Allah swt menyembunyikan 4 perkara daripada hambaNya,
1. Kemurkaan Allah swt pada kemaksiatan yang dilakukan hambaNya.
Walaupun mungkin ia sangat kecil dan remeh pada pandangan kita tetapi kemungkinannya itulah yang paling dimurkaiNya.. Sebab itu kita perlu selalu beristigfar dan bertaubat padaNya..kan
2. Keredhaan Allah swt pada amalan hambaNya.
Amalan paling Allah swt suka dan redha tidak semestinya yang selalu kita amalkan atau amalan yang paling besar pahala dan ganjaranNya.. Keikhlasan khusyuk dan kesungguhan...sesungguhnya Dia Maha Mengetahui
3, Waktu mustajab doa,
Setiap orang berbeza waktu mustajab doanya.. Sebab itu dinyatakan ada beberapa waktu dan tempat mustajab berdoa.. Kita kena berusaha lah sebab itu Allah swt mesti selalu di'ingatan' bukan sahaja pada waktu kita dalam kesusahan...
4. Orang yang soleh di mata kita.
Mungkin yang kelihatan seperti pengemis itu adalah sebenarnya Wali atau sesiapa sahaja, maka jangan mudah kita sesuka hati memaki mengumpat mencemuh orang.. Kita sendiri belum tentu mulia di sisiNya..buat apo sibuk hal orang kan..
No comments:
Post a Comment