Pesanan Dari Mimpi Rasulullah
|
saw
|
(sebenarnya petikan emel kawan)
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israq kan...
1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, namun malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh TAAT DAN PATUH KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.
2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan tetapi diselamatkan oleh berkat KESEMPURNAAN WUDUKNYA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan dan iblis laknatullah namun dia diselamatkan dengan berkat KETULUSAN DAN KEIKHLASANNYA BERZIKIR kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana malaikat Ahzab menyeret umatku dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang masuk dalam mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya tetapi oleh kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN RENDAH DIRI telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat sangat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT memberinya minum hingga dia merasa puas.
|
|
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul yang mana setiap kali dia menghampiri akan diusir, maka menjelmalah ganjaran MANDI JUNUB SEMPURNA RUKUNNYA memimpin dia ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.
7. Aku melihat seorang daripada umatku berada dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri kebingungan, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu keluarlah ia dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan mukminin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU yang menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segera menjelma pahala KEIKHLASAN SEDEKAHNYA KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKAN PESANKU KEPADA YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Keikhlasan beribadah dan memelihara diri di jalanNya yang benar keranaNya in syaa Allah ada ganjaran yang dijanjikan..
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment