Pages

Kelopak mawar

Monday, September 30, 2013

What!... Sakitnya...

 Oh Dear...



Aaamiiiinnnn...

Mana Perginya Hatiku?

" Carilah hatimu di 3 tempat.....
Carilah hatimu sewaktu membaca AlQuran

Andai tidak ditemui carilah hatimu ketika mengerjakan solat

Andai tidak jua ketemui carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati masa lalu mati..

Andai tidak juga menemuinya berdoalah kepada Allah swt mintalah kepadaNya hati yang baru
kerana hakikatnya saat itu dirimu tidak lagi mempunyai hati.."

(Imam AlGhazali)

Sebab tu kena selalu dan disuruh (dah jadi wajibnih) berhati-hati selalu.. hah kan dah hilang.. padan muka.. leka sangat dengan kenikmatan duniawi...

Sang Kakala

Assalam alaik..

Bismillah..

Huhh(Mode mengeluh)... ermm menyingkap kelemahan diri .. kenapa mudah sangat diri ini bersangka-sangka.. kot sangka yang baik cantik indah tak pe gak.. tapi hampir 100 persen la yang tak bagus belaka...

Nengok orang pakai baju baru... huish rasa macam menunjuk2
Lihat jiran parking sebelah keta baru... ishh tercabar gak nak rasa keta model terkini... (yang termampu je la)
Terbelalak terlihat kelibat jiran berbini baru... hehehe.. apppp... x boleh jadi.. kena lebih memerhati dan mengawasi daripada berhati2 nih..
Kawan baik masam mencuka .. mulalah kita hodoh dah tua nak merajuk2
Dah bila kawan tu senyum..kita gak kata  menyegih bak kera ketagih...

Insaf2lah diri.. takut2 nanti banyak sangat terlihat terhidu termakan (eh buleh makan ke) sangka2 beruk buruk ni hujung2nya mempercepatkan pula sangkakala tuh.. dah bersedia ke?.. hebat sangat..

Astaghfirullah...

Ku Mohon PerlindunganMu..

"Ya Allah,
Sesungguhnya daku berlindung kepadaMu
Jangan sampai daku sesat atau disesatkan (oleh syaitan atau makhluk yang berperwatakan  sepertinya)
Melakukan kesalahan atau dianggap salah
Menganiaya atau dianiayai dan
Bodoh atau diperbodohkan."
Aaamiin
(Riwayat Abu Daud)

  
 

Qiraat?.. errr Tak Tahu Tapi Akhirat Pasti..

Assalam alaik..
Bismillah..

Alhamdulillah.. diberi lagi kesempatan menulis.. oopps chhoop.. rasanya rindukan blog ni lebih.. sebab korjo masih banyak laei tak buek ni.. jap ntah lupo lak nak kiro entri brapo dah ni? banyak nar la pulak....

Korang pernah dengar ke perkataan Qiraat? punyalah jahil diri ni.. time first ..ooopps first time dengar terkebil2 gak mata.. apo ko bondo nih.. bila google baru faham.. Di sini saya paparkan serba sedikit tentang Qiraat..

Qiraat merupakan cara bacaan yang merujuk kepada ayat2 suci AlQuran. Ia kadangkala dianggap asing oleh masyarakat Melayu kerana tidak dimasyhurkan termasukla perkataan Qiraat tu sendiri.. Bila membaca AlQuran hentam kromo je lagunye. tinggi rendah stop pecut etc bawa keta lagi smooth... hukum tajwid apa ntah lagi.. pengertian lagila jauh setakat bahasa Arab tahap 1 pun belum tentu lepas lagi.. ni cakap pasal diri sendiri k.. 


Ayat2 suci Al-Quran dan Qiraat adalah suatu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga pada ilmu Tajwid. Maksudnya jika seseorang itu membaca Al-Quran tanpa atau lemah tajwidnya ia bukanlah iqra' bismi Rabb dan  mungkin tidak dikira sebagai suatu ibadat dikhuatiri ia menjadi dosa di sisi syarak andai kita tidak berusaha memperbaiki Qiraat dan Tajwidnya kalamullah ini.

Firman Allah swt bermaksud,
ِ ÙˆَرَتِّÙ„ِ الْÙ‚ُرْآنَ تَرْتِيلا
“....Bacalah Al-Quran dengan perlahan2 (dengan saksama memperhatikan dan menyebut hurufnya dengan baik dan tempat berhenti).”(Surah al-Muzammil petikan akhir ayat 4)

Entri sebelum ini saya kemukakan tentang sejarah penulisan, pengumpulan dan penyusunan surah2 Al-Quran yang mana Al-Quran diturunkan oleh Allah swt sebagai wahyuNya kepada al-Rasul melalui perantaraan Jibril as. Baginda saw menerima cara bacaan yang betul daripada Jibril mengikut kehendak Allah swt. Setelah itu Rasulullah saw mengajarkan Al-Quran kepada para sahabat sebagaimana yang diajar oleh Jibril as kepadanya.

Qiraat adalah qara’a atau jamak daripada perkataan qiraah yang bererti bacaan. Menurut istilah ilmiah, qiraat adalah satu mazhab(aliran) pengucapan Al-Quran yang dipilih oleh salah seorang Imam qurra’ sebagai suatu mazhab yang berbeza dengan mazhab lainnya. Dengan kata yang lain ia membawa maksud perbezaan-perbezaan dalam membaca Al-Quran, iaitu dari segi lafaz Al-Quran mengenai huruf-huruf dan cara mengucapkannya sama ada tebal atau nipis, panjang pendeknya dan sebagainya.

Muhammad Abdul Azim Az-Zarqani mengatakan: “Qiraat ialah suatu mazhab yang dipilih oleh imam qiraat yang mana antara satu dengan lainnya tidak sama dalam menuturkan Al-Quran.”

Muhammad Salam Muhsin mengatakan: “Qiraat adalah satu ilmu yang membahaskan tentang cara pertuturan kalimat-kalimat Al-Quran serta cara pelaksanaannya dengan menisbahkan setiap wajahnya kepada seorang Imam pakar qiraat.”

Muhammad ‘Ali Shabuni mengatakan: “Qiraat ialah suatu cara daripada beberapa cara mengucapkan Al-Quran yang masing­-masing imam itu memilih satu cara yang berbeza dengan yang lainnya dalam mengucapkan Al-Quran.”

Berdasarkan beberapa definisi tersebut di atas, dapatlah kita simpulkan qiraat adalah suatu ilmu pengetahuan mengenai cara melafazkan atau membaca ayat2 suci Al-Quran secara praktikal dengan pengucapannya yang baik dengan berpandukan kepada mazhab( Imam periwayat)  yang diakui sanadnya hingga sampai kepada Rasulullah saw. Qiraat yang dianggap mutawatir dalam pembacaan Al-Quran adalah Qiraat Sab’ah atau Qiraat Tujuh iaitu bacaan yang diriwayatkan oleh ketujuh-tujuh imam yang diakui dan disepakati oleh para ulama sebagai sahih dari Rasulullah saw. Beberapa kitab ulum Al-Quran menyebut tentang qiraat tujuh yang dianggap mutawatir oleh jumhur ulama.

Cara pengambilan atau mempelajari ilmu Qiraat ini adalah secara ‘talaqi’ iaitu berdepan dengan guru dengan memperhatikan bentuk mulut, lidah dan bibir guru ketika melafazkan ayat-ayat Al-Quran. Manakala mashaf resam ‘Uthmani hanyalah sebagai rujukan semata.

Sewaktu Khalifah ‘Uthman mengirimkan Mashaf ke wilayah, beliau turut menghantar bersama Mushaf tersebut seorang qari yang qiraatnya bersesuaian dengan mashaf yang dikirimkannya. Mereka yang dihantar terdiri daripada sahabat­-sahabat yang arif tentang bacaan Al-Quran oleh Rasulullah saw.

Di antara para sahabat tersebut ada yang menerima terus daripada Nabi hanya satu bacaan sahaja, ada pula yang menerima dua bacaan, tiga bacaan dan bahkan ada yang menerima lebih daripada itu dan kemudian mereka mengajarkan bacaan yang diterimanya tadi kepada orang yang belajar.

Di zaman sahabat, para qari dan huffaz yang terkenal adalah ‘Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ubay bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, Ibnu Mas’ud, Abu Darda’ dan Abu Musa Al-Asy’ari. Merekalah yang dihantar oleh Khalifah ‘Uthman ke wilayah Islam bersama mashaf ‘Uthmani yang telah disediakan. Hasil didikan para qari zaman sahabat diperluaskan sehingga muncul pakar qiraat generasi tabiin, di serata wilayah Islam di antaranya:

i. Di Mekah – Qari-Qari’ yang tinggal di Mekah antaranya ialah Ubaid bin Umair, Atak Tawus, Mujahid, Ikrimah dan Ibnu Malikah

ii. Di Madinah – Qari-Qari yang tinggal di Madinah antaranya ialah Ibnu Musayyab, Urwah, Salim, Umar bin Abdul Aziz, Sulaiman, Ibnu Yasar, Mu’ad bin Haris (Mu’ad AI-Qari’), Abdurrahman bin Hurmuz, Ibnu AI-A’raj, Muslim bin Jundub dan Sa’id bin Aslam.

iii. Di Basrah terdapat para qari masyhur antaranya Amir bin Abdul Qais, Abu ‘Aliyah, Abu Raja’, Nasr bin Ashim, Yahya bin Ya’mar, Mu’adz, Jabir bin Zaid, Al-Hasan Ibnu Sirin dan Qatadah.

iv. Di Kufah – Di kota Kufah pula terdapat qari-’qari’ antaranya Al-Qamah, AI-Aswad, Masruq, Ubaid, Amr bin Syarkhabil, Al-Haris bin Qais, Rabi’ bin Khatim, ‘Amru b. Maimun, Abdurrahman Assulami, Zar bin Khubais, Ubaid bin Mudhailah, Abu Zar’ah dan Ibnu Asy-Sya’bi.

v. Di Syam – terdapat juga ramai qari yang mahir antaranya AI-Mughirah bin Abi Syaibah Almakhzumi. Beliau termasuk salah seorang murid ‘Uthman bin Affan. Khalid bin Sa’id, salah seorang murid Abu Darda’.

Hasil didikan daripada generasi tabiin, maka ramailah orang yang cenderung dan berminat serta prihatin tentang qiraat. Mereka menumpukan perhatian terhadap ilmu qiraat, sehingga di beberapa kota besar terdapat pula pakar-pakar qiraat dari generasi ini. Umpamanya di Mekah terdapat Imam Ibnu Kathir, yang menjadi salah seorang imam qiraat. Hamid bin Qais Al-A’raj dan Muhammad bin Muhaisin. Di Madinah pula terdapat nama-nama seperti Abu Jaafar Yazid bin Yakkub, Syaibah bin An-Nasah dan Nafi’ bin Nu’im (salah seorang imam qiraat). Di Kufah nama-nama yang termasyhur adalah Yahya bin Wathab, ‘Asim bin Abi Nujdud, Hamzah dan Kisa’i. Tiga nama yang terakhir itu termasuk imam Qiraat yang tujuh. Manakala para qari yang tinggal di Basrah ialah Abdullah bin Abu Ishak, Isa bin Umar, Abu Amir bin Al-A’la (salah seorang imam qiraat), Asim bin Jahdari dan Yakkub bin Al-Hadrami. Di Syam pula tercatat nama-nama yang masyhur antaranya Abdullah bin Amir (salah seorang imam qiraat), Atiyah bin Qais Al-Kilabi, Ismail bin Abdullah bin Muhajir, Yahya bin Haris dan Syuraikh bin Yazid Al-Hadrami.

Bagi mengelakkan lebih banyak kekeliruan daripada berbagai Qiraat yang merujuk sanad akhirnya Muhammad saw, dirumuskan tiga syarat bagi setiap qiraat yang dianggap betul daripada Rasulullah saw:-.

~ Sanadnya Yang Sahih – suatu bacaan dianggap sahih sanadnya apabila ia diterima daripada salah seorang imam atau guru yang jelas, tertib, tidak ada cacat dan sanadnya bersambung hingga kepada Rasulullah saw.

~ Sesuai Dengan Resam ‘Uthmani – suatu qiraat dianggap sahih apabila sesuai dengan salah satu Mashaf ‘Uthmani yang dikirimkan ke wilayah Islam kerana ia mencakupi sab’atu ahruf.

~ Sesuai dengan tata bahasa Arab – syarat terakhir ini tidak berlaku sepenuhnya, sebab ada sebahagian bacaan yang tidak sesuai dengan tata bahasa Arab, namun kerana sanadnya sahih dan mutawatir maka qiraatnya dianggap sahih.

Ilmu qiraat dan ALQuran yang dulunya diwarisi secara mulut ke mulut mulai ditulis dan dibukukan untuk menjadi tatapan generasi mendatang. Sejarah mencatatkan Abu Ubaid Al-Qasim bin Salam, Abu Khatim As-Sajistani, Abu Jaafar At-Tabari dan Ismail Al-Qadhi adalah antara para ulama qiraat yang mula-mula merintis pembukuan ilmu Qiraat Al-Quran. Melalui pembukuan tersebut, para ilmuwan terkemudian dapat membuat kajian dan kemudiannya mereka telah mengemaskinikan pembukuan ilmu qiraat untuk lebih mudah  dan diminati ramai. Di antara mereka ada yang menyusunnya dalam bentuk prosa dan ada pula yang berbentuk syair agar mudah dihafal. Orang yang terbabit dengan usaha tersebut antaranya ialah Imam Ad-Dani dan Al-Syatibi.

Pada peringkat awal pembukuan ilmu qiraat yang dirintis oleh Ibnu Ubaid Al-Qasim, Abu Khatim As-Sajistani, Abu Ja’afar dan para imam tersebut di atas, mereka hanya mengangkat sejumlah qiraat yang banyak ke dalam karangan ­mereka. Hanya pada abad kedua Hijrah orang mulai tertarik kepada qiraat atau bacaan beberapa imam yang mereka kenali. Umpamanya di Basrah orang tertarik terhadap qiraat Imam ‘Amr bin Yakkub. Sementara di Kufah, orang ramai tertarik pada bacaan Hamzah dan ‘Asim. Di Syam orang tertarik pada qiraat Ibnu ‘Amir. Di Mekah pula ramai orang tertarik pada qiraat Ibnu Kathir manakala di Madinah orang tertarik pada qiraat Imam Nafi’.

Di penghujung abad ketiga Hijrah, Ibnu Mujahid mencetuskan istilah Qiraah Sab’ah atau Qiraat Tujuh, dimaksudkan kepada tujuh macam qiraat yang dipopularkan oleh tujuh imam qiraat tersebut. Mereka (para perawi) membatasi hanya pada qiraat yang sesuai dengan mashaf yang mudah dihafal dan mudah menurut bacaan Al-Quran. Imam Qiraat ini adalah terdiri daripada orang yang dikenali boleh dipercayai, jujur, lama dalam menekuni qiraat dan qiraatnya pun disepakati untuk dijadikan rujukan. Periwayat-periwayat imam tujuh yang masyhur ialah:
Qalun dan Warsy, meriwayatkan daripada Imam Nafi.’
Qambul dan Al-Bazzi, meriwayatkan qiraat daripada Ibnu Kathir.
Ad-Duri dan Susi, meriwayatkan qiraat dari Imam Abu Amr.
Syukbah dan Hafas, meriwayatkan qiraat dari Imam Asim.
Kholafi dan Khollad, meriwayatkan qiraat dari Imam Hamzah.
Hisyam dan Dzakwan, meriwayatkan qiraat dari Imam Ibnu Amir.
Abdul Haris dan Duri meriwayatkan qiraat dari Imam Ali Kisa’i.


Bacaan imam tujuh dipopularkan oleh para perawi yang tertarik terhadap bacaan masing­-masing. Jumlah para perawi bagi setiap imam adalah banyak, tetapi dalam pembukuan ilmu Qiraat hanya dua orang perawi terkenal sahaja yang digandingkan dengan setiap imam. Dengan demikian masing­-masing imam qiraat itu ada dua orang perawi di belakangnya yang menyebar luaskan qiraatnya.

Berkaitan dengan peringkat qiraat, para ulama telah membahagikan pada enam tingkatan iaitu Qiraat Mutawatir, Qiraat Masyhur, Qiraat Ahad, Qiraat Syaz, Qiraat Maudhu’ dan Qiraat Mudraj.

i) Qiraat Mutawatir
Qiraat Mutawatir adalah qiraat yang diriwayatkan oleh orang ramai yang tidak mungkin mereka berdusta. Para ulama mahupun para ahli hukum Islam telah sepakat bahawa qiraat yang berkedudukan Mutawatir adalah qiraat yang sah dan rasmi sebagai qiraat Al-Quran. Ia sah dibaca di luar dan di waktu solat dan qiraat ini juga yang dijadikan pedoman bagi sumber penetapan hukum.

ii) Qiraat Masyhur
Qiraat masyhur adalah qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak sampai pada peringkat Mutawatir, dan sesuai dengan kaedah bahasa Arab serta sesuai pula dengan resam ‘Uthmani. Juga masyhur di kalangan para qurra’ dan tidak terdapat cacat.

Daripada definisi di atas dapat difahami bahawa qiraat yang dianggap masyhur adalah qiraat yang sanadnya sahih tetapi bilangan perawinya tidak sebanyak qiraat Mutawatir. Perawinya memenuhi syarat jujur, adil dan kuat hafalannya. Selain itu juga mesti sesuai dengan kaedah bahasa Arab dan sesuai pula dengan mashaf yang dikumpulkan Khalifah ‘Uthman bin Affan. Qiraat Masyhur ini tidak terdapat cacat sedikit pun dan wajib diakui sebagai Al-Quran dan tidak boleh dimungkiri. Contoh qiraat Masyhur ini adalah qiraat yang dipopularkan oleh Abu Ja’afar bin Qakqak dan Yakkub Al-Hdharami.

iii) Qiraat Ahad
Qiraat Ahad ialah qiraat yang sah sanadnya, tetapi menyalahi atau tidak sesuai dengan resam ‘Uthmani dan kaedah bahasa Arab atau tidak masyhur sebagaimana dua qiraat yang tersebut di atas. Qiraat Ahad ini pada dasarnya sanadnya benar tetapi tidak sesuai dengan tulisan yang dibacanya, tidak sesuai dengan kaedah bahasa ‘Arab, dan tidak meluas seperti qiraat pertama dan kedua. Qiraat ini tidak digunakan untuk membaca Al-Quran dan tidak boleh diyakini kebenarannya. Contohnya ayat 26 surah al-Rahman, perkataan ‘rafrafin’ dibaca ‘rafarifa’ dan ‘wa’abqoriyyin’ dibaca dengan ‘wa’abaqiriyya’.

iv) Qiraat Syaz
Qiraat syaz ialah bacaan yang sanadnya tidak sah. Contoh qiraat syaz ini adalah bacaan Ibnu Syumaifa’ dalam membaca firman Allah surah Yunus, ayat 26 apabila kalimah-kalimah ‘nunajjika’ dibaca sebagai ‘nunahhika’ (huruf jim dibaca ha) dan ‘kholfaka’ dibaca sebagai ‘kholafaka’(huruf lam difathahkan).
Bacaan tersebut diriwayatkan oleh Hakim daripada ‘Asim bin Al-Jahdari daripada Al-Barkah, katanya dia mendengar Rasulullah membaca sedemikian.

v) Qiraat Maudhu’ (palsu)
Qiraat Maudhu’ adalah qiraat yang dibangsakan kepada yang mengatakannya tanpa diketahui asalnya. Jadi qiraat ini dibuat-buat dengan menyandarkan kepada seseorang tanpa diketahui dan tidak memiliki sanad ataupun rawi. Contohnya qiraat Imam Muhammad bin Ja’afar Al-­Khuza’i (Abdul Fadhal Muhammad bin Ja’afar) dalam membaca firman Allah s. w. t. dalam surah Fatir, ayat 28 dengan membaris depan perkataan Allah daripada ‘Allaha’ kepada ‘Allahu’ dan memfathahkan perkataan ulama daripada ‘al-‘ulama-u’ menjadi ‘al-‘ulama-a’.

vi) Qiraat Mudraj
Qiraat Mudraj adalah bacaan yang ditokok tambah dengan kalimah-kalimah lain sebagai tafsiran. Dalam qiraat ini lafaz-lafaz atau ayat-ayat Al-Quran ditokok tambah dengan lafaz lain yang tujuannya untuk memperjelas maksud Al-Quran. Dengan demikian ayat-ayat yang dibaca bertambah daripada yang sebenarnya. Maka bagi orang awam sukarlah untuk membezakan yang mana ayat Al-Quran dan yang mana tokok tambahnya atau pentafsirannya. Contohnya seperti qiraat Sa’ad bin Abi Waqas dalam membaca firman Allah surah An-Nisa’, ayat 12 iaitu dengan menambahkan lafaz ‘min ummin’ selepas kalimah ‘ukhtun’.

Demikianlah huraian ringkas tentang pelbagai qiraat, sehingga dengan demikian seorang ahli qiraat di samping hafal bermacam-macam qiraat, dituntut juga agar mampu membuktikan kebenaran qiraatnya.

Perlu juga diketahui sanad-sanad perawi qiraat ada yang melalui wasitah yakni orang yang menjadi penghubung/penyambung sanad antara perawi dengan imamnya, hanya mereka yang menjadi penghubung ini namanya tidak masyhur sebagai perawi qiraat.

Ada perawi yang terus belajar dengan imamnya tanpa melalui perantaraan orang lain, biasanya mereka masih sempat atau pernah hidup sezaman dengan imamnya:-
· Kedua-dua perawi Imam Nafi’, iaitu Qalun dan Warasy, mereka mendapat sanad qiraat dari Imamnya dengan bertalaqqi (musyafahah) terus.
· Perawi Imam Asim iaitu Syu’bah dan Hafash.
· Perawi Imam Ali Kisa’i, iaitu Abdul Harith dan Duri Ali.

Sementara itu, perawi-perawi yang terdapat wasitah dengan imamnya ialah:-
· Kedua-dua perawi Ibnu Kathir, iaitu Bazzi dan Qanbul. Bazzi mendapat sanad qiraat dari Ibnu Kathir melalui wasitah dua orang iaitu Syibl dan Ikrimah, manakala Qanbul mendapat sanad melalui lima orang iaitu Ahmad Al-Qowas, Abi Al-Ajrit, Ismail, Syibl dan Ma’ruf.
· Dua perawi Imam Abu Amr, iaitu Duri dan Susi, masing-masing mendapat sanad daripada imamnya melalui seorang wasitah iaitu Yahya Al­-Yazidi.
· Kedua-dua perawi Imam Ibnu Amir, iaitu Hisyam dan Ibnu Dzakwan. Hisyam mendapatkan sanad dari imamnya melalui dua orang wasitah iaitu ‘Arok Al-Marwazi dan Yahya Adh-Dhamari. Sedangkan Ibnu Dzakwan mendapat sanad daripada imamnya melalui dua orang wasitah pula iaitu Ayyub At-Tamimi dan Yahya Adh-Dhamari.
· Kedua-dua perawi Imam Hamzah, iaitu Kholaf dan Khollad, masing-masing mendapat sanad bacaan Al-Quran daripada imamnya melalui seorang wasitah iaitu Salim.

Ringkasnya:

1. Ilmu adalah Qiraat @ Qiraat adalah ilmu.. (Kata jama' yang berasal dari perkataan Qira'ah yang bermaksud bentuk kalimah al-Quran yang dibaca)

2. Ilmu yang mengenalpasti kaedah sebutan bagi kalimah al-Quran dan cara menyempurnakannya bersandarkan bentuk penyampaiannya

3. Hukum mempelajarinya Fardu Kifayah

4. Sumber Ilmu Qiraat: nukilan dari ulama Qiraat daripada hadis yang sahih dan sanadnya mutawatir kepada Rasulullah saw.

Wallahualam...Sebarang kesilapan adalah kelemahan saya.Harap maaf..

penghargaan: jalanakhirat.wordpress.com

SPA

   Ini bukannya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam k!

Assalam alaik..

Bismillah...

Alhamdulillah masih survive.. selama 2 hari ni mengunjungi ala2 'spa'.. memula spa 'pengurusan' diikuti hari ni spa 'penyelenggaraan'.. tempat berasingan ni...persamaannya.. perasaan 'sakitttt' telah sebati.. kedua2nya sakit.. kedua2nya berkesan walau tujuan tidak sama.. tapi saling melengkapi..

Bila dah bekerja sekali sekala perlu juga cekononnya 'pamper' diri kan.. ingatkan sangat la 'relxing'.. tahu2.. sakitttt.. dan masih sakit lagi...tapi puas hati.. demi keazaman menurunkan lagi beberapa kg secara perlahan2.. in syaa Allah akan tervapai...

Lepas ni kena monitor kesihatan plak.. kekurangan protein kolestrol tinggi rabun diabetis... itulah kehilangan nikmatNya yang sangat terasa....namun tetap bersyukur padaNya sebab banyak lagi kurniaan dan anugerahNya yang sedang kunikmati...

Time for this beauty snow choc untuk beradu...ngantuk dah,,

Assalam.. Jumpa lagi esok in syaa Allah...