Pages

Kelopak mawar

Thursday, September 26, 2013

Membezakan Karamah dan Sihir

Karamah - hanya diberikan Allah swt kepada para walinya (kekasihnya). Ia datang apabila seseorang hamba Allah beribadah kepada Allah swt dengan menyempurnakan segala yang Allah wajibkan, menambah dengan amalan sunat dan menjauhi laranganNya, sehingga Allah swt sendiri menyintainya.
Selalunya karamah diberikan Allah swt bagi menolong hambaNya di waktu kesusahan, dan ini merupakan antara tanda sahnya sesuatu karamah itu. Sebagai contoh, ketika Imam Ahmad ibnu Hanbal disebat di dalam penjara, tali pinggang beliau putus dek kerana kuatnya sebatan yang dikenakan, sehingga seluar yang beliau pakai hampir terjatuh dan beliau khuatiri aurat beliau akan terdedah. Lalu Imam Ahmad berdoa agar aurat beliau diselamatkan

Bagi sesiapa yang dikurniakan Allah swt karamah, dan dia tahu mengenainya, haruslah dia berdiam diri dan tidak memberitahu tentang perkara tersebut kepada sesiapa sekalipun selama mana dia masih hidup. Begitu juga bagi sesiapa yang menyaksikan karamah seseorang, tidak boleh baginya menghebahkan perkara tersebut kepada orang lain. Ini adalah kerana karamah itu merupakan pertolongan dan pemberian dari Allah swt, maka hal tersebut adalah sulit di antara Allah dan hamba tersebut. Juga diharamkan untuk dihebahkan kerana hal tersebut akan menimbulkan fitnah terhadap orang ramai.
Sihir - boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja yang mempelajarinya. Selalunya syaitan akan menetapkan syarat yang aneh dan kotor bagi sesiapa yang ingin mempelajarinya, sama ada kotor secara batin (seperti syirik, iaitu meminta dirinya disembah) ataupun kotor secara fizikal (seperti dikehendaki menyeret mushaf Al-Quran ke dalam tandas, menulis ayat Kursi dengan darah haid, menyimpan najis yang terjatuh. Selalunya dipelajari bagi menganiayai orang lain, ataupun untuk berlaku riak dengan kebolehan yang dimiliki. Tidak ada istilah sihir yang dipelajari bagi tujuan yang baik, kerana amalan sihir itu sendiri merupakan syirik kepada Allah.  

Haram hukumnya melawat bomoh, meminta pertolongannya apalagi percaya dengan kebolehannya. Begitu juga dengan mereka yang mendakwa mempunyai karamah, lalu menunjuk-nunjukkannya di hadapan orang ramai, maka semestinya itu bukanlah karamah bahkan sihir.Penulis suka mengingatkan, jikalau kita terserempak dengan sesiapa yang mempunyai kebolehan luar biasa, hendaklah kita bertanya dua soalan. 1) adakah kebolehan tersebut di luar kebiasaan, iaitu luar biasa? Dan 2) adakah ia dipelajari oleh si pembuat?

1. Karamah itu datangnya dari Allah swt, sedangkan sihir berasal dari syaitan

Allah swt berfirman, “Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang kafir pelindung mereka adalah thaghut (syaitan) yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. Mereka adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-Baqarah ayat 257).

2.  Karamah tidak dapat dipelajari sedangkan sihir boleh dipelaiari
Rasulullah saw tidak pernah mempelajari karamah atau mengajarkannya kepada sahabatnya, para sahabatpun tidak pernah mengajarkan karamah kepada generasi sesudahnya, iaitu para tabiin. Memang karamah adalah hadiah langsung dari Allah swt yang diberikan kepada hambaNya yang soleh.
FirmanNya, “Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan pada masa kerajaan nabi Sulaiman (mereka mengatkan bahwa Nabi Sulaiman melakukan sihir), syeaian-syaitan itulah yang kafir (melakukan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia.” (Surah Al-Baqarah ayat 102).

3. Karamah tidak boleh ditransfer sedangkan sihir bila2 masa sahaja mudah ditransfer


4. Karamah tidak boleh diwarisi berbanding sihir yang boleh dan mudah diperoleh untuk diwaris kepada siapapun yang berkenan.


5. Karamah tidak dapat didemonstrasi, tapi sihir mudah sahaja didemonstrasikan.


6. Karamah tidak dapat dijangka kedatangannya, sihir pula dapat diramalkan.


7. Kebiasaannya karamah jarang terjadi (tidak berulang-ulang), sedangkan sihir bisa (diulang)


8. Karamah itu dimiliki oleh orang soleh, sedangkan sihir dimiliki oleh orang munafiq, fasiq dan kafir


9.Karamah tidak mahu diperjualbelikan sedangkan sihir sangat bergantung kepada jual beli


Penghargaan :http://abuintisaar.files.wordpress.com

No comments:

Post a Comment