- Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
- Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
- Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
- Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
- dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
- Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku
Surah Al-Kafirun merupakan surah Makkiyah yang bermaksud orang kafir. Ia adalah surah ke-109 dalam Al Quran mengandungi 6 ayat. Surah ini ditujukan kepada kaum Musyrikin kerana orang kafir tersebut tidak mahu menerima seruan dan petunjuk kebenaran yang dibawakan Nabi Muhammad saw kepada mereka.
Asbabun Nuzul - Latarbelakang Surah
Sejak Nabi saw menyebarkan dakwah secara terangan, kaum musyrikin Quraisy sentiasa merasa tidak senang dengan perkembangan dakwah Nabi saw. Pelbagai teknik digunakan untuk menyekat perkembangan ini.
Sebagaimana kisah dalam surah al-Lahab, bermula di bukit Safa, mereka telah memperolokkan, memperlekehkan, mempermainkan, mendusta dan mempersendakan Rasulullah saw untuk melemahkan semangat kaum muslimin. Sehingga sanggup menuduh Nabi saw sebagai gila (Surah al-Hijr ayat 6). Mereka menyatakan al-Quran itu cerita dongengan (Surah al-Furqaan ayat 5), tiada keistimewaan yang ada pada Nabi saw (Surah al-Furqaan ayat7)
Namun dakwah Rasulullah saw tetap berjalan seperti biasa. Maka mereka mula menyiksa sesiapa sahaja yang baru mengikuti ajaran yang dibawa oleh Muhammad. Seperti kisah Bilal disiksa dan dihempap batu besar namun tetap dibibirnya melafazkan perkataan “Ahad, Ahad, Ahad”. Nampaknya hati orang mukmin begitu kuat bertauhidkan semata-mata kepada Allah swt.
Ibnu Hisyam menceritakan daripada Ibnu Ishaq, ‘Utbah Bin Rabi’ah salah seorang pembesar Quraisy yang bijak dan jauh pandangannya telah bertemu dengan Rasulullah saw dan berkata, “Wahai anak saudaraku, sebagaimana kita ketahui bersama bahawa engkau adalah sedarah sedaging dengan kami, berasal dan keturunan dan baka yang mulia dan seperti yang diketahui ramai, bahawa engkau telah membawa suatu ajaran baru, memecahkan kaum puak kita di samping engkau selalu mengolok-olokkan dan memperbodohkan penyembahan berhala. Mahukah sekiranya aku tawarkan beberapa perkara, semoga engkau dapat menerima sebahagian darinya”..

Maka Rasulullah saw pun berkata kepadanya, “Katakan, ya Abal-Walid, saya cuba mendengarnya.”
Maka berkatalah ‘Utbah, “Sekiranya tujuanmu membawa agama baru ini untuk mendapatkan harta kekayaan maka kami akan kumpulkan harta-harta kami untuk kamu sehingga kamu menjadi seorang yang lebih kaya-raya dan kami, sekiranya engkau bermaksud untuk mendapatkan kemuliaan maka kami sekalian bersedia bila-bila masa melantik engkau sebagai ketua kami, sekiranya engkau ingin menjadi raja, yang demikian pun kami bersedia juga untuk mempertabalkan engkau sebagai raja kami dan sekiranya segala tawaran tadi semuanya engkau tolak mentah-mentah maka yang terakhir sekali kami bersedia membelanjakan harta kekayaan kami untuk mencari tabib untuk merawat engkau hingga sembuh.”
Setelah itu Rasulullah saw menjawab katanya, “Apakah sudah habis segala hasrat yang hendak dicurahkan itu?”
Jawab ‘Utbah: “Ya.”
Maka sambung Rasulullah saw, “Sekiranya demikian maka dengarkanlah dariku pula”, Rasulullah saw membaca surah al-Fusilat dari ayat pertama hingga ayat ke tiga-belas, tiba-tiba ‘Uthbah meminta Rasulullah saw berhenti membacanya sebelum Baginda meneruskan ayat yang seterusnya kerana terpaku dengan ayat-ayat yang penuh ugutan itu.
‘Utbah pun kembali kepada sahabatnya lalu ia ditanya: “Apakah pengkhabarannya,”
‘Utbah pun kembali kepada sahabatnya lalu ia ditanya: “Apakah pengkhabarannya,”
Jawab ‘Utbah. “Demi Sesungguhnya belum pernah aku dengar lagi barang sesuatu sepertimana aku dengar hari ini, ianya bukan sya’ir, bukan jampi, seloka, sihir dan bukan gurindam biarawan. Wahai kaum Qu raisy sekelian! dengarlah cakapku ini, berilah peluang kepada Muhammad, biarkanlah dengan usahanya itu. Demi Tuhan sesungguhnya apa yang kudengar tadi adalah suatu berita yang teristimewa. Andai kata apa yang digambarkan oleh Muhammad terhempap ke atas kamu maka tidak ada orang lain hanya Muhammad saja yang boleh melepaskan kamu, dan andaikata Muhammad boleh menonjol diri di kalangan bangsa ‘Arab maka percayalah bahawa kekuasaan kamu dan kemegahannya adalah kemegahan kamu jua.”
Jawab mereka: “Demi sesungguhnya engkau pun juga telah diperdaya oleh Muhammad dengan kelancaran lidahnya.”
Jawab ‘Utbah pula: “Apa yang kukatakan tadi adalah pendapatku tentang Muhammad dan pendapat kamu terserahlah kepada kamu sekelian.”
Al-Tabari dan lbnu Kathir serta periwayat lain menceritakan, Beberapa orang musyrikin termasuk di antaranya Al-Walid Bin Al-Mughirah, Al-’As bin Wail al-Aswad bin ‘Abd al-Muttalib dan ‘Umayyah bin Khalaf telah datang menemui Rasulullah saw di rumahnya di mana mereka menawarkan kepada Baginda saw menyerahkan wang kekayaan mereka sehingga boleh menjadi Baginda saw manusia yang paling kaya dan ditawarkan juga untuk dikahwinkan dengan gadis jelitawan ‘Arab.
Mereka berjumpa dengan Rasulullah saw seraya berkata; “Wahai Muhammad,(begini sahajalah) kami menyembah apa yang engkau sembah dan engkau pula menyembah apa yang kami sembah. Kita sama-sama berkongsi pada setiap perkara. Sekiranya apa yang engkau bawa adalah lebih baik daripada pegangan kami, kami akan berkongsi dengan engkau mengenai perkara itu dan kami akan mengambil habuan kami daripadanya. Sekiranya pegangan kami adalah lebih baik dari pegangan engkau, maka engkau boleh berkongsi dengan kami mengenai perkara itu dan engkau masih boleh mengambil bahagian engkau daripadanya.”
Dan balasan kepada tawaran itu dengan satu syarat sahaja iaitu memberhentikan dakwah Baginda saw (iaitu sikap penentangan Baginda saw terhadap orang ‘Arab dan penyembahan berhala serta memberhentikan kecamannya terhadap adat tradisi yang mereka warisi dan datuk nenek terdahulu). Ia diperjelaskan lagi dengan turunnya surah ini seperti yang juga dinyatakan oleh Al-Tabrani dan Ibn Abi Hatim mentakhrijkan hadis berikut daripada Ibn ‘Abbas,bahawa; “Wahai Muhammad ini adalah untuk engkau dengan syarat (sebagai imbalannya) engkau berhenti daripada mencerca tuhan-tuhan kami dan memburuk-burukkannya. Kalau engkau tidak mahu, maka mari kita bergiliran; kamu sembahlah tuhan-tuhan kami selama setahun lalu setahun berikutnya giliran kami yang menyembah tuhanmu.”
Rasulullah saw menjawab, “Nanti dulu, tunggulah sehingga aku melihat perintah Tuhanku (wahyu RabbKu).” Lalu Allah swt menurunkan surah ini (Al-Kafirun ayat 1-6) dan kemudian turun ayat 64 surah az-Zumar yang bermaksud, “Katakanlah, ‘maka apakah kamu menyuruh aku menyembah selain Allah, hai orang yang tidak berpengetahuan.’
Segala tawaran itu ditolak mentah-mentah oleh Rasulullah saw. Usaha diplomatik mereka yang terakhir ialah menawarkan supaya Rasulullah saw bertolak ansur iaitu sehari menyembah berhala dan di hari yang lain pula mereka secara beramai menyembah Tuhan Nabi saw tetapi tawaran ini juga telah ditolak oleh Rasulullah saw.
Jawatan raja memungkinkan Rasulullah saw membuat apa sahaja yang ia kehendaki dan dengan harta kekayaan Baginda saw dapat memajukan pergerakan Islam dalam usaha dakwahnya. Namun semuanya ditolak oleh Rasulullah saw. Ini sudah tentu ada sebab-sebab yang tersendiri (perlu difikirkan) mengapa Rasulullah saw bertindak sedemikian.
Kemudian mereka cuba berkompromi dengan Rasulullah saw dengan alasan ajaran mereka dan ajaran Muhammad adalah juga dari ajaran Nabi Ibrahim as.
Diriwayatkan pembesar Quraisy tidak berputus asa dengan usaha mereka. Sekali lagi mereka datang beramai menemui Nabi saw mengemukakan kepada Baginda saw apa yang pernah ditawarkan oleh ‘Utbah bin Rabi’ah dahulu, menawarkan kepadanya untuk memegang jawatan sebagai penganjur bangsa ‘Arab, kekayaan dan mengemukakan persediaan dan kesanggupan mereka untuk mencari tabib atau dukun sekiranya Nabi saw dirasuk oleh jin dan syaitan tetapi dengan syarat seperti yang dahulu juga.
Semuanya itu dijawab oleh Rasulullah saw dengan berkatan, “Sebenarnya aku ini tidak ada kena mengena dengan apa yang kamu suarakan tadi, segala apa yang aku bawa ini bukan dengan bertujuan mencari harta kekayaan dan pangkat dan kekuasaan, tetapi Tuhan telah mengutuskan aku untuk kamu sekelian di samping itu diturunkan Kitab Suci kepada aku dan Tuhan telah menyuruh aku menyampaikan berita yang menakutkan dan mengembirakan, kewajipanku Semata-mata menyampaikan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atasku, sekiranya kamu terima maka itu adalah habuan kamu untuk dunia dan akhirat dan kalaulah kamu tolak, tidak ada lain hanya bersabarlah sahaja sehingga Tuhan menjatuhkan hukumanNya di antara aku dan kamu sekelian.”
Setelah perbincangan berlarutan dan tawar-menawar pun berlanjutan tetapi Rasulullah saw tetap dengan pendiriannya maka sebagai kata terakhir dari pihak Quraisy, “Apa yang telah sampai kepengetahuan kami tentang seorang yang tinggal di Al-Yamamah bernama “Al- Rahman” dialah yang telah mengajar engkau segala-galanya ini, sesungguhnya kami tidak percaya langsung dengannya, segala-galanya telah kami usahakan setakat daya dan upaya kami dan sebagai kata yang terakhir dan kami untuk kau iaitu kami tidak akan biarkan engkau begitu sahaja, dan pilihlah antara dua; kalau tidak engkau yang membinasakan kami maka kamilah yang akan memusnahkan engkau; itu sahaja." Dengan kata-kata itu mereka pun berangkat pulang tanpa sesuatu pun yang tercapai.[Tahzib Sirah Ibnu Hisyam dan Kitab Sirah yang lain.]

Keutamaan Dan Kelebihan Surah Al-Kafirun
Fadhilat dan faedah terkandung pada surah ini di antaranya:
- Surah ini menyamai 1/4 Al-Quran. Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.
- Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki. In syaa Allah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.
- Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.
1. Menyamai Seperempat Al-Qur’an
- Daripada Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda, “Bukankah kamu hafal (Al Kafirun).?” Orang itu menjawab, “Benar.” Baginda saw membalas, “(Ia senilai) seperempat al-Qur’an.” (Hadis Riwayat At-Tarmizi)
- Rasulullah saw bersabda, “Surah ‘Qul ya ayyuhal kafirun’, sama dengan seperempat Al-Quran.” (Hadis Riwayat Al Hakim).
- Ubay bin Ka’b berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun, pahalanya seperti membaca seperempat Al-Quran, ia akan dijauhkan dari godaan syaitan, diselamatkan dari kemusyrikan dan diampuni pada hari kiamat.” (Tafsir Nur Ats-Taqalayn 5/684).
- Sabda Nabi saw, “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, di samping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” (Hadis Riwayar At Tirmizi)
2. Membebaskan Diri Dari Kesyirikan
- Riwayat at-Thabaraniy dengan sanadnya dari Jibillah bin Haritsah, Rasulullah saw bersabda, “Apabila kamu telah ke tempat tidurmu, maka bacalah (Al Kafirun) hingga kamu membacanya sampai akhir, sebab ia membebaskan diri dari kesyirikan.” (al-Mu’jam al-Kabir, jld.II, h.278. Al-Haytsamiy berkata di dalam Majma’ az-Zawa`id, jld.I, h.121, “Para periwayatnya telah dinilai Tsiqah)
- Dari Farwah bin Naufal, dari ayahnya ra bahawa Nabi saw bersabda, “Bacalah surah Al Kafirun, kemudian tidurlah setelah itu, kerana sesungguhnya itu adalah pembebas (pembersih) dari syirik.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Tarmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Al Hakim).
- Sabda Rasulullah saw, “Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca…(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik.” (Hadis Riwayat Al-Tirmidzi)
3. Sunnah Membaca Bersama Surah Al-Ikhlas
Disunnahkan membacanya dalam solat dua raka’at sebelum Tawaf. Hal ini berdasarkan riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya dari Jabir bahwasanya Rasulullah saw pernah membaca keduanya. Demikian juga, disunnahkan membaca keduanya pada solat sunat Qabliyyah Subuh berdasarkan hadits dari Abu Hurairah dalam Shahîh Muslim.
- Dari Abu Hurairah ra. Berkata, “Rasulullah saw telah membaca kedua surah ini (Qul ya ayyuhal kafiruun dan Qul huwallahu ahad) dalam solat sunat Fajar.” (Hadis Riwayat Muslim).
- Dari Ibnu Umar dikatakan, “Rasulullah saw membaca surah al-Ikhlas dan al-Kaafiruun dalam dua rakaat sebelum solat Subuh (solat sunat fajar) dan dua rakaat setelah Mahgrib (Ba’diyyah Maghrib) lebih dari 20 atau 10 kali.” (Hadis Riwayat Ahmad)
- Dari ‘Aisyah rha, Nabi saw bersabda, “Kedua surah itu ialah sebaik-baik surah!” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah).
- Dari Ibnu Masud katanya, “Rasanya tidak dapat saya hitung betapa kerapnya saya mendengar Rasulullah saw dalam kedua rakaat solat sunat sesudah solat Maghrib dan kedua rakaat sunat sebelum fajar, membaca surah Qul yaa ayyuhal kaafiruun dan Qul huwallaahu ahad.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi).
- Nabi saw pernah mendengar seorang sahabat membaca surah pertama (Al-Kafirun) pada raka’at pertama, lalu Baginda bersabda, “Orang ini adalah orang yang beriman kepada Tuhannya.” Seterusnya, ia membaca surah kedua (Al-Ikhlas) pada raka’at kedua, lalu Nabi bersabda, “Orang ini benar-benar mengenal Tuhannya.” (Hadis Riwayat Thahawi, Ibnu Hibban dalam Shahihnya di Hasankan oleh Hafizh dalam kitab Al-A’aliyaat).
- Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata, “Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas dalam solat fardhu, Allah akan mengampuni dosanya dan dosa orang tuanya. Dan ia tidak akan melahirkan anak yang celaka, walaupun semestinya anak itu tergolong pada anak yang celaka, Allah swt menghapusnya dari lembaran catatan orang yang celaka dan menetapkannya di lembaran catatan orang yang bahagia, menghidupkannya dengan kehidupan yang bahagia, mematikannya sebagai syuhada’, dan membangkitkan (dari kuburnya) seperti orang yang syahid.” (Kitab Tsawabul A’mal, hlm 127).
- Imam Ja’far Ash-Shadiq, dari ayahnya berkata, “Surah Al-Ikhlas adalah sepertiga Al-Qur’an dan surah Al-Kafirun seperempat Al-Qur’an.” (Tafsir Nur Ats-Taqalayn 5/687).
- Dari Ali ra, “Seekor kala jengking menyengat Rasulullah saw, Baginda saw segera meminta air dan garam yang digunakan untuk mengusapnya sambil membaca surah Al-Kafirun, Al-Falaq dan An-Naas.” (Hadis Riwayat Thabrani).
Penurunan Surah ini Allah swt menegaskan amal ibadat secara Islam dan menolak penyembahan dan amalan syirik. Beramal setelah memahami dan menghayati surah al-Kafirun yang senilai dengan seperempat al-Quran ini mudah2an mengukuhkan akidah, memelihara segala perbuatan hati dan larangan menyembah selain Allah swt supaya tidak syirik kepadaNya. Akidah adalah hak Allah swt yang tidak boleh disekutukan dengan perkara syirik kepadaNya. Tidak ada tolak ansur dan kompromi atas cubaan mencampuradukkan ajaran agama, terutamanya soal akidah dan ibadah dengan orang kafir.
Ya Allah! Janganlah Dikau pesongkan hati kami sesudah Dikau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu. Amin…
No comments:
Post a Comment