Assalam alaik...
Bismillah..
Bagaimana posa hari ini?..Alhamdulillah cuaca pun tak berapa panas highway x brapa banyak keta(so bo pecut maut).. n berbuka pun ala kadar..seronok menyuapkan anak2 makan semasa berbuka.. Mereka akan datang sendiri kepada kita meminta dan memberi kasih sayang...hilang penat seharian di pejabat.. Mungkin inilah rezeki yang Allah swt kurniakan kepada saya.. kasih sayang tak berbelah bagi anak2.. priceless tu.. diganti sejibik rumah agam dan Lamborghini pun x mau teerima...apa pun syukur alhamdulillah..
Sebenarnya awal pagi di pejabat terasa seperti dipergunakan.. mentang2lah awak bos dan fulan plak baik dgn bos..hmm bila tak menang tangan baru cari orang lain.. boleh memilih plak tuh..entahlah.. Allah swt Maha Mengetahui.. ku setuju membantu kerana ia berkaitan majlis ilmu.. Biarlah tak perlu egoo NEMO tak perlu iri hati dan simpan dendam... Yakin pada ketentuanNya..
Usai solat Maghrib..masa diisi dengan bacaan ayat suci kalamullah.. Surah AMaidah..azam menghabiskannya alhamdulillah dan sedikit bacaan surah berikutnya.. Sedang membaca datang si anak memberitahu, "Ustazah kata elok mengaji mengadap kiblat mama".."Benar" kataku dan menyambung, " tadi memang ngadap kiblat tapi mata mama tak nampak sebab tu terpaksa berpusing sedikit utk kecerahan".. anak terdiam..
Apapun, penglihatan ni semakin kabur(rabun dekat) tapi yang jauh pun tak sehebat dulu... mungkin dalam banyak2 nikmat kurniaanNya pada diri yang ini diambil kembali,, Hatta diri x mempubyai apa2.. sumenya yang ada termasuk penglihatan pendengaran dan kesihatan badan serta kesejahteraan jiwa milikNya jua.. dengan izinNua kita dilahirkan ke dunia cukup masa Dia pasti mendapat kembali hakNya
No comments:
Post a Comment