Pages

Kelopak mawar

Friday, July 26, 2013

Malam 7 Likur

Assalam..

Bismillah..

Malam 7 Likur...

Itu terma orang Melayu yang kaya dan seni dengan adat budayanya...
x maulah.. saya nak citer persiapan menjelang hadirnya 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.. Sebenarnya banyak blog dah tulis pasal ni.. sekadar perkongsian ilmu.. mana tahu blog lelain yang dicari x jumpa tapi tejumpa plak blog saya..^winl*

Ada yang mengatakan bulan Ramadhan ini dibahagikan kepada 3 tahap iaitu
10 hari pertama ramadhan ialah rahmat
10 hari kedua ramadhan ialahj keampunan (kita kat sini lah sekarang nih.. mohon ampun banyak2)
dan 10 hari terakhir ramadhan ialah pelepasan dr api neraka (peluang keemasan nih.. sebab ramai manusia tengah sibuk buat persiapan raya sopping sampai kol 2/3 pagi kat pasar2 malam as I call it.. sanggup terbeliak mata.. hehe cakap kat diri juga..tapi Qiam.. adoiii liat mata ni nak buka) 

“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Apa azam saya?

1. Set alarm clock pukul 2.00 pagi. then kol 2:15 next 2:30.. kalau x bangun juga sahlah minah ni banyak dosa. Nanti nak pakai alarm sound lagu Maher Zain (You're The One 4 Me tu... takut makin lena lah plak- yang penting niat^^). 

2. Bauh muka cuci muci apa yang wajib dan harus.. Jangan lupa wudu'...proses penyegaran diri dan penyucian rohani - ni bukan k Ani tau...

3. Dirikan Solat Sunat Tahajjud 2 rakaat cukuplah - banyak rakaat pun tak guna kalau setakat naik turun je.. 2 cukup asalkan dapat buat sekhusyuk yang boleh... ini adalah antara hadiah yang boleh kita beri padaNya selain zikrullah berbanding luasnya rahmatNya yang telah dikurniakan kepada kita. Subhanallah solat itu amat berat kecuali bagi mereka yang khusyuk.. hahaha cabaran tuh....

4. Solat sunat Taubat - penting nih setiap saat tanpa kita sedari kita terdedah dengan perbuatan dosa.. sebab tu kalau susah sangat nak istigfar yelah azali manusia asal ada peluang je suka bercakap..cu komunikasi tu transfer factor kan ke zikrullah .dia ucap alhamdulillah si fulan plak Allahuakbar si B ucap astagfirullah etc cukup 5 orang.. kan bagus tuh ... apapun semoga kita dapat bertaubat dengan sebenar-benarnya dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan perintah Allah swt seikhlasnya dan meninggalkan laranganNya.

5. Solat Sunat Hajat - ni kalau ada hajatla.optional. saya bukan tak nak atau sombong..tapi segan,, banyak sangat hajat padaNya.. saya menyerahkan /bertawakal padaNya agar saya tetap dijalanNya.. dan lagi satu saya takut bila hajat tidak tertunai saya kecewa dan putus asa.. sebab saya yakin Allah swt berikan yang terbaik buat hambaNya,, yang saya hajati mungkin desakan hawa nafsu atau bisikan halus syaitan yang suka menyesatkan kita tanpa kita sedari..

6. Mengaji Al-Quran, Tafsir Zikir: Tasbih, Tahmid, Istigfar, Selawat dan Doa.

7. Ahaaa.. by this time dah time untuk persiapan bersahur dan menikmati sahur hingga azan Subuh...Yes,  in syaa Allah... susah ke?.. ada 7 je.. masih cukup dibilang dan dihafal menggunakan 10 jari jemari ni.. Selamat berusaha menuju syurga Rayyan meninggalkan Jahannam..



No comments:

Post a Comment