Alhamdulillah.. selesai tugas untuk 2 hari.. maknanya kalau lepas ni cuti 5 hari pun x de masalah... hmm syok juga kan.. tapi berasap jugakla kepala hotak ni memulun tadi...
Alamak!.. hujan rupanya.. x sedar.. dah berhenti pun hujan ni.. merajuk kali..
Hmm.. pagi tadi sempat lagi menyambung telahan tafsir.. teringat telahan malam tadi ayat 45 dan 46 surah AlBaqarah..
Terjemahannya,
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk (45). (iaitu) mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepadaNya.(46)"
Allah swt berfirman menyuruh kita memohon pertolonganNya (dalam menghadapi segala persoalan permasaalahan dunia dan akhirat) dengan kesabaran dan mendirikan solat.. Entri sebelum ini pun saya ada sentuh tentang sabar dan solat (boleh rujuk).. Namun untuk mendirikan solat penuh 5 waktu masih ramai yang belum mampu melangsaikannya itupun kekadang dihujung waktu (peringatann buat diri)..inikan solat2 sunat lain..Sebab itu Allah swt awal2 telah nyatakan bahawa solat teramat berat dilakukan kecuali... Haaa tula kecuali mereka yang khusyuk.. iaitu mereka yang takut dan berharap sangat kebaikan dan pertolongan Allah swt serta serta dan yakin bahawa di mana jua kita berada di bumi atau di angkasaraya sekalipun satu masa (hanya Dia Mengetahuinya) kita pasti akan berjumpa Allah swt iaitu kematian dan dibangkitkan di padang masyhar untuk dihitung dan menerima pembalasanNya..
Kita ni khusyuk ke solat?.. walhal dalam AlQuran perintah untuk mendirikan solat (Aqimussalata/Aqimissalata) tersebut dinyatakan sebanyak 12 tempat (beramai) dan 5 tempat (seorang) dalam AlQuran iaitu ,
Surah AlBaqarah ayat 43,83 dan 110
Surah AnNisa' ayat 77 dan 103
Surah AlAn'am ayat 72
Surah Yunus ayat 87
Surah AlHajj ayat 78
Surah AnNur ayat 56
Surah ArRum ayat 31
Surah AlMujadalah ayat 13
Surah AlMuzammil ayat 20
Surah Hud ayat 114
Surah AlIsra' ayat 78
Surah Taha ayat 14
Surah AlAnkabut ayat 45 dan Surah Luqman ayat 17..
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya, " Perjanjian yang mengikat antara kami dan mereka adalah mendirikan solat. Siapa yang meninggalkannya maka sungguh dia telah kafir." (Hadis Riwayat Muslim)
wallahualam..
No comments:
Post a Comment