Ya Allah aku memohon kepadaMu rahmat yang memberikan hidayah pada hatiku dan melengkapkan kesempurnaan diriku. Menampung kekuranganku serta memperbaiki apa yang tiada pada diriku. Menaikkan kedudukanku dengan persaksian dan mensucikan perbuatanku. Mengurniakan kepadaku ilham, mengembalikan kepadaku ketenangan dan melindungiku daripada sebarang kejahatan.
Ya Allah anugerahkan buatku keimanan dan keyakinan yang tidak kufur selepasnya serta rahmat yang membolehkan ku mencapai kemuliaan dunia dan akhirat.
Ya Allah, kupohon kepadaMu kemenangan dan kedudukan para syuhada , kehidupan orang yang bahagia serta kemenangan atas musuhMu.
Ya Allah, penuhkanlah hajatku walau sangat lemahnya diriku dan amalanku. Namun sangat kuharapkan rahmatMu. Maka ku memohon padaMu menunaikan perkara yang melegakan dada dan jiwa sebagaimana Engkau menyelamatkan kami daripada api neraka, daripada gangguan kekufuran dan juga fitnah kubur.
Y Allah apa yang tidak mampu ku memintanya disebabkan ketidak sampaian niatku sedangkan Engkau menganugerahkannya kepada hambaMu selainnya, aku turut memintanya.. Aku sangat mengharapkan rahmatMu wahai Tuhan sekalian alam..
Ya Allah pemilik segala rahsia dan urusanNya, ku memohon kepadaMu keselamatan pada hari kebangkitan dan syurga pada hari yang kekal bersama2 para muqarrabin ( golongan umat Islam yang hati dan perasaan sangat dekat kepada Allah swt. Setiap amalannya penuh khusyuk dan ikhlas kerana Allah swt termasuk para syuhada (orang mati syahid) disebabkan pengorbanan mereka dalam menegakkan agama Allah swt) yang telah bersaksi . para mukmin yang sentiasa sujud menunaikan janji sesungguhnya Engkau Maha Penagsih lagi Maha Penyayang dan melakukan apa yang dikehendakiNya.
Ya Allah jadikan kami ini sentiasa menyampaikan hidayah bukanny yang sesat dan menyesatkan. Pembawa keselamatan buat para waliMu memerangi musuhMu. Kami menyintai dengan kecintaanMu orang yang mencintaiMu dan memusuhi sesiapa yang memusuhiMu.
Ya Allah inilah doa2ku, kabulkanlah ia kerana ia merupakan usaha dan tawakkalku buatMu.
Ya Allah kurniakanlah cahaya dalam hatiku cahaya dalam kuburku cahaya dihadapanku dan dibelakangku, cahaya dari sebelah kanan dan kiriku, cahaya daripada atas dan bawahku cahaya pada pendengaran dan penglihatanku chaya daripada kulit dan rambutku cahaya daripada daging darah dan tulang belulangku.
Ya Allah kurniakanlah buatku cahaya yang agung dan berikan kepadaku cahaya Maha Suci Dia yang memiliki keagungan dan Maha Mulia dengannya. Maha SuciNya yang lafazan tasbih khas buatNyaMaha SuciNya Pemilik Anugerah dan Nikmat Maha Sucinya Pemilik Kemuliaan dan Pemurah Maha SuciNya Pemilik Keagungan dan Ketinggian..
(Tambahan buat kitala,, sebab itu doa Rasululllah saw ) Rahmat Allah swt ke atas penghulu kita Muhammad saw dan ke atas keluarganya setiap detik dan setiap nafas malah sebanyak bilangan yang diketahui oleh Allah swt."
Mungkin boleh dijadikan tambahan pada doa kita atau panduan bagi yang masih tercari2.. last entri saya hari ini dan esok... dah tak larat sangat ni.. taip yang setengah jam jadi sejam setengah..
No comments:
Post a Comment