Pages

Kelopak mawar

Tuesday, September 3, 2013

Jihad dan Sabar

Assalam alaik..

Bismillah...

Allah swt berfirman maksudnya,
' Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang yang sabar.' (Surah Al Imran ayat 142)
ditafsirkan,
"Wahai sahabat Muhammad apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga sebelum kamu diuji dengan peperengan dan kesulitan? Kamu tidak akan masuk ke dalamnya sebelum kamu diujihingga nyata bagi Allah orang yang berjihad* di jalanNya dan orang yang bersabar melawan musuh".
 
* berjihad merangkumi berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang Islam, Memerangi hawa nafsu, Mendermakan harta benda untuk kebaikan orang Islam, membenteras kejahatan dan menegakkan kebenaran.

Ayat ini adalah peringatan Maha Pencipta yang menguji keikhlasan hambaNya (Peristiwa Perang Uhud) dalam  membezakan antara orang yang benar-benar beriman atau munafik. ia juga untuk membersihkan hati orang mukmin yang masih lemah agar lebih ikhlas lebih teguh keimanannya dan bersih dari dosa lalunya.. 

FirmanNya lagi, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja)mengatakan, 'Kami telah beriman' sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta." (Surah Al Ankabut ayat 2 dan 3) 
 

No comments:

Post a Comment