Bismillah...
Menurut Yg Bhg Dato' Dr. HMFK, jika kita nak hidup kita sentiasa bahagia.. ada 15 tips yang disarankan kepada kita untuk dilaksanakan atau dijadikan amalan..
2. Rajin berdoa dan basahi bibir setiap masa dengan zikrullah
3. Cuci hati (bukan pakai sabun Breeze Trojan etc tak peru air pun,, maksudnya bersihkan hati nurani) agar menjadi medan magnet yang kuat teguh menarik virus kebahagiaan dan ion2 positive
5. Bersopan santun penuh kasih sayang dan berakhlak mulia kepada ahli keluarga dan dengan segala makhlukNya
6. Menganggap setiap cabaran dugaan dan musibah sebagai peluang nikmat barakah dan didikan daripada Allah swt
7. Redha dengan qada' dan qadarNya.. ingat! segalanya milik kita dan bumi seisinya hanyalah pinjaman dariNya..
8. Tiap hari bangun tidur bentukkan impian yang terhebat berbanding semalam dengan harapan ia membawa kebahagiaan..
10. Kebaikan dan pencapaian orang selain kita perlu dihebahkan.. seperti bapak ayam.. walau tak bo bertelor.. tatkala si betina bertelur heboh riuh rendah sekampung si jantan ni berkokok mencanang..orang yang membuat kebaikan tu pula jadilah seperti ibu ayam.. aaiipp.. bukan ibu ayam yang tu.. isk silap istilah plak.. senang kita guna mommy ayam..haa dah faham kan..
11. Ni la masalah kita suka benor mengelat.. kan dah di pesan.. HMFK kata 'Elakkan memberi alasan'.. so bila kita ditanya apa patut buat.. tunduk tanpa suara.. sebab kalau bersuara je mesti alasan terkeluar..
12. Sudah2 la hal yang lepas jangan dikenang,, Fokus kepada saat ini tika ini ie NOW..
13. Bala dah.. kalau namanya Melayu keturunannya macam dah jadi genetik.. suka membandingkan diri dengan orang lain.. Jiran tuko keta dia pun tukaw juga.. jiran cat ghumah.. dia extend besar gumah.. jiran kawin dua.. ehemm nampak batang kayu belakang pintu kata si bini...dah.. HMFK ata nak bahagia tak bolehla membandingkan diri dengan selain diri..tapi dalam beribadah boleh ada.. kalau jiran solat jemaah di surau 2 kali sehari kita plak solat jemaah 5 kali 7/52 minggu di masjif.. tu persaingan positif namanya...
14. Pilih kengkawan yang berfikiran positif yang memiliki akhlak dan tindak tanduk yang Allah swt suka.. boleh nampak kemuliaan hambaNya melalui air mukanya..
15. Apa Allah swt kata itu yang kita perlu risaukan.. ilmu kita masih cetek, kita tiada medium komunikasi face to face dengan Allah swt.. banyak yang perlu dipelajari dan dalami.. biaq pi apa orang selain diri tu kata.. meka tu jealous kat kita...
Wallahualam.. sekadar perkongsian untuk renungan bersama..
No comments:
Post a Comment