Terpaku seketika bila bertamu dengan Hadis ni..
Dari Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah saw yang bermaksud, 'Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata, "Kerana inilah aku jadi pembunuh", kemudian datang pula si perompak lalu berkata, "Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim", kemudian datang pula si pencuri seraya berkata, "Kerana inilah tanganku dipotong". Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikit pun' (Hadis Riwayat Muslim)
Apa maksudnya yea
Manusia sentiasa berusaha mencari kekayaan dan harta benda kerana alasan masing2 yang tersendiri. Namun kadangkala kerana sampukan hantu gila meroyan ada yang melebihi tahap berusaha iaitu berlari mengejar ibarat ratu pecut dunia semata2 ingin memenuhi hajat mengaut sebanyak2 harta dunia. Lebih gaban lagi bila terkinja2nya diri setelah hawa nafsu berjaya mempengaruhi dan mengawal diri disertakan bisikan godaan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim.
Allah swt menciptakan alam kehidupan yang kaya dengan rezekiNya dan makhlukNya khususnya manusia untuk diuji siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak mempunyai erti jika tidak dimanfaatkan ke jalan diredhai Allah.
Hakikat harta yang dimiliki diterangkan Rasulullah saw seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Hadis Riwayat Muslim)

No comments:
Post a Comment