Pages

Kelopak mawar

Tuesday, July 30, 2013

Usai Qiam.. berdoalah..



At Tarmzizi menceritakan daripada Ibnu Abbas bahawa antara doa Nabi Muhammad saw usai solat qiamnya adalah seperti maksudnya yang berikut;
Ya Allah aku memohon kepadaMu rahmat yang memberikan hidayah pada hatiku dan melengkapkan kesempurnaan diriku. Menampung kekuranganku serta memperbaiki apa yang tiada pada diriku.  Menaikkan kedudukanku dengan persaksian dan mensucikan perbuatanku. Mengurniakan kepadaku ilham, mengembalikan kepadaku ketenangan dan melindungiku daripada sebarang kejahatan.

Ya Allah anugerahkan buatku keimanan dan keyakinan yang tidak kufur selepasnya serta rahmat yang membolehkan ku mencapai kemuliaan dunia dan akhirat.

Ya Allah, kupohon kepadaMu kemenangan dan kedudukan para syuhada , kehidupan orang yang bahagia serta kemenangan atas musuhMu.

Ya Allah, penuhkanlah hajatku walau sangat lemahnya diriku dan amalanku. Namun sangat kuharapkan rahmatMu. Maka ku memohon padaMu menunaikan perkara yang melegakan dada dan jiwa sebagaimana Engkau menyelamatkan kami daripada api neraka, daripada gangguan kekufuran dan juga fitnah kubur.

Y Allah apa yang tidak mampu ku memintanya disebabkan ketidak sampaian niatku sedangkan Engkau menganugerahkannya kepada hambaMu selainnya, aku turut memintanya.. Aku sangat mengharapkan rahmatMu wahai Tuhan sekalian alam..

Ya Allah pemilik segala rahsia dan urusanNya, ku memohon kepadaMu keselamatan pada hari kebangkitan dan syurga pada hari yang kekal bersama2 para muqarrabin ( golongan umat Islam yang hati dan perasaan sangat dekat kepada Allah swt. ‎Setiap amalannya penuh khusyuk dan ikhlas kerana Allah swt termasuk ‎para syuhada (orang mati syahid) disebabkan pengorbanan ‎mereka dalam menegakkan agama Allah swt) yang telah bersaksi . para mukmin yang sentiasa sujud menunaikan janji sesungguhnya Engkau Maha Penagsih lagi Maha Penyayang dan melakukan apa yang dikehendakiNya.

Ya Allah jadikan kami ini sentiasa menyampaikan hidayah bukanny yang sesat dan menyesatkan. Pembawa keselamatan buat para waliMu memerangi musuhMu. Kami menyintai dengan kecintaanMu orang yang mencintaiMu dan memusuhi sesiapa yang memusuhiMu.

Ya Allah inilah doa2ku, kabulkanlah ia kerana ia merupakan usaha dan tawakkalku buatMu.

Ya Allah kurniakanlah cahaya dalam hatiku cahaya dalam kuburku cahaya dihadapanku dan dibelakangku, cahaya dari sebelah kanan dan kiriku, cahaya daripada atas dan bawahku cahaya pada pendengaran dan penglihatanku chaya daripada kulit dan rambutku cahaya daripada daging darah dan tulang belulangku.

Ya Allah kurniakanlah buatku cahaya yang agung dan berikan kepadaku cahaya Maha Suci Dia yang memiliki keagungan dan Maha Mulia dengannya. Maha SuciNya yang lafazan tasbih khas buatNyaMaha SuciNya Pemilik Anugerah dan Nikmat Maha Sucinya Pemilik Kemuliaan dan Pemurah Maha SuciNya Pemilik Keagungan dan Ketinggian..
(Tambahan buat kitala,, sebab itu doa Rasululllah saw ) Rahmat Allah swt ke atas penghulu kita Muhammad saw dan ke atas keluarganya setiap detik dan setiap nafas malah sebanyak bilangan yang diketahui oleh Allah swt."

Mungkin boleh dijadikan tambahan pada doa kita atau panduan bagi yang masih tercari2.. last entri saya hari ini dan esok... dah tak larat sangat ni.. taip yang setengah jam jadi sejam setengah..

Rebut 5..ouchhh Miss 1

Assalam alaik..
Bismillah..


Bila kita berkata rebutlah 5 sebelum datangnya 5... macam sket.. bo pass ni.. tapi bila 1 daripada 5 ni kena betul2 kat batang hidungku yang pesek ni.. adoii.. lemah selemah2nya..
Asal kedatangan degupan jantung kuat macam orang berdebar2 rasa tak sedap hati gtu.. lama juga.. 3/4 hari lalu.. then datang demam panas semacam suhu badan tapi masih gagah lagi.. semalam time buka puasa menyerang pula sakit kepala bagai di henyakkan batu 5 tan.. berat tak tuh?.. usai solat maghrib tdo.. berbuka dengan 1 mug air sejuk.. cukup.. dah x larat.. tengok makanan pun x de selera ..padahal diri ni species tolak batu dan kayu je..nak capai makanan tak jadi sebab loya sangat.. esp makanan yang berbau harum.. ishh x boleh jadi .. terjaga sekejap bila anak kejutkan soh masuk bilik.. tdur lagi sampai kol 3 lebih sebab x solat isyak lagi.. gagahkan juga diri.. bangun.. solat duduk..kol 5 turun dapur..rasa nak pitam plak. nak muntah pun ada.. adoii tak bo jadi.. duduk balik..nasib baik anak2 x banyak karenah.. sempat juga sediakan juadah sahur meka.. me?.. secawan air teh.. habis titisan terakhir tidur lagi..(mesti korang kata ku ni kaki tidur.. no.. walaupun asal letk kepala utk tdo memang senang tdo).. macam setahun x tdo.. beratnya kepala ni..

Pada saat ini baru ku tahu.. bertapa kita sangat memerlukan orang yang kita sayang berada di sisi.. Now saya dapat rasakan.. Teringat kata2 seseorang yang pernah hadir dalam diri.. true enough ..   

Ku ni susah dapat penyakit.. susaH sangat.. kalau demam menjengah pun sekejap je.. bawa tdo x payah makan ubat pun tak lama lepas tu mesti dah pulih.. sebab keturunan makan kayu batu ni juga speciesnya penakut makan ubat... now no choice.. kenalah paksa rela telan ubat.. itu pun bila doktor kata kalau x baik juga mungkin demam denggi.. waaaa.. dah dekat raya nih... sedeh mode..

Apapun redha pada ketentuanNya.. pasti ada hikmah.. yelah mungkin diri banyak buat dosa padaNya pada hambaNya..bila kena dok diam ni kenalah muhasabah diri dan memperbaiki serta beristigfar bebanyak..

Monday, July 29, 2013

C H E C K

Assalam..

Bismillah..


Segalanya dipermudahkan olehMu.. Ya Rahman Ya Karim..alhamdulillah syukur atas kurniaanMu yang tidak terhingga tiada batasan seluas angkasa tanpa penghujung mahupun awalan...


Betul kata atau nasihat atau inspirator D2HMFK.. sebelum keluar rumah mencari/melaksanakan tugas dan tanggungjawab senaraikan apakah pencapaian yang disasarkan....S E N A R A I K A N.. saya buat pagi tadi tapi tak sebanyak beliau..katanya sekurang2nya 10 item..alhamdulillah.. setakat ini berjaya dilaksanakan seperti disasarkan walaupun ada 2/3 perkara luar jangkaan menerpa..


Betapa 'messy' hidupku tanpanya sebelum ini.. Mudah2an pengajaran demi pengajaran yang ditentukanNya menjadikanku seorang muslimah yang dewasa hidup teguh di jalanNya yang Benar..   

Mengantuknyer

Assalam alaik...

Bismillah...


Ya Allah benarlah firmanMu...sessungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi mereka yang khusyuk..(lebih kurang gtulah yang kuingat)

Nak Qiam ni.. sume syarat telah kubuat di siang hari... niat tidur disiang hari (bukan setakat 10 20 30 mint tetapi 2 jam tuhhh..).. tapi cabaran Qiam ni sungguh berat... nak bangun satu citer depan paip air(untuk berwudu' pun yang boleh selesai 3 minit jadi 30 minit..tersengguk2...

Solat..   oklah.. mata memang dah ketat terbuka.. hati pun tenang.. sekali tu pannng!..  nasib baik ku tak melatah daaa.. apa la mamat ni kot nak scene di bulan posa ni janganla tengah2 malam ni.. buat terkexut mak je...

Tak juganya tahan lama.. masuk fasa setengah jam kedua.. alahai.. kuyu.. lama2 bacaan tah ke mana2.. mata yang jelas jadi rabun giler tahap gaban.. ku tepuk2 muka ni tak berhasil juga.. dicubit2 pipi ni..nasib bek kulit ku legam..kalo puyih dah membara kebakaran.. ken panggil abang bomba padamkan api...Aduhhh...

Akhirnya dalam fighting 'karate'ing 'silat'ing dan sebagainya..       jam 3 suku barulah berakhir usaha pertama berqiam di bulan Ramadhan.. So soklan khusyukkah?.. sendiri terjemah eh.. apapun semangat ini masih membara untuk merealisasikan Qiam 10 hari di bulan ni..  

Alahai saat nak melabuhkan diri di tilam usang2 empuk nih..mulalah mata tu beliak semacam je.. bilik gelap da.. nasib baik ku ni jenis sengan tido.. elok je kepala yang bernilai ni diletakkan atas mahkotanya.. yesss.. zzzzz..

Tersentak!.. aduh cepatnya.. rasa baru seminit tido.. rupanya dah jam 4.20 pagi maka berbunyilah alarmku.. alamak.. ngantuknye.. tidor balik.. akibat bangun tido bangun tido akhirnya kalah juga diri ini.. terus turun bawah menuju dapur menyediakan juadah sahur seadanya...

Santaiii..

Andai diri ini diterima seadanya 
bukanlah sandiwara citrawarna TV3 NTV7 atau ASTRO
kerana ia adalah kasih sejati

Setiap makhlukNya dikurniakan perasaan dan naluri..
Mungkin tidak sempurna di mata
Kerana tiada hambaNya yang sempurna..
Namun kasih itu pernata di dalamnya.. 




** jiwang jap... now nak berqiam....assalam..

Muhasabah Diri Lagi

Seringkali..

Kita menganggap bebanan penderitaan paling sarat
adalah ketika kita miskin pape dan nescafe ooppps nestapa

Sesungguhnya 

Kita lupa bahawa dugaan terberanakat
adalah ketika kita dilimpahi harta benda duniawi, terhormat dan digeruni dan disanjung serta dipuja..

Saat itu
Kerendahan diri dan hati diuji

Berhati-hatilah
Kesombongan dan keangkuhan sangat dibenci Allah swt..

Dan berdoalah banyak2..






Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kesucian dan kecukupan

Jom Jom Jom Sure Double Triple zasss

Assalam alaik..

Bismillah... telah masuk hari ke20 Ramadhan.. Jom perbanyakkan dan lipatgandakan amal kita.. kurangkan tido..in syaa Allah..akan terasa keberkahan Ramadhan... checklist malam ini dan sehingga malam 29... solat istikharah solat taubat dan solat hajat tambahan kepada terawih dan witir..Semoga Allah swt memakbulkan doa dan hajat kita...

Friday, July 26, 2013

I need my cappucino.... please


Mode keletihan yang amat... plan A hampir berjaya direalisasikan...
Bermula jam 9 dan 2 malam berikutnya... speedo non stop kalamullah to catch up ...tafsir lagi..aoucchht..
1 cappucino please boss..

Jom Shopping.. bukan untuk Aidil n Fitri la.. untuk akhirat..

Waaa... cuti2 di bulan Ramadhan banyak plak promotions dan jualan mega murah.. Tak terpesona ke? atau dah berhabis fulus membelah2 setiap tawaran dan diskaun diiklankan...   Oiiiit beli dik beli bang biskut baru kuar dari oven.. cehhh .. haaa g la membeli time tak bo posa .. yang cantik tak semestinya sedap yang buruk tak semestinya berkhasiat.. sama ada penjual beskut makin ramai atau makin banyak beskut tak dijual tak pasti ada sesapa rajin membanci.. mungkin faktor kedua tu kot.. la ni kan banyak makanan bersifat nutrisi(tetap diproses) ayang menawarkan sebanyak2 dan sekaya2 khasiat la.. tapi orang sekarang makin lupa bahwa makanan segar seperti buah2an sayuran dan ulaman masakan kurang lemak seperti singgang stim adalah pembekal nutrisi paling bermutu terutama disediakan sendirian berhad..        Tak habis lagi shopping baju raya dik abang makcik.. udah2la.. buat nyesak lorong yang dah sedia halus tu..  tambang kapal terbang pun offer ishh nak beraya mana plak tahun nih.. destinasi nak dituju tak de plak dalam ni...  

hah.. penat dah.. oo berbaloi2 yea...  nang banyak you shopping tuhh sampai terduduk.. ni boleh bertahan ke menahan kepenatan hingga waktu berbuka?..         Tapi... itu shopping dunia sekejap je.. habis Syawal habis la..semua dah 'basi'... shopping akhirat yang ditawarkan pahala berlipat ganda dah buat ke? tengok pakcik ni.. sempoi je.. rajin ngulur  tangan yang memberi lebih baik dari peti yang menerima... ibarat tangan kanan beramal tangan kiri tak nampak gtulah penafsiran gambar ni     .. ohh apa lah salahnya sedang duduk hilang kepenatan tu capai buku tu haa.. berkilau2 bercahaya memujuk kita mengambilnya.. Iqra' Kalamullah.. Mengaji  tuuu... tambah pahala.. in syaa Allah Allah sayang.. tapi kot tak juga larat dah (dek tawaf shopping kompleks 100x  ... tambah je la amal tu dengan senyuman.. even dok sorang pun tak pe senyum kat dinding senyum kat sofa senyum tengok tv... yang penting pahala masyukkk setiap hari......

Kemeriahan malam2 akhir di Bulan Ramadhan

  Assalam alaik..
Bismillah... baru sudah membasuh.. relax jap.. sakit belakang...teringat zaman sekolah dulu..sure setiap kita ada kenangan masing2 yang tersendiri lucu riang sedih dan ber'bekas'. 
waktu malam memang dinantikan.. mula2 main bunga api ni   besi batang nya.. seriau lepas habis cepat2 kutip balik tajam takut tercucuk kaki.. yelah mainpun malam...  siap boleh buat design lagi.. eheh seronoknya adik tu.. bagusla buat SOS tu if anything cepat BOMBA sampai...  apa ke hey plak orang tua lak yang main nih.. tak puas ke zaman kecik2 dulu.. tu la masa kecik ko tak posa sebab tu tak boleh main bunga api kan..  ni mercun ala2 safe sikit sebab kertas... tapi tak juga.. dah namanya mercun silap hari bulan api meluru ke bahagian pemegang.. so adik2 anak2 cicit micit bermain bunga api memang seronok tapi pastikan ada orang dewasa..     zaman sekarang dah tak main hak kecik2 tu kaboom kabomm belaka... dulu time Hari Kemerdekaan  dan tahun baru je boleh tengok.. tu pun terpaksa mencelikkan mata..   ooh gini seliratnya wayar mercun kaboom tuh.. dasyahtt yelah untuk dapat effect gini      apa pun meriam buluh original gak yang paling best kan.. wow bunyinya.. kesannya plak satu letupan.. satu kampung lesap.. berabu.. hahaha ni apa hal plak mercun Gong xi Fa Chai boleh menyesat kat sini ni      yang ni kira mild la.. bebudak nakal sangat suka.. ringan mudah senang nak ngenakan orang .. esp makcik2 yang suka melatah tu kan.. yang sepi jadi riuh sekampung Haaa tula... yang korang p attack pakcik separa bots ni buat apa.. nasib baik kena kain di celah tu je.. kot tempat lain.. ada satu dunia dikaboomm tak pasal2 akhirat awal..

Hmmm.. senyum sendiri.. ok .. nak sambung plan A balik... Apa pun berhati2 semasa bermain bunga api atau mercun.. keselamatan dulu kemeriahan akan menyusul jua...