Assalam alaik..
Bismillah...
Lega settle kerja untuk 3/4 hari ni.. datang plak selonggok lagi.. perlu dibereskan...
Apa kubuat.. bayangkan lambakan tu macam longgokan buah durian ke buah rambutan ke buah anggur ke apa2 jelah yang sedap dimakan ..erkkk.. posa?.. lepas berbuka la... in syaa Allah mesti laju je tangan ni menyelesaikannnya...
Bukan itu tujuan entri kali ini.. Hari ini masa diisi dengan memperdengankan 3 surah iaitu..Surah Rad Surah Hijr dan Surah .. bila mengantuk buat kerja tu buka tafsir plak.. hinggalah bacaan ke ayat 18 (fav no nih) Surah AlBaqarah..
Indahnya kalamullah (memang selama ni suka sangat sebut ayat ni),
FirmanNya bermaksud
"Mereka tuli bisu dan buta sehingga mereka tidak dapat kembali"
dan ayat ini ditafsirkan sebagai ' Mereka (orang munafik) tuli untuk menyemak kebenaran, bisu untuk mengucapkan kebenaran dan buta untuk melihat cahaya hidayah. Oleh kerana itu mereka tidak dapat kembali pada keimanan yang telah mereka tinggalkan dan tukarkan dengan kesesatan.'
Nauzubillah.. dasyhatnya bagi mereka yang munafik ni kan..Asal kalamullah di awal surah ini berkaitan orang kafir Yahudi Madinah yang tetap ingkar akan perintahNya.. dan ada juga golongan yang berada di tengah2 antara beriman dan kafir iaitu golongan munafik...
Apapun di Hari pembalasan kelak yang pasti balasan Allah swt amat dasyhat kepada golongan munafik dan teruk lagi bagi kaum kafir..
Ya Allah lindungi dan pelihara kami sehingga akhir hayat kami..Masukkan kami dalam golongan mereka yang beriman sebenar2nya kepadaMu.. Aaamiin..
No comments:
Post a Comment