1. DAHI - ia dikatakan disebabkan haba badan melampau dan peredaran darah tidak baik. Ni untuk seluruh badan tau bukan di dahi tu je aliran darah tu kurengg.. Mungkin minda dan badan anda terlampau letih ( yang macam betul.. sedang sarat kat dahi ni berlumba2 timbul tenggelam plak tuh.. So dicadangkan tidur mencukupi dengan awalkan tidur dan bangun awal serta minum air yang banyak.. ni cadangan biasa je.. sume orang pun cam tu kan..

2, HIDUNG - part ni paling sakit hati.. kalau dah hidung mancung digunungkan lagi ngan jerawat ni alamak..memang tak kuar ghumah lah..tapi dikatanan tulang belakang anda mungkin bermasalah. Aha.. kena pi check doktor ni.. takut silent killer. Jika dihujung hidung mungkin kerana haba perut melampau (terus pegang perut..ohh ok.. boroi tahap sederhana) dan sistem penghadaman tidak normal.. Di salah satu hujung hidung pula..(ni yang konpius ni ada ke manusia berhidung lebih daripada 1.. agaknya dimaksudkan kiri kanan lubang hidung kot.. bersangka baik) dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.. Alhamdulilah.. ramai dah anak.. anak kucing pun boleh tahan gak banyaknya..

3. DAGU - Tu la sapa soh usik2 dagu bila berfikir.. kan dah kuor jerawat kat situ.. katanya berkaitan fungsi buah pinggang yang terjejas atau sistem endoktrin (rembesan dalaman) lemah. Bagi kaum Hawa dikatakan jerawat tumbuh di sekitar dagu (macam banyak je ek).. mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

4. PIPI KIRI - Jangkaan fungsi hati kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan masalah menyahtoksin dan penghasilan darah.. tak susah.. hati kurang fungsi kita makan hati banyak2.. bukan yang jiwang2 tu.. ni hati lembu hati ayam.. kalau tak lalu kerang pun boleh juga..
  Oh gini ke asal keturunannya...

5. PIPI KANAN - hmm yang ni plak dikaitkan dengan masalah paru-paru yang mungkin tidak normal.. Bahaya tu.. Ramai yang kena penyakit atau masalah paru2 dikesan di saat ia diperingkat kronik ie meninggalkan duniawi kerananya..g check doktor kalau banyak nor jerawat kat pipi kanan tu.. bukan soh doktor tu check jerawat.. buat hape.. check paru2 tu la.. 

6. Badan (Belakang dan depan) - ni susah sket la kan.. sebab selera kita besao.. tolak batu dan kayu je... tu la kan dah kuar nye die kat badan tu.. katanya sistem perkumbuhan bermasalah seperti sembelit. ( Betul ke?) .. So kome disarankan mengamalkan pemakanan yang sihat.. dan ikuti skim piramid MLM ehhh.. silap.. piramid gizi pemakanan yang disarankan oleh pakar kesihatan bukannya alagapas penyeliman badan yang bersepah sekarang ni.... Makan kena jaga supaya nutrisi diserap oleh badan dan toksin dinyahkan keluar dari badan dengan cara yang sistematik.. barulah badan segar sihat sejahtera tanpa jerawat.. Senyum pun melebor je kan..

No comments:

Post a Comment