Bismillah..
Bagaimana kita melalui saat minit jam sehari di Bulan Ramadhan yang mulia ini?.. Masih belum terlambatkan.. Jom layari kisah hidup sehari Ramadhan seorang hamba Allah bernama Mukmin Bin Sejati yang tinggal di Kuala Lumpur (rekaan semata-mata... keserupaan hanyalah kebetulan).
Penghujung Malam (+/- 5.40 Pagi)
.
1. Bersugi
Kira2 10 minit sebelum azan Subuh mandi dan bersugi serta bersedia untuk ke masjid bersolat jamaah. Jika masih ada masa boleh makan/minum ala kadar sekadar mengikut sunnah Nabi saw yang mengoptimumkan penggunaan penghujung waktu sahur.
Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya”. (Hadis Riwayat. Abu Daud dan Ibnu Majah).
Beberapa minit sebelum Subuh minumlah segelas air masak atau lebih baik air zam-zam bagi melegakan kerongkong selepas bersugi dan membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan yang masih ada.
.
Kumandangnya Azan Subuh (+/- 5.50 pagi)
1. Solat Sunat Rawatib Sebelum Subuh (Solat Sunat Fajar)
Sabda Rasulullah saw, “Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sayyidah ‘Aisyah dalam hadis muttafaq ‘alaih menyatakan, “Tidak ada nafilah, solat sunnah, yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi Saw melebihi dua rakaat fajar.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
.
2. Solat Subuh Berjemaah
Daripada Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang keluar ke masjid pada waktu pagi atau petang, Allah swt akan sediakan kepadanya di syurga tempat berteduh pada setiap kali ia keluar.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
.
3. Membaca Al Quran
Membaca al-Quran kerana Rasulullah saw pernah bersabda, “Membaca al-Quran adalah ibadat sunat yang paling afdal.”
Bersabda Rasulullah saw, “Sesiapa membaca satu huruf kitab Allah, memperoleh satu kebajikan. Saya tidak mengatakan Alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
.
4. Berselawat
Dijelaskan Allah swt menerusi firmanNya bermaksud, “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya selawat kepada Nabi. Hai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab ayat 56).
Banyak kelebihan bagi orang yang berselawat kepada Rasulullah saw. Allah swt akan menunaikan segala hajatnya, menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjatnya dan memperolehi syafaat Rasulullah saw pada hari kiamat.
Rasulullah saw bersabda, ”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).
“Sesiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).
”Orang bakhil ialah bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmizi).
.
Syuruk (+/- 7.15 pagi)
Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah swt hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. (Pada hari cuti/jika berada di Mekah/Madinah bagi urusan umrah. Hari bekerja sukar sedikit kerana urusan anak2 dan perjalanan ke pejabat mencari rezeki.. Namun andai kata trap in the jam.. boleh juga dibacakan)
.
2. Berwirid Sehingga Terbit Matahari
Kita juga boleh bertasbih, bertahmid, beristighfar, berselawat dan berdoa.
Sabda Rasulullah saw, “Para malaikat berselawat bagi setiap orang yang selesai solat dan masih ia tetap di tempat solatnya itu. Malaikat pun berdoa: “Ya Allah, berikanlah kepadanya rahmat dan keampunan-Mu.…” begitulah keadaannya selama mana orang itu tidak batal wuduknya atau ia keluar dari masjid.” (Hadis Riwayat Muslim.)
.
.
Isyraq (+/- 7.30 pagi)Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa bermaksud,
"Segala pujian bagi Allah yang telah memberikan kami hari ini dan tidak memusnahkan kami kerana dosa-dosa yang dilakukan."
.
2. Solat Sunat Isyraq
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari. (Dilakukan juga pada hari cuti)
Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)
.
.
Pagi (+/- 7.55 pagi)
Setiap pekerjaan yang baik adalah suatu ibadah. Walau bagaimana pun sewaktu belajar/ berkerja hendaklah diniatkan sebagai ibadah dan berkhidmatlah dengan sebaik atau seikhlas mungkin.
.
2. Solat Sunat Dhuha (+/- 10.00 Pagi)
Waktu rehat pagi boleh diguna melakukan solat sunat ini…
Rasulullah saw bersabda, “Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang yang bertaubat.”
Daripada Abu Dzar ra, Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
3. Membaca Al QuranTips Khatam Membaca 30 Juzuk Al Quran:
Baca sedikit tetapi selalu. Satu juzuk selalunya mengandungi 20 mukasurat; Jadi dilakukan pembacaan seperti berikut:
- Bacalah 4 mukasurat selepas Subuh (20 minit)
- Bacalah 4 mukasurat selepas Zuhur (20 minit)
- Bacalah 4 mukasurat selepas Asar (20 minit)
- Bacalah 2 mukasurat selepas Maghrib (10 minit)
- Bacalah 6 mukasurat selepas Tarawih (30 minit)
Tengahari (+/-1.00 petang)
Waktu rehat tengahari boleh diguna melakukan pelbagai ibadah termasuk qailullah, membaca Al Quran, tazkirah dan solat…
1. Qailullah
Qailullah ialah tidur sebentar sebelum masuk waktu solat Zuhur; dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit. Tidur ini disunatkan sebagai memudahkan untuk bangun menunaikan solat sunat di tengah malam. Jika tidak berniat untuk bangun pada tengah malam maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada tidur tersebut.
Rasulullah saw bersabda, “Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.” Hadis Riwayat Ibnu Abbas.
Khalifah Umar bin Khattab pernah mengingatkan agar tidak terlalu banyak tidur; “Sekiranya kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak masyarakat; jika kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah.” Berpada2la tidur seketika disiangnya (bukan sepanjang hari) walaupun pada musim panas atau bulan Ramadan.
.
2. Solat Sunat Rawatib Sebelum Zuhur (1.30 Petang)
Dari Ibnu Umar ra berkata, “Aku menjaga 10 rakaat dari nabi saw: 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas solat Maghrib, 2 rakaat selepas solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (Hadis Riwyat Muttafaqun ‘alaihi)
.
3. Solat Fardu Zuhur
Sabda Rasullullah saw,
“1. Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
2. Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
3. Solat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersolat Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
4. Solat Isyak itu ialah solat yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
5. Solat Subuh adalah sebelum terbit matahari.Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.”
Daripada kitab Durratun Nasihin, Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa solat lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah): Pertama dia tidak ditimpa kefakiran di dunia. Kedua, Allah swt membebaskannya daripada seksa kubur. Ketiga, dia akan menerima kitab amal dengan tangan kanan. Keempat, dia akan melalui jambatan (siratulmustakim) seperti kilat menyambar dan kelima, Allah swt memasukkannya ke dalam syurga tanpa hisab dan seksa.”
.
4. Solat Sunat Rawatib Selepas Zuhur
Daripada Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan ra, katanya, “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tiada seorang hamba pun yang Muslim yang bersolat kerana Allah Ta’ala setiap hari dua belas rakaat sebagai solat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didirikanlah sebuah rumah dalam syurga.” (Riwayat Muslim)
.
.
Petang – (4.45 petang)
.
1. Solat Asar2. Membaca Al-Ma’thurat
.
3. Menyediakan Bahan Berbuka dan Bersahur
Rasulullah saw sering menggalakkan umat Islam menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa meskipun dengan hanya beberapa biji tamar atau segelas air.
Sabda Baginda saw, “Sesiapa yang menjamu orang yang puasa akan mendapatkan pahala seperti pahalanya orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, bn Mâjah, Ibn Hibban dan dishahih kan oleh Imam Tirmidzi)
.
Maghrib – (7.30 malam)
Rasulullah saw mengisi perut dengan sedikit makanan seperti kurma dan air saja, setelah itu Baginda saw melaksanakan solat Maghrib. Jika makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan solat dahulu.
Disunatkan berbuka dengan tiga butir kurma dan segelas air. Anas bin Malik berkata, “Rasulullah saw berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab (buah kurma ranum). Jika tiada rutab, Baginda akan berbuka dengan tamar (kurma kering) dan jika tiada tamar, Baginda minum beberapa teguk air.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
.
2. Memperbanyakkan Doa
Disarankan berdoa apa saja yang dihajati sewaktu berbuka kerana ia antara waktu yang mustajab (makbul) berdoa. Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas mereka yang bersahur.” – (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Ibn Umar).
.
3. Solat Fardhu Maghrib Berjemaah
.
4. Solat Sunat Rawatib Selepas Maghrib
Sabda Nabi saw, “Sesiapa solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah ia solat separuh malam dan sesiapa yang menghadiri solat Isyak dan Subuh berjemaah, maka seolah-olah ia telah beribadat sepanjang malam.” (Hadis Riwayat Muslim)
.
2. Solat Sunat Rawatib Selepas Isyak
Daripada Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:“Tiada seorang hamba pun yang Muslim yang bersolat kerana Allah Ta’ala setiap hari dua belas rakaat sebagai solat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didirikanlah sebuah rumah dalam syurga.” (Riwayat Muslim)
.
3. Tarawih dan Witir Berjemaah
Dalam bulan Ramadhan ini, menunaikan solat tarawih sudah dikira sebagai qiamullail. Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang bangun (qiamullail) pada bulan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan akan diampun dosanya yang terdahulu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
.
4. Tadarus Al Quran dan Tadabbur Maknanya.
Disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda, “Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah dari rumah Allah (masjid) yang membaca al-Quran dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, dikelilingi malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisiNya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah saw bersabda, “Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Hadis Riwayat Abu Umamah dan Muslim)
.
2/3 Malam = (10.30 malam).1. Berdoa dan Berniat
Berdoa sebelum tidur sambil berniat untuk bangun awal di samping berniat puasa untuk hari esok.
Doa Sebelum Tidur
اَللَّهُمَّ أَنْتَ خَلَقْتَ نَفْسِىْ وَأَنْتَ تَتَوَفَّاهَا. لَكَ مَمَا تُهَا وَمَحْيَاهَا، إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا، وَإِنْ أَمَتَّهَا فَاغْفِرْلَهَا. اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ.
Ya Allah! Dikaulah yang menciptakan diriku dan Dikaulah juga yang mematikannya. UntukMulah kematian dan kehidupan diriku. Oleh kerana itu, apabila Dikau menghidupkannya, maka Dikau jagakanlah ia dan apabila Dikau mematikannya, Dikau ampunilah ia. Ya Allah daku memohon kesejahteraan dariMu.
.
Ketika mahu melelapkan mata, Baginda saw meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya dan sekali lagi berdoa:
بِاسْمِكَ اَللَّهُمَّ أََحْيَا وَأَمُوتُ. اَللَّهُمَّ قِنِىْ عَذَابِكَ يَوْمَ تُبْعَثُ عِبَادَكَ.
Dengan namaMu ya Allah, daku hidup dan daku mati. Ya Allah! Peliharalah daku daripada azabMu pada hari Dikau bangkitkan semua hambaMu.
.
2. Tidur (apa lagi zzzz)
Tidur berpatutan adalah ibadah. Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari-hari dibahagikan kepada tiga iaitu:
- Lapan jam untuk taat dan beribadat kepada Allah,
- Lapan jam untuk bekerja dan mencari nafkah,
- Lapan jam lagi untuk beristirehat dan tidur.
Sebagaimana Firman Allah swt, “Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajud dan amal-amal soleh); mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah As Sajdah ayat 16)
1/3 Akhir Malam (+/- 2.30 pagi)
.
1. Qiamullail
Dalam waktu 1/3 akhir malam, iaitu antara jam 2.30 pagi hingga terbit fajar, adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah swt ke bumi. Waktu ini amat sesuai untuk Qiamullail iaitu melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah swt.
Orang yang mengamalkan qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka. Nabi saw bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (Hadis Riwayat; Muslim)
Yang penting dalam Islam ialah melakukan ibadat itu biar sedikit tetapi istiqamah dibuat berterusan dan falsafah sebalik qiamullail adalah sifat ikhlas kita beribadat seorang diri pada waktu orang lain nyenyak tidur di tilam yang empuk.
.
2. Solat sunat yang didirikan ialah:
.
a) Solat Sunat Tahajjud“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Surah Al-Isra’ ayat 79)
Dari Ubadah bin Shamit ra dari Rasulullah saw, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengucap “Tiada Tuhan selain Allah. Tidak ada sekutu baginya. Dia Pemilik Kerajaan dan segala puji hanya untukNya. Dia Maha Kuasa. Segala pujian hanya untuk Allah. Segala Keagungan hanya untuk Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Tiada daya dan kuasa kecuali dengan izin Allah.” Kemudian mengatakan “”Ya Allah Ampunkan Kami” atau berdoa kepada Allah, maka doanya akan dikabulkan dan apabila dia berwudhuk dan mengerjakan solat malam (tahajjud), maka solatnya akan diterima.” (Hadis Riwayat Bukhari).
..
b) Solat Sunat Taubat
Bertujuan untuk bertaubat dengan sebenar-benar taubat kepada Allah swt menyesal dan tidak akan mengulangi dosa yang disesalkan itu lagi. Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda, “ Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap malam hingga ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku ampunkan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
.
.
c) Solat Sunat Istikharah
Solat ini dilakukan tidak terhad kepada urusan perjodohan sahaja tetapi dalam skop yang lebih luas adalah untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam memutuskan tindakan yang terbaik dan kelancaran urusan seharian.
.
.
d) Solat Sunat Tasbih
Rasulullah saw pernah bersabda, “Kalau boleh didirikan setiap malam, kalau tidak boleh, seminggu sekali, kalau tidak boleh sebulan sekali, kalau tidak pun setahun sekali, paling2 tidak sekali seumur hidup.” Allah menjanjikan keampunan dosa yang lalu dan akan datang untuk mereka yang mengerjakan solat ini.
.
.
e) Solat Sunat Hajat
Rasulullah saw bersabda. “Sesiapa yang mempunyai hajat dari Allah swt atau daripada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat.” (Riwayat At-Tarmizi)
.
f) Solat Sunat Witir
Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah saw dari Abu Hurairah: “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah saw berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua rakaat dhuha dan witir sebelum tidur.”
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah swt. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
.
1/3 Akhir Malam (5.30 pagiI)
.
1. Bersahur
Rasulullah saw bersabda;“Seelok-elok sahur seorang mukmin itu ialah dengan buah tamar.” – (Hadis Riwayat Ibn Hibban).
Anas bin Malik ra berkata telah bersabda Rasulullah saw, “Sahurlah kamu sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya.” (Hadis Riwayat Muslim).
“Semua sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun di antara kamu hanya meneguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat atas orang-orang yang melakukan sahur.” (Hadis Riwayat Ahmad, dan al-Mundziri)
Sementara menanti masuk Subuh, membaca al-Quran kerana Rasulullah saw pernah bersabda, “Membaca al-Quran adalah ibadat sunat yang paling afdal.”
Anas meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit: “Kami telah bersahur bersama-sama dengan Nabi, kemudian Baginda bangun untuk mengerjakan solat. Aku (Anas) bertanya, berapa lama tempoh antara azan dengan sahur itu? Zaid menjawab sekadar bacaan 50 ayat al-Quran.”
Waktu Lapang/Selingan.
1. Berzikir Dan Beristighafar
2. Menghadiri Majlis Ilmu/Membaca Buku-buku Ilmiah
3. Beriktikaf di Masjid atau Surau
Iktikaf adalah amalan baik yang amat disunatkan kepada umat Islam melakukannya. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Maksud iktikaf ialah mendampingi masjid, bertujuan untuk membersihkan hati dengan mengingati Allah swt dan taqarrub (berdamping) dengan Allah swt Yang Maha Pencipta dengan hati yang ikhlas.
4. Bersedekah
Rasulullah saw bersabda, “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
.
Penutup
Ramadhan ialah bulan ibadah, barakah dan makfirah. Rebutlah peluang Ramadhan yang ada kerana belum tentu kita akan bertemunya lagi pada masa akan datang. Moga-moga kita dapat mengecapi nikmat Lailatul Qadar dan Rahmat Allah Yang Maha Khaliq pada Ramadhan tahun ini . Aaamiiiin!
Wallahualam
.
Penghagaan Shafiqolbu
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
ReplyDeleteSatu perkongsian menarik mengenai bulan Ramadhan. Jemput ke blog saya untuk membaca mengenai Amalan Selepas Solat Subuh di Bulan Ramadhan. Jalalboy