Assalam alaik..
Bismillah...
Tengah buat carian di internet saya terjumpa satu entri.. doa untuk merapatkan kasih sayang dengan adanya rindu-rinduan.. macam menarik... tapi tak baik kalau kita amalkan untuk tujuan yang menyalahi perintahNya tau.. ni bukan ayat pukau atau sekaumnya..
Actually dikatakan ia adalah petikan dan gabungan dua ayat dalam alQuran iaitu surah ayat AlBaqarah ayat 165 dan Surah AlImran ayat 14.
Surah AlBaqarah ayat 165 dan
Daripada dua ayat di atas, diambil sebahagiannya dan digabungkan sehingga menjadi satu doa berikut...
Yuhibbunahum kahubillahi wallazina amanuu ashaddu hubballillah (petikan Surah Al-Baqarah ayat 165)
[Mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yg beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah]
Zuyyinalinnasi hubbushahawati minannisa’i walbani na walqanaathiril muqanthorotiminazzahabi walfidhah (petikan surah Ali-Imran ayat 14)
[Dihiasikan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta-benda yang banyak bertimbun-timbin dari emas dan perak]
Disarankan amalannya ..
Sebelum baca, niatkan kepada orang yang anda kasihi (suami, isteri, anak2, kawan2, boss atau sesiapa sahaja yang mungkin dah lama tak jumpa atau tinggal jauh) dengan menyebut namanya.. Apapun pastikan nawaitu baik k.. saya tak mahu bersubahat..sendiri tanggung dosa.. hehehe..
contoh: 'Ku niatkan membaca petikan surah Al-Baqarah ayat 165 dan surat Ali-Imran ayat 14 ini supaya anak-anakku “Si polan bin Si polan” cinta-kasih-sayang dan rindu pada ku kerana Allah Ta’ala'
Dimulai lafaz Bismillah lalu bacakan ayat/doa berkenaan sebanyak 10/11 kali selepas solat subuh dan maghrib.. insyaaAllah..
senang, tapi ia kena di bin kan dengan nama ibu kan? macamana kalau kita xtahu nama ibu mereka? boleh ke di bin kan dengan hawa?
ReplyDelete