Adakah ikhlas itu kunci kepada kebenaran dan keselamatan daripada kesesatan Iblis dan sekutunya?
Ada yang mengibaratkan Ikhlas itu bertahap dan ada yang mempertikaikannya? Bagi yang berpendapat ikhls itu bertahap ia dipecahkan kepada ikhlas permulaan, ikhlas pertengahan dan ikhlas tertinggi( ikhlas haqiqi) dan andai seorang hamba Allah itu mencapai tahap ikhlas haqiqi inilah yang dimaksudkan dengan perkataan MUKHLISIN di akhir ayat 40 Surah Al Hijr tersebut
MUKHLISIN (HAMBA YANG IKHLAS TERHADAP ALLAH SWT).
Dikatakan hak ikhlas itu adalah semata-mata kerana Allah swt, sanggup mempertaruhkan nyawa menggadaikan harta, redha pada kesusahan, penderitaan, usaha bertungkus lumus dsbgnya, seolah-olah seekor semut hitam
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam
di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
Keikhlasan kepada Allah swt sebegini adalah pada hambaNya yang mencapai mujahadah tertinggi, tasawuf tertinggi, ibadat tertinggi. Selama ini sesuka hati je saya menyebut ikhlas pada sesama insan rupanya perkataan ini tidak sepatutnya digunakan sewenang2nya... kot ye ikhlas pun hendaklah bersandarkan kerana Allah swt...
Macam susah je nak memberi keikhlasan ini kan? Namun jika kita sentiasa taat kepada segala perintah Allah memelihara dan memperbaiki amalan kita dan menjauhi segala laranganNya mudah2an Allah swt mengurniakan kita hidayah mukhlisin menerusi keajaiban hikmahNya. In syaa Allah...
wallahualam..
2 Sebab itulah yang dinamakan "penyerahan diri kepada Allah". dan itulah istilah sebenar ISLAM.
Kerana RUKUN islam adalah melibatkan 'kepercayaan'. Sedangkan kepercayaan itu adalah soal hati. Hati yang benar itu adalah dengan ikhlas.
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam
di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
2 Sebab itulah yang dinamakan "penyerahan diri kepada Allah". dan itulah istilah sebenar ISLAM.
Kerana RUKUN islam adalah melibatkan 'kepercayaan'. Sedangkan kepercayaan itu adalah soal hati. Hati yang benar itu adalah dengan ikhlas.
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam
di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
No comments:
Post a Comment