Assalam alaik..
Bismillah..
Petikan daripada FB...
Ka'bul Ahbar berkata, "Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Musa as yang mana Allah swt berfirman yang bermaksud, "Wahai Musa, 2 rakaat yang disembahyangkan pada waktu Subuh oleh Muhammad dan umatnya, aku mengampunkan bagi mereka (yang menegerjakan solat Subuh) semua apa2 yang terjadi pada malam dan siang hari, dia tetap di bawah LindunganKu.'"
Firman Allah swt, " Wahai Musa, solat Zohor 4 rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, Aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat yang pertama, Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan para Malaikatku bertasbih dan membaca istighfar (memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat ke 4 Aku bukakan pintu-pintu langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka."
Firman Allah swt, " Wahai Musa, 4 rakaat solat 'Asar yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, maka semua para Malaikat dilangit dan dibumi meminta ampun oleh Malaikat, tidaklah Aku seksa mereka itu."
Firman Allah swt, " Wahai Musa, solat Maghrib 3 rakaatyang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan Aku berikan."
Firman Allah swt, " Wahai Musa, solat Isya' 4 rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega merah, solat itu adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya dan bagaikan anak yang baru lahir dari perut ibu."
Firman Allah swt. " Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu' sebagaimana yang Aku perintahkan, maka Aku berikan kepada mereka setiap titik air wudhu' itu dengan syurga yang luasnya sebesar langit dan bumi."
Firman Allah swt, " Wahai Musa, puasa yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya dalam bulan Ramadhan selama sebulan dalam setiap tahun maka akan Aku berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan satu kebaikan yang dilakukan oleh mereka, yang sunat akan diberi pahala sebesar pahala fardhu. Aku berikan kepada mereka satu malam yang bernama Lailatul Qadar. Barang siapa beristighfar pada malam itu hanya sekali tetapi dengan bersungguh-sungguh dan menyesal di dalam hatinya terhadap kesalahannya apabila ia mati pada malam itu atau pada bulan itu, maka Aku berikan pahala kepadanya, maka aku berikan pahala kepadanya pahala bersamaan 30 orang mati syahid.
Firman Allah swt, " Wahai Musa, di antara umat muhammad saw ada yang berdiri di atas tempat tinggi untuk mengemandankan syahadah kalimah Laa Illaha Illallah, maka pahala mereka bagaikan pahala para nabi as dan rahmatKu wajib ke atas mereka. Sedangkan murkaKu jauh daripada mereka dan takkan Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap bersyahadah Asyhadu An Laa ilahaillallah."
No comments:
Post a Comment