Surah Makkiyah ini mengandungi 5 ayat 25 kalimat dan 74 huruf diturunkan sesudah surah Al Fiil. Nama Al Falaq diambil dari kata Al Falaq yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang ertinya waktu subuh. Diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tirmizi dan An Nasa-i dari 'Uqbah bin 'Aamir bahawa Rasulullah saw bersembahyang dengan membaca surah Al Falaq dan surah An Naas dalam perjalanan. Asas kandungan surah ini memerintahkan kita berlindung kepada Allah swt dari segala macam kejahatan
Asbabun Nuzul (Sebab Turunnya Ayat Ini). Dalam suatu riwayat Astaa'labi berkata, Ibn Abbas dan A'isyah ra keduanya berkata, "Dahulu ada seorang pemuda yahudi melayani Nabi saw lalu diminta padanya oleh orang Yahudi untuk mengambilkan sikit dan rambut bekas sikatan Nabi saw dan beberapa gigi sikatnya, lalu diberikan semua itu kepada orang yahudi dan dengan itulah mereka melakukan sihirnya, sedang yang melaksanakan semua itu ialah Labid bin A'sham kemudian dimasukkan ke dalam sumur (telaga) Dzarwan milik Bani Zariq, maka sakitlah Rasulullah saw dan luruhlah rambutnya, selama lebih kurang enam bulan.
Seakan-akan ia berkumpul dengan isterinya padahal tidak, sedang badannya bertambah kurus, sehingga pada suatu malam ketika ia sedang tidur, tiba-tiba datang dua Malaikat yang satu duduk di dekat kakinya sedang yang lain duduk di sisi kepalanya.
Berkatalah malaikat yang berada di sebelah kakinya kepada malaikat yang berada di sebelah kepalanya,"Apa yang engkau lihat?" Ia berkata, "Dia kena guna-guna." "Apa guna-guna itu?" "Guna-guna itu sihir." "Siapa yang membuat sihirnya?" Ia menjawab,"Labid bin al-A’syam Alyahudi yang sihirnya berupa gulungan yang disimpan di sumur keluarga Si fulan di bawah sebuah batu besar. Datanglah ke sumur itu, timbalah airnya dan angkat batunya kemudian ambillah gulungannya dan bakarlah."
Pada pagi hari Rasulullah saw mengutus Ammar bin Yasir dengan kawan-kawannya. Setibanya di sumur itu nampaklah airnya yang merah. Air itu ditimbanya dan diangkat batunya serta dikeluarkan gulungan itu, ada tali yang terdiri atas sebelas simpulan. Setiap kali Rasulullah saw mengucapkan satu ayat terbukalah simpulnya (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab Halaílun Nubuwah dari al-Kalbi dari Abi Shalih yang bersumber dari Ibnu Abbas.
Uqbah bin Aamir ra berkata,"Ketika saya melihat kendaraan Nabi saw di salah satu jalanan tiba-tiba Nabi saw bersabda, "Hai Uqbah apakah anda tidak mau mengendarai? Aku masih kuatir kalau-kalau itu merupakan satu dosa" tapi Nabi saw turun dari kenderaannya dan terpaksa aku mengendarainya, kemudian setelah giliran Nabi saw mengendarai, baginda saw bersabda kepadaku, "Hai Uqbah sukakah engkau aku ajarkan kepadamu dua surah yang sebaik-baik yang dibaca oleh manusia?" Jawabku "Baiklah ya Rasulullah", lalu baginda mengajar kepada ku "Qul a'udzu bi abbil falaq, Qul a'udzu birabbin naas" kemudian iqamah untuk solat maka Rasulullah saw maju kehadapan untuk menjadi imam. Kemudian Nabi saw bertemu lagi dengan ku dan bertanya "Bagaimana pendapatmu hai Uqbah, bacalah kedua surah itu tiap akan tidur dan bangun"
(HR. Ahmad, Abu Dawud, Annasa'i)
A'isyah ra, Rasulullah saw jika merasa sakit baginda membaca surah Almu'awwidzat (Qul a'udzu bi abbil falaq dan Qul a'udzu birabbin naas) di atas kedua tapak tangannya lalu meniupnya dan mengusapkannya ke badan mukanya hingga semua badannya)
(HR. Ahmad, Abu Dawud, Annasa'i)
A'isyah ra, Rasulullah saw jika merasa sakit baginda membaca surah Almu'awwidzat (Qul a'udzu bi abbil falaq dan Qul a'udzu birabbin naas) di atas kedua tapak tangannya lalu meniupnya dan mengusapkannya ke badan mukanya hingga semua badannya)
Sesungguhnya segala sesuatu yang terjadi daripada bentuk kezaliman, penindasan mahupun kejahatan tidak dapat mengatasi ayat-ayat Allah swt dengan kehendak Allah swt jua.
[قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ]
1. Katakanlah: Aku berlindung dengan Tuhan Yang Menguasai subuh.
- Hanya Allah Tuhan yang Maha Kuasa untuk melindungi diri kita dan seluruh makhluk-Nya.
- Subuh itu hadir setelah kegelapan malam berakhir. Begitu juga ujian hidup silih-ganti semakin hebat kesukaran menandakan semakin hampirnya kemudahan sebagaimana apabila semakin pekatnya malam menandakan semakin hampirnya waktu Subuh.
[مِن شَرِّ مَا خَلَقَ]
2. dari kejahatan apa yang telah Dia ciptakan.
- Segala sesuatu bergantung kepada-Nya kerana Dialah yang menciptakan segala sesuatu. Dialah al-Khaliq (الخالِق), dan selain daripada-Nya adalah makhluk (المخلوق).
-Maka sebagai makhluk dan ciptaanNya kepada siapakah kita memohon perlindungan? Hanya Allah swt Tuhan Maha Pencipta, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
- Setelah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi diri, keluarga, masyarakat dan negara contohnya, apa-apa pun yang ingin kita lindungi, kita meletakkan sepenuh harapan kita kepadaNya. Meyakni dan mempercayai kuasaNya. Kita reda dengan takdir dan ketetapanNya.
[وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ]
3. dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita
- Ayat ini menggambarkan malam yang gelap gulita umpama masa orang jahat dan segala kejahatan bermula. Ini kerana kejahatan itu bersifat gelap dan tersembunyi.
- Oleh itu, selain berhati-hati di waktu malam dengan langkah-langkah keselamatan, kita mestilah sering berdoa dan membaca surah ini untuk meminta perlindungan kepada Allah swt daripada segala kejahatan dan bahaya.
[وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ]
4. dan dari kejahatan wanita-wanita (sihir) yang menghembus pada ikatan-ikatan.
- Ayat ini menggambarkan kejahatan sihir yang mana kaum wanita melebihi kaum lelaki dalam bab ini. Ini kerana wanita mempunyai fizikal yang lemah dan emosi yang tinggi. Maka, selalunya ketidak puasan hati menyebabkan mereka menggunakan sihir. Berbeza dengan lelaki yang menunjukkan ketidakpuiasan hati selalunya menggunakan pergaduhan fizikal.
5. dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki.
- Dengki/hasad itu bermaksud apabila seseorang membenci nikmat yang diberikan kepada orang lain dan selalu berharap agar nikmat itu hilang.
- Orang yang dengki sanggup melakukan apa sahaja agar orang yang didengkinya merana.
- Oleh itu, Allah swt mengajar kita agar meminta pertolongan dan perlindungan kepadaNya kerana hanya Dia yang Maha Berkuasa untuk melindungi makhlukNya daripada segala bahaya.
Antara Sunnah Rasulullah saw berkaitan surah al-Falaq:
1. Membaca surah al-Falaq 3 kali sebelum tidur (bersama surah al-Ikhlas dan an-Nas)
2. Membaca surah al-Falaq 3 kali di waktu pagi dan petang (bersama surah al-Ikhlas dan an-Nas)
3. Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas dalam rakaat terakhir witir.
No comments:
Post a Comment