Pages

Kelopak mawar

Monday, July 8, 2013

Jujur vs Bohong


Kejujuran adalah ketenangan manakala pembohongan adalah kegelisahan (Hadis Riwayat Bukhari)
Ketika kita jujur (terhadap Allah swt dan khususnya pada diri sendiri termasuk orang lain) akan merasa tenang dan aman tenteram. Namun jika kita berbuat dosa atau membuat khianat pasti hati menjadi resah..
Baginda saw bersabda maksudnya, “ Apabila seorang hamba berbohong Malaikat yang menyertainya akan menjauh sejarak 1 mil kerana busuknya bau pembohongan itu.”(Hadis Riwayat At Tarmidzi)
Bila Malaikat pun menjauh apakah petandanya?  Haa hilang rahmat Allah swt kerana dengan pembohongan itu membuatkan Allah swt murka.. astaghfirullah.. bagaimana Malaikat nak mencatat kebajikan sedangkan bau busuk dan Allah swt marah... ada yang mengambil kesempatan.. siapa?.. iskiskisk bebuat tanya plak kan.. Alaa.. Pak Setan mata satu suara halus akan berani mendekati dan berusaha menyesatkan..
Ingat yea “Kebaikan datang bersama saudaranya(kejujuran) begitu juga keburukan menerpa bersama saudaranya(setannn)..”
Oleh itu elakkan berbohong. Nanti hidung panjang macam Pinochio..ishh comel gtu..Kalau bohong sunat xam mana?.. Ada ke terma bohong sunat?.. .
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya, “Berikan jaminan kepadaku dengan 6 hal dari dirimu dan aku menjamin syurga bagimu: jujurlah saat berbicara, tepatilah jika berjanji tunaikanlah jika menerima amanah, jagalah kemaluanmu, jagalah pandanganmu dan jagalah tanganmu.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Wallahualam

No comments:

Post a Comment