Pages

Kelopak mawar

Wednesday, September 25, 2013

Bukakah Pintu2 Langit...

Ya Allah..
Betapa menggunngnya dosa2ku
Ampunilah segala dosa2 ku yang telah kuperbuat
dalam sedar saat alpa tika nyata
Limpahkanlah kepadaku kesabaran yang tiada terbatas
Kurniakanku kekuatan mental dan fizikal tetap dalam keimanan
Anugerahkan padaku dengan sifat keredhaan atas setiap ketentuanMu
Pelihara lidahku dari ungkapan buruk cacian nista
Kuatkan semangatku dalam menempuhi segala cabaranMu
Berikan padaku sifat kasih sayang sesama hambaMu seikhlasnya

Ya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Pengurnia segala yang terbaik untuk hambaNya
Tiada sekutu bagiMu Engkaulah jua Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Andai langkah perjalanan hidupku tersasar dari ladasan kebenaran
Pimpinkan daku ke jalan yang Engkau redhai
Andai kealpaan dan kelalaian mula menyesakkan pelaksanaan tanggungjawabku
Hukumkan daku di dunia bukan di akhirat Mu
Andai aku engkar dan derhaka jua
Bimbinglah daku ke pangkal jalan dan tunjukkan daku laluan hidayahMu menerusi rahmatMu
Allahu Rabbi
Sesungguhnya hambaMu ini sangat lemah dan rapuh tanpa petunjukMu
Buta tulinya daku tanpa bimbinganMu
Cacat dan pasrah tanpa hidayahMu
Jiwa gundah tanpa Sinar NurMu
Betapa hinanya daku tanpa RahmatMu

Ya Allah…
Kuatkan badan jiwa hati dan semangatku
Tabahkan diri ini menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku ibu dan bapa yang disayangi anak2ku
Bukakanlah segala pintu2 hatiku untuk mendalami dan menghayati agamaMu
Lembutkan naluriku menjadi insan Solehah
Ikhlasku keranaMu,

Ya Rahman…
Hanya PadaMu ku pohon segala harapan
Kerana daku pasrah dengan dugaanMu
Kerana daku sedar amat hinanya diriku
Kerana daku insan lemah kerap keliru
Kerana daku selalu leka dan alpa menikmati keindahan duniaMu
Kerana gagal memantapkan kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana cetek akal ku saat mengharungi ujianMu

Ya Allah Tuhan ku Yang Esa..
Izinkan daku menjadi hambaMu yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Wanita yang solehah
Ibu yang sentiasa dihati
Aamiiinn…….

No comments:

Post a Comment